Sinopsis Drama Beyond Evil. Drama terbaru pelakon lelaki kacak dan popular Yeo Jin Goo adalah drama bertajuk Beyond Evil. Ia juga merupakan lakonan bersama Jin Goo dengan pelakon senior Shin Ha Kyun. Beyond Evil adalah drama thriller  psikologi mengenai dua lelaki yang sanggup melanggar peraturan dan undang-undang dalam mengejar pembunuh berantai. Ketika mereka berusaha mengesan pembunuhnya, mereka harus berulang kali bertanya pada diri mereka sendiri, Siapa raksasa itu? Adakah anda? Adakah saya? Adakah kita? 


Sinopsis Drama Beyond Evil Lakonan Yeo Jin Goo


Sinopsis Drama Beyond Evil, Siapakah Beyond Evil ni?

Dalam drama ini, Yeo Jin Goo berlakon sebagai Han Joo Won. Dia ini merupakan seorang detektif elit  yang berpindah ke balai polis tempatan di kampung Manyang . Di sana Joo Won telah bertemu dengan Lee Dong Shik yang merupakan seorang bekas detektif yang dihantar untuk membuat tugasan di kampung halamannya itu.

Drama ini ditayangkan pada 19 February yang lepas dan mempunyai episod sebanyak 16 episod dan ini merupakan drama seterusnya selepas drama Hotel Del Luna yang dilakokan Yeo Jin Goo bersama IU.

Dalam sinopsis yang lain turut menyebutkan mengenai drama ini. Jom baca sinopsis lain di bawah.

Dua orang lelaki tanpa rasa takut yang sanggup melakukan perkara keterlaluan dalam mengejar pembunuh bersiri yang telah mengganggu keamanan kota mereka yang sebelum ini aman dan damai.

Lee Dong Sik, seorang detektif yang dahulunya berkebolehan, kini diturunkan pangkat untuk melaksanakan tugas-tugas rendah di Pencawang Polis Manyang. 

Ketika dia mula menjalani kehidupan yang aman, atasan baharunya, Detektif Han Joo Won, telah dipindahkan. Joo Won ialah seorang detektif elit yang bapanya adalah calon utama untuk ketua Agensi Polis Negara yang seterusnya. 

Walaupun sifatnya yang mengagumkan dan kedudukan sosial yang tinggi, Joo Won menyimpan rahsia yang telah lama disimpan.

Apabila rentetan pembunuhan ngeri berlaku, bukti yang anehnya mengingatkan beberapa kes pembunuhan bersiri dingin dari 20 tahun sebelumnya. 

Dong Sik dan Joo Won bekerjasama, berikrar untuk menghentikan penjenayah ganas ini daripada jejaknya.

Semasa penyiasatan mereka diteruskan, mereka terpaksa melihat jauh lebih mendalam daripada apa yang mereka perolehi dari bahan bukti. 

Mereka juga terpaksa mempersoalkan kesalahan semua orang tetapi hanya yang ada kaitan dengan kes itu, termasuk mereka sendiri.

Bagaimanakah kesudahan drama menarik ini?

Pada episod sebelumnya dalam drama Beyond Evil ini. Kebenaran mengejutkan bahawa Kang Jin Mook adalah pembunuh sebenar putrinya Kang Min Jung akhirnya terungkap. 

Bukan hanya dia membunuh anak perempuannya sendiri, tetapi Kang Jin Mook bahkan mendekati Han Joo Won untuk meminta secara pribadi agar dia menyiasat kematiannya. 

Walaupun terdapat protes, Lee Dong Shik dan Han Joo Won bersetuju, membuat penonton penasaran untuk mengetahui di mana plot drama yang tidak dapat diramalkan itu seterusnya.

Dalam foto yang baru dikeluarkan dari episod drama yang akan datang, Lee Dong Shik dan Han Joo Won mencari petunjuk mengenai pembunuhan Kang Min Jung. 

Gambar itu menyaksikan mereka mencari bukti secara bersama-sama dan juga secara mereka sendirian. 

Dalam satu foto lagi, Lee Dong Shik menemui peta misteri di belakang kedai tukang daging, menimbulkan persoalan mengapa ia tersembunyi di sana dan rahsia apa yang disimpannya. 

Sementara itu, Han Joo Won melihat kamera pengintai yang menghadap ke pasar raya milik Kang Jin Mook, dan pandangan tajam di matanya mengisyaratkan bahawa dia baru saja menyadari.

Korang kena tengok taw drama ni sebab lain dari yang lain so sapa yang dah tengok cerr komen pandangan korang mengenai drama ini.

Selain Jin Goo, ini Senarai Pelakon Drama Beyond Evil.

Drama ini diarahkan oleh pengarah Shim Na yeon dan skrip drama pula di tulis oleh kim soo jin. Antara barisan pelakon lain yang ada dalam drama ini adalah Shin Ha Kyun, Choi Dae Hoon, Choi Sung Eun dan Kim Shin Rok.

Untuk pelakon pembantu pula kita ada pelakon  Choi Jin Ho, Kil Hae Yeon, Heo Sung Tae, Chun Ho Jin, Nam yoon su, lee kyu hoe dan ramai lagi pelakon hebat dalam drama ini.


Jin Goo sebagai Joo Won, Ini watak-watak lain dalam drama beyond evil.

Shin Ha Kyun membawa watak sebagai Lee Dong Shik. Dia ni seorang sarjan yang impulsif dan lurus di pejabat cawangan Polis Manyang. Setelah menjadi seorang detektif yang berkebolehan, dia telah diturunkan pangkat untuk melakukan tugas yang sangat hina dan membosankan.

Choi Dae Hoon sebagai Park Jung Je. Seorang Leftenan Pasukan Sokongan Penyiasatan di Balai Polis Munju dan merupakan kawan baik kepada Lee Dong-sik, dan anak kepada Ahli Kongres Do Hae-won.

Choi Sung Eun sebagai Yoo Jae Yi. Dia ni pula digelar "Master of Knife", pemilik Kedai Daging dan Restoran Manyang. 

Pelakon Kim Shin Rok sebagai Oh JI Hwa. Dalam drama ini dia menjadi Ketua Pasukan Bahagian Jenayah Berbahaya, rakan sekelas Lee Dong-sik dari sekolah rendah hingga menengah, dan bekas isteri CEO Lee Chang-jin

Untuk pelakon pembantu pula kita ada pelakon  Choi Jin Ho membawa watak sebagai Han ki hwan. Dia merupakan bapa kepada Joo Won dan merupakan Ketua Polis agensi.,

Kil Hae Yeon pula membawa watak sebagai do hae won iaitu seorang congresswoman untuk munju city.

Pelakon Squid Game Heo Sung Tae sebagai lee chang jin yang merupakan seorang ceo untuk syarikat JL Construction.

Seterusnya Chun Ho Jin membawa watak sebagai Nam Sang Bae yang merupakan ketua polis untuk cawangan Manyang.

Nam yoon su pula membawa watak sebagai Oh ji hoon yang merupakan pegawai polis Manyang.

Yang terakhir lee kyu hoe membawa watak sebagao kang jin mook iaitu pemilik supermarket dalam drama ini.

Macam aku cakap sebelum ini, ramai lagi pelakon hebat dalam drama ini tapi aku tak kongsikan semua sebab ramai sangat.

Takut korang bosan pula nanti. hehe.

Banyak info baru drama beyond evil di bawah.

Sebagai mengingatkan semula, drama ini merupakan drama yang berasal dari korea selatan dan memiliki 16 episod sahaja secara keseluruhannya.

Ia mula di tayangkan pada 19 febuari 2021 dan berakhir pada 10 April 2021 yang lalu. Mungkin korang dah tengok drama ni atau tidak. Kalau belum tu, bolehlah cari untuk tengok yer.

Setiap episod berdurasi 1 jam 5 minit dan disiarkan pada setiap hari jumaat dan sabtu di saluran jtbc.

Bagi rating umur pula, drama ini boleh ditonton oleh semua penonton yang berusia 15 tahun dan ke atas. Kalau bawah 15 tahun, tak di sarankan kerana ada adegan-adegan yang tidak sepatutnya ditonton oleh golongan 15 tahun ke bawah.

Drama ini juga bergenre thriller, misteri, psycholoy dan juga drama. jomlah kita tengok drama beyond evil ini ya.

Untuk yang belum tonton lagi, korang boleh cari di internet untuk menonton ya. Rasanya dekat tv pun dah tak ada drama ni tau.

Aku yakin korang mesti suka drama ni. Baiklah, Selamat menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post