Sinopsis Idol I Lakonan SNSD Sooyoung dan Kim Jae Young. Drama Korea terbaru penghujung tahun 2025 adalah drama IDOL I yang watak utamanya dilakonkan oleh SNSD Sooyoung dan pelakon kacak Kim Jae Young.
Drama ini merupakan drama yang menggantikan slot drama Heroes Next Door yang tamat pada 16 December yang lalu dan IDOL I bakal ditayangkan di saluran ENA dan GENIE TV.
SINOPSIS IDOL I (2025)~~
Drama ini menceritakan tentang Maeng Se Na (Sooyoung) yang merupakan seorang peguam star jenayah dengan kadar kejayaan 100%.
Beliau dikenali sebagai "peguam untuk penjahat," kerana dia sering mengendalikan kes jenayah yang dielakkan oleh peguam lain.
Tetapi beliau juga mempunyai rahsia iaitu beliau adalah peminat tegar penyanyi Do Ra Ik (Kim Jae Young) dan telah menjadi peminatnya selama 11 tahun.
Do Ra-Ik adalah ahli paling popular dalam kumpulan idola Gold Boys.
Pada suatu hari, Do Ra Ik tiba-tiba dituduh membunuh dan dia berada dalam keadaan berputus asa dan putus semangat.
Maeng Se Na mengendalikan kes pembunuhan Do Ra Ik.
PROFIL DRAMA IDOL I ~~
Drama Idol I mula ditayangkan pada 22 December pada jam 10 malam pada setiap hari Isnin dan Selasa selama 1 jam.
IDOL I adalah drama yang bertemakan undang-undang , komedi , romance dan misteri , ia sesuai ditonton oleh lapisan peringkat umur.
Selain Sooyoung dan Kim Jae Young , drama ini turut dibarisi oleh pelakon senior Kim Won Hae yang membawa watak Cheon Gwang Soo.
Pelakon cantik Choi Hee Jin pula membawa watak Hong Hye Joo manakala pelakon kacak Jung Jae Kwang dan Kim Hyun Jin masing-masing membawa watak Kwak Byeon Gyeon dan Park Jun Jae.
Korang boleh komen pandangan korang mengenai drama ini di bahagian komen okay, selamat menonton~~
Post a Comment