Kedudukan Markah Minggu ke 8 Gegar Vaganza 2025. Hari Ahad jam 9 malam telah bersiaran langsung minggu ke 8 gegar vaganza 12 dengan begitu meriah dan mantap dengan tema fun fair tok ram.

Kedudukan Markah Minggu ke 8 Gegar Vaganza 2025


Tema Fun Fair Tok Ram sememangnya tema yang paling dinanti-nantikan penonton kerana lagu yang diberikan kepada peserta adalah dari Tok Ram atau lebih dikenali Dato' Ramli Ms dan peserta diminta membuat persembahan tanpa bantahan.

Minggu ini kita dapat saksikan hampir semua peserta dapat laksanakan tugasan dengan baik namun ada beberapa yang agak kurang , jom kita tengok kedudukan markah minggu ke 8 ini.

KEDUDUKAN MARKAH MINGGU KE 8 GEGAR VAGANZA 12~~

Kita dapat lihat persembahan kesemua peserta untuk minggu 8 seperti persembahan teater dan mereka menggunakan banyak prop pada minggu ini.

Host Nabil dan Sherry juga berjaya menghidupkan persembahan pembukaan dengan lagu Liyana Jasmay "Aku Tak Percaya Cinta" dan Alleycats "Cinta Itu" dengan begitu baik.

Untuk minggu ke 8 yang berada di bottom 3 adalah RURI REPVLIK , SHAE dan KRISYA , keputusan siapa tersingkir adalah Tiada Penyingkiran  dan kedudukan markah penuh minggu ke 8 adalah seperti berikut ;

1- ISKANDAR ISMAIL => 74.50%

2- MENDUA => 72.25%

3- NUBHAN => 71.50%

4- FRESHIES => 66.00%

5- MELL SAKURA => 65.00%

6- MARK ADAM => 64.75%

7- RURI REPVLIK => 62.25%

8- SHAE => 56.50%

9-  KRISYA => 56.50%


Begitulah kedudukan markah untuk minggu ke 8 dan  Iskandar Ismail berjaya kembali ke merampas kedudukan pertama dan kesemua peserta mara ke peringkat seterusnya dengan tema Vaganzers Let’s Go.   

Tugas peminat kepada peserta-peserta diteruskan dengan mengundi penyanyi favorite korang untuk menang anugerah Ikon Semangat No.1 CelcomDigi, anugerah ini masih lagi kekal dimenangi oleh Mark Adam.

Good luck buat semua fans dan peserta Gegar Vaganza 2025.

Post a Comment

Previous Post Next Post