Sinopsis Four Hands Lakonan Song Kang dan Lee Jun Young. Drama terbaru 2026 adalah drama yang menampilkan Song Kang dan Lee Jun Young sebagai watak utama dalam cerita Four Hands.

Ini adalah drama pertama Song Kang setelah tamat latihan ketenteraan manakala ini merupakan drama terbaru dari Lee Jun Young untuk 2026.
Drama ini menjadi tumpuan kerana konsepnya lebih tertumpu kepada drama muzik dan di dalamnya dimasuki tema romance , kematangan diri dan zaman muda.
Four Hands adalah drama yang akan ditayangkan di saluran TvN pada setiap hari Sabtu dan Ahad , tarikh tayangan akan diberitahu kemudian.
SINOPSIS FOUR HANDS (2026)~~
Menceritakan mengenai tentang "Four Hands" ia adalah istilah piano yang merujuk kepada teknik di mana dua orang bermain satu piano bersama-sama.
Drama ini akan menggambarkan persahabatan, cinta, persaingan, dan pertumbuhan belia yang bertemu di sekolah menengah seni, mengikuti perjalanan mereka dari remaja ke dewasa sebagai pemain piano profesional.
Kang Bi O (Song Kang) adalah seorang genius piano dengan dunia dalaman yang halus namun tajam dan kompleks.
Chae Jeong Yo (Lee Jun Young) pula yang membesar bersama Kang Bi O sebagai rakan karib dan juga pesaing yang hebat.
Jae In ( Jang Gyu Ri) adalah pelajar yang bersekolah di sekolah menengah seni elit yang sama dengan Kang Bi O Dan Chae Jeong (Song Kang dan Lee Jun-young) dan membesar bersama mereka dari zaman muda hingga dewasa.
Post a Comment