Sinopsis Pro Bono Lakonan Jung Kyung Ho dan So Ju Yeon. Drama Korea terbaru Netflix adalah drama bertajuk Pro Bono yang dilakonkan oleh pelakon kacak Jung Kyung Ho dan pelakon cantik So Ju Yeon.

Drama Pro Bono merupakan drama yang menggantikan slot drama Typhoon Family yang sudah tamat bersiaran pada hujung bulan november.
SINOPSIS PRO BONO (2026)~~
Drama ini mengisahkan mengenai Kang Da Wit (Jung Kyoung Ho) yang merupakan seorang hakim yang bercita-cita tinggi dan beliau berada di arus yang benar.
Disebabkan kerjanya yang sempurna dan imejnya yang kemas, dia merupakan seorang yang berpengaruh (influencer) dalam bidang perundangan dan mempunyai ratusan ribu pengikut di media sosial.
Satu peristiwa yang tidak dijangka menyebabkan dia meletakkan jawatan dan memutuskan untuk memulakan kerjaya sebagai peguam kepentingan awam untuk sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang dikenali sebagai Pro Bono.
Di sana, dia bertemu dengan Park Ki Bbeum (So Ju Yeon) yang merupakan seorang peguam kepentingan awam.
Park Ki Bbeum adalah seorang pakar dalam bidang undang-undang dan suka mendalami perkara apabila dia berminat dengan sesuatu.
Beliau percaya bahawa misi seorang peguam adalah untuk melindungi hak asasi manusia dan merealisasikan keadilan sosial.
Kang Da Wit dan Park Ki Bbeum, yang kedua-duanya merupakan ahli pasukan kepentingan awam persatuan Pro Bono.
Mereka menggunakan wang yang diperoleh dengan membela konglomerat, untuk membela mangsa dalam situasi terdesak dan merealisasikan keadilan untuk mereka.
PROFIL DRAMA PRO BONO (2026)~~
Drama ini mula ditayangkan pada 6 December dan episod akhir dijangka pada 11 January 2026 dengan jumlah 12 episod.
Pro Bono ditayangkan di saluran Netflix dan TvN selama 1 jam 10 minit per episod pada setiap hari Sabtu dan Ahad jam 9 : 20 malam.
Pelakon lain yang membintangi drama Pro Bono ini adalah pelakon kacak Yoon Na Moo yang membawa watak Jang Young Sil , sementara pelakon cantik Seo Hye Won membawa watak Yoo Nan Hui.
Tema drama ini adalah Undang-undang, kehidupan , komedi dan drama, so korang jangan terlepas untuk tengok drama ini okay.
Post a Comment