Rancangan Hit Astro Talk To My Manager Kembali Dengan Musim ke 2. Rancangan Talk To My Manager yang mencetuskan fenomena tahun lepas kembali dengan musim ke 2 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Rancangan Hit Astro Talk To My Manager Kembali Dengan Musim ke 2


Rancangan yang melahirkan bintang-bintang rising star yang terdiri dari anak-anak artis Malaysia, antara peserta tahun 2025 yang berjaya dan menjadi sebutan adalah Auddra @ Odah , Hadie , Ammar , Talita dan ramai lagi.

Musim ke 2 ini akan menampilkan 10 orang selebriti yang akan menyertai rancangan ini bersama anak mereka dan bertarung sehingga minggu akhir.

Talk To My Manager 2 akan bersiaran bermula 19 April ini dan dijangka akan berakhir setelah 10 episod tayangan , dihoskan oleh hos yang sama musim lepas iaitu Dato Aznil Hj Nawawi.

Sementara juri tetap rancangan ini masih Dato Ac Mizal dan Che Puan Sarimah Ibrahim dan peserta musim kedua adalah seperti berikut.

PESERTA TALK TO MY MANAGER 2 (2026)~~

Barisan peserta-peserta untuk musim ke 2 ini terdiri dari pelbagai latar belakang , jom saksikan siapakah mereka semua.

1) NANA MAHZAN bersama anaknya ATHLEA 

2) DATO A. AIDA bersama anaknya AZEVA

3) ANI MAYUNI bersama anaknya VIVIANA 

4) AZAD JASMIN bersama anaknya AMARRA

5) DATO FADZLEY YAAKOB bersama anaknya FARIEDZ FADZLEY

6) DATO SERI VIDA bersama anaknya CIK B

7) SAFURA bersama anaknya  KIM KHAIRII

8) LINDA JASMINE bersama anaknya RATU 

9) ADIRA SUHAIMI bersama anaknya ANGGREK

10) JAMILUL HAYAT bersama anaknya HUSSAIN


Pada hari Ahad , 19 April ini kesemua peserta akan melakukan persembahan lagu sendiria atau lagu pilihan sendiri sebagai pengenalan untuk minggu pertama.

Jangan lupa layan sehingga habis okay.

Post a Comment

Previous Post Next Post