Lagu Tugasan Minggu ke 10 Gegar Vaganza 2025. Malam Ahad ini , rancangan Gegar Vaganza 12 akan memasuki minggu ke 10 yang juga merupakan minggu suku akhir gegar vaganza 2025.

Lagu Tugasan Minggu ke 10 Gegar Vaganza 2025


Minggu ini merupakan minggu getir untuk para peserta untuk mengeluarkan taring mereka kerana hanya 2 minggu sahaja lagi sebelum ke final gegar vaganza 12.

Minggu lepas telah berlaku satu penyingkiran yang mana Krisya terpaksa meninggalkan pentas minggu ke 9 walaupun dalam keadaan tidak sihat.

Lagu tugasan yang diberikan untuk minggu ke 10 ini adalah bertemakan KENGFRIENDS , dimana lagu minggu ini dipilih oleh peserta kepada peserta yang lain dari 2 buah lagu.


LAGU TUGASAN MINGGU 10 GEGAR VAGANZA 12~~

Lagu persembahan untuk hos Nabil dan Sheryy pada minggu ke 10 ini adalah lagu RINDU (Hetty Koes Endang) dan LOBANG KOREK (Hang Mokhtar), manakala lagu peserta adalah;


MENDUA akan menyanyikan lagu TERLALU ISTIMEWA (Adibah Noor)

ISKANDAR ISMAIL akan menyanyikan lagu DESTINASI CINTA (Dato Sri Siti Nurhaliza)

MARK ADAM akan menyanyikan lagu MENGAPA PERPISAHAN YANG KAU MINTA (Flybaits)

FRESHIES akan menyanyikan lagu TEMAN TAPI MESRA (Ratu)

MELL SAKURA akan menyanyikan lagu CINTA & BENCI (Geisha)

SHAE akan menyanyikan lagu KU BAHAGIA (Melly Goeslow)

RURI REPVLIK akan menyanyikan lagu ISABELLA (Search)

NUBHAN akan menyanyikan lagu MASIH AKU TERASA (Gersang)


Lagu-lagu ini semua akan dinyanyikan peserta untuk minggu ke 10 , mampukah mereka semua menarik hati juri dengan persembahan yang wow pada minggu ke 10 ini , nantikan okay.

Sesiapa yang terselamat pada minggu ke 10 akan mara secara automatik ke minggu separuh akhir pada 11 January 2026 (minggu depan)

Untuk peminat peserta- peserta korang boleh teruskan mengundi bintang kegemaran korang dan berikan kata semangat untuk mereka semua.


Post a Comment

Previous Post Next Post