Teaser Minggu Akhir Drama IDOL I Lakonan Sooyoung dan Kim Jae Young. Drama hit IDOL I memasuki minggu akhir dan minggu mendebarkan, drama lakonan pelakon Kim Jae Young dan SNSD Sooyoung.
Drama ini merupakan drama hit untuk permulaan tahun 2026 apabila mendapat rating tertinggi dan sering menjadi perbualan peminat drama.
Hari Isnin dan Selasa merupakan episod akhir drama IDOL I, pada minggu lepas drama ini tergantung di bahagian siapakah yang membunuh Kang Woo Seong.
TEASER MINGGU AKHIR IDOL I ~~
Untuk episod 11 dan 12 , Kim Jae Young mengatakan bahawa " Se Na dan Ra Ik melangkaui sekadar cinta untuk menjadi sumber kekuatan yang besar antara satu sama lain. Nantikan penghujung episod terakhir, di mana detik-detik seperti ini akan melengkapkan emosi teras drama ini."
Mengenai pembunuh yang masih tidak diketahui beliau mengatakan " Kim Jae Yeong menambah, “Pesalah di sebalik pembunuhan Kang Woo Seong, yang belum didedahkan lagi, dan motifnya juga akan didedahkan. Sila berikan [drama] jangkaan anda sehingga ke penghujungnya.”
Sementaran Sooyoung pula mengatakan mengenai watak Sena ""Se Na, yang sebelum ini sukar untuk berasa yakin tanpa jawapan daripada pokok di halaman rumahnya, kini mempunyai seseorang yang
boleh dia lihat bersama pokok berbunga itu. Hanya dengan bersama seseorang, dia telah mendapat kekuatan untuk terus hidup di dunia."
Korang boleh nantikan episod 11 dan 12 (akhir) pada hari Isnin dan Selasa ini akan ditayangkan di saluran Netflix pada jam 8 malam.
Post a Comment