Keputusan Penuh Final Gegar Vaganza 2025. Hari Ahad malam telah berlangsungnya konsert final gegar vaganza 12 dengan begitu meriah dengan persembahan terbaik daripada para finalis.

Kedudukan Penuh Final Gegar Vaganza 2025


Finalis Gegar Vaganza 12 sebanyak 6 peserta dan mereka adalah Mark Adam, Mendua , Iskandar Ismail , Mell Sakura , Ruri Repvlik dan Nubhan.

Persembahan pembukaan dari Nabil dan Sherry seperti biasa berjaya menghiburkan penonton dengan lagu Lady Gaga dan Bruno Mars "Die With A Smile".

Mark Adam berjaya mencipta rekod apabila menjadi satu-satunya pemenang anugerah Ikon Semangat No.1 CelcomDigi sepanjang musim 12 ini.

KEDUDUKAN PENUH FINAL GEGAR VAGANZA 12~~

Setelah bertarung sesama mereka sepanjang 12 minggu dan di final dengan 6 peserta berjaya bertahan maka keputusan final gegar vaganza 12 adalah seperti berikut ; 

Juara Gegar Vaganza 12 membawa pulang RM 100,000 berserta trofi serta merupakan pemenang anugerah Anugerah Adabi, Ada Beats  dan ia dimenangi oleh ISKANDAR ISMAIL tahniah diucapakn kepada beliau,

Naib Juara Gegar Vaganza 12 berjaya dimenangi oleh MENDUA dan berjaya membawa pulang RM50,000 berserta trofi gegar vaganza 12.

Tempat ke 3 Gegar Vaganza 12 adalah NUBHAN, beliau berjaya membawa pulang RM 30,000 berserta trofi gegar vaganza 12.

Tempat ke 4 Gegar Vaganza 12 pula membawa pulang RM 20,000 bersama sebuah trofi dan ia dimenangi oleh MARK ADAM .

Tempat ke 5 Gegar Vaganza 12 berjaya membawa pulang RM 15,000 dan sebuah trofi gegar vaganza 12 dan pemenang tempat ke 5 adalah MELL SAKURA

Tempat ke 6 Gegar Vaganza 12 dimenangi oleh RURI REPVLIK , beliau membawa pulang RM 10,000 berserta trofi Gegar Vaganza 12. 

Tahniah diucapkan kepada semua finalis kerana sudah membuat persembahan yang sangat baik pada malam ini dan sepanjang rancangan gegar vaganza berlangsung.

Menang kalah adat pertandingan , semua sudah buat yang terbaik dan juga untuk artis jemputan malam ini semua memang superb.

Jumpa lagi tahun hadapan untuk gegar vaganza 13~


Post a Comment

Previous Post Next Post