Keputusan Penuh Grand Final Talk To My Manager. Rancangan Grand Final Talk To My Manager baru sahaja berlangsung pada malam Ahad dengan pelbagai perkara yang terjadi dan juara juga telah diumumkan.

Keputusan Penuh Grand Final Talk To My Manager


Malam Grand Final Talk To My Manager berlangsung dengan begitu meriah sekali dengan persembahan yang cukup happening dari peserta-peserta.

Para peserta diadili oleh juri tetap Dato Ac Mizal , Che Puan Sarimah Ibrahim dan juri jemputan Dato' Syafinaz dan diacarakan oleh Dato Aznil Hj Nawawi.


KEPUTUSAN GRAND FINAL TALK TO MY MANAGER (2025)~~


Tempat terakhir (tempat ke 6)untuk Talk To My Manager dimenangi oleh Amad dan manager Siti Saerah, Amad tidak dapat melakukan persembahan dengan begitu baik kerana kesihatannya tidak baik.


Hadie bersama manager Ina Naim pula menduduki tempat ke 5 dan menerima Anugerah Manager 24/7 Kena Usik , beliau melakukan persembahan bersama kumpulan INTEAM.


Ammar pula menduduki tempat ke 4 dan menerima Anugerah Manager Paling Tenang Walau Dunia Bergolak, Ammar melakukan persembahan bersama Siti Nordiana.


Tempat ke 3 dimenangi oleh Auddra dan manager Sharifah Shahirah, mereka juga memenagi  Anugerah Gempak Most Valueable Manager dan Anugerah Manager Paling Entertaining , Auddra berduet bersama Sherry Al- Hadad.


Tempat ke 2 dimenangi oleh Thalita dan manager Shuib, mereka juga menerima Anugerah Manager Paling Banyak Drama Tapi Tetap Perform , Thalita melakukan persembahan bersama Mimi Fly.


Juara dimenangi oleh Marsya dan manager Liza Hanim dan mereka turut menerima Anugerah Manager With Sister's Energy, Marsya berduet bersama Aisha Retno dan persembahan beliau pada malam itu sangat baik.


Maka berakhir sudah musim pertama Talk To My Manager, bermula dari program biasa kepada luar biasa dan sambutan yang sangat happening dari semua peminat.

Teruskan support kerjaya bakat-bakat muda peserta-peserta talk to my manager , kalau tak ada benda baik nak komen better tak payah komen okay.

Good luck adik-adik talk to my manager 2025.


Post a Comment

Previous Post Next Post