Sinopsis Drama Bulgasal Immortal Souls. Hai korang, tak sabar nak tengok drama baru ni kan. drama ini akan menggantikan dram Jirisan yang akan tamat siarannya tidak lama lagi. Drama immortal souls ini juga akan mula ditayangkan pada 18 Disember 2021 ini. Anda sudah bersedia untuk menonton drama ini? Tapi sebelum itu, jom baca sinopsis drama bulgasal immortal souls di bawah ini. Seperti biasa aku akan ingatkan korang mengenai entri aku sebelum ini. Aku dah update mengenai drama let me be your knight yang akan bermula tayangnya tidak lama lagi. 


Sinopsis Drama Bulgasal Immortal Souls (2021)


Pelakon utama dalam drama ini adalah Jung In Sun dan juga ahli kumpulan idol tau ! nak tahu siapa dia? korang kenalah baca dekat link yang aku sediakan tu ya.

Baiklah sekarang ini kita baca sinopsis drama bulgasal immortal souls di bawah ini ya.

Sinopsis Drama Bulgasal Immortal Souls.

Jom kita mula sinopsis drama bulgasal immortal souls ini ya. Drama fantasi yang berkisarkan dua watak. Yang pertama ialah seorang wanita yang telah melalui beberapa penjelmaan semula selama 600 tahun dan mengingati semua kehidupannya yang lalu.

Watak kedua pula ialah seorang lelaki yang telah hidup selama lebih 600 tahun sebagai bulgasal atau lebih dikenali sebagai makhluk mitos yang memakan darah manusia. dan dikutuk dengan keabadian.

Dan Hwal pernah menjadi manusia 600 tahun dahulu. Dia bertukar menjadi bulgasal semasa dinasti Joseon semasa bekerja sebagai pegawai tentera dan menyelesaikan misi untuk memadamkan sisa-sisa dinasti sebelumnya.

Min Sang Un, yang pernah menjadi bulgasal tetapi dijelmakan semula sebagai manusia. Selepas mengalami kehilangan ibu dan adik kembarnya di tangan seorang pembunuh yang tidak dikenali.

Min Sang Un melarikan diri bersama adik perempuannya Min Sa Ho dan tinggal dengan tenang dalam persembunyian. Walaupun dia bekerja keras untuk menyembunyikan nama dan identitinya, penampilan bulgasal mengubah kehidupannya yang penuh rahsia.

Ok Eul Tae, seorang lagi bulgasal yang hidup dalam rahsia. Dia telah menikmati keabadian selama berabad-abad yang lalu dan telah mengumpul kekayaan yang sangat besar, yang dia gunakan untuk mengawal ahli politik, ahli perniagaan, dan media. 

Dengan kecantikannya yang merosot dan karisma yang mengagumkan, dia mempunyai semua ramuan untuk menjadi tokoh paling berkuasa di Korea.

Dan Sol ialah anak kepada sebuah keluarga berkuasa yang akhirnya berkahwin dengan Dan Hwal kerana bapanya. Dia mempunyai sesuatu yang istimewa yang tidak dapat difahami oleh orang lain.

Untuk ringkasan yang mudah faham, drama ini mengisahkan Dan Hwal dan Min Sang-Woon. Dan Hwal adalah manusia 600 tahun dahulu. 

Semasa dia menjalankan misinya sebagai pegawai tentera untuk menghapuskan sisa-sisa dinasti dahulu, dia menjadi abadi. Dia telah kekal selama 600 tahun yang lalu.

Min Sang-Woon pernah menjadi abadi. Dia kini menjelma semula menjadi manusia dan hidup sebagai manusia. Selepas dia melalui peristiwa tragis, dia menukar nama dan identitinya. Dia tinggal dalam persembunyian dan ingin membalas dendam.

Ok Eul-Tae masih kekal abadi. Tidak seperti Dan-Hwal, dia menikmati keabadian, serta kuasa dan kekayaan.

Pada masa lalu, Dan Sol  pernah menjadi isteri Dan Hwal. Dia ada sesuatu yang istimewa. 

Setakat baca sinopsis drama bulgasal immportal souls ni , korang mesti tak dapat gambaran perjalanan jalan cerita drama ni kan. jadi korang kena tunggu 18 haribulan ini untuk menonton episod 1 drama ni ya.

Senarai Pelakon Drama Bulgasal Immortal souls

Drama menarik ini di arahkan oleh Jang Young Woo dan skripnya ditulis oleh kwon so ra dan Seo Jae Won.

Untuk para pelakon pula, drama ini dibintangi oleh pelakon Lee Jin Wook, Kwon Na Ra, Lee Joon dan Gong Seung Yeon sebagai peneraju utamanya.

Untuk pelakon pembantu pula mereka terdiri daripada pelakon jung jin young, Park Myun Shin , Kim Woo Seok dan Han Dong Gyu. 

Sebenarnya banyak lagi pelakon dalam drama ni, tapi aku kongsikan dengan korang banyak ni dulu ya. nanti aku kemaskini kemudian ya. 

Tak banyak info sangat pasal drama ni setakat ni. sabar yer.

Watak Pelakon Drama Bulgasal Immortal souls

Untuk watak-watak dalam drama ini pula, pelakon Jin Wook membawa watak sebagai Dan Hwal. Dan hwal ini merupakan makhluk lagenda. Dia pernah hidup pada 600 tahun dahulu. Dia asalnya manusia tetapi lepas masuk dinasti joseon, Dia menjadi bulgasal. 

 Pelakon Kwon Na Ra pula membawa watak sebagai Min Sang Woon. Min Sang Un pula sama seperti Dan hwal. Dia pernah menjadi bulgasal tetapi akhirnya dia menjadi manusia. 

Pelakon Lee Joon pula membawa watak sebagai Ok Eul Tae. Dia ni merupakan seorang lagi bulgasal yang hidup dalam rahsia. 

Dia telah menikmati keabadian selama berabad-abad yang lalu dan telah mengumpul kekayaan yang sangat banyak. Dia gunakan kekayaan dari hasil pengumpulan dia untuk mengawal ahli politik, ahli perniagaan, dan media.

Manakala pelakon Gong Seung Yeon pula membawa watak sebagai Dan Sol. Dia ni pula merupakan seorang anak kepada sebuah keluarga berkuasa yang akhirnya berkahwin dengan Dan Hwal kerana bapanya. Dia mempunyai sesuatu yang istimewa yang tidak dapat difahami oleh orang lain.

Bagi watak-watak pelakon pembantu pula, pelakon Jung Jin Young membawa watak sebagai Dan Geuk iaitu bapa kepada Dan Sol yang merupakan watak utama dalam drama ini.

Pelakon Park Myung Shin sebagai Tok Bomoh. Pelakon Kim woo Seok sebagai Nam Do Yoon yang merupakan pelajar.

Pelakon Han Dong Gyu pula membawa watak sebagai Goo Bong. Baki watak-watak dalam drama ini akan di kemaskini kemudian tau. Jangan terlepas dari kemaskini terkini dari kami tau.

Info Drama

Drama bulgasal immortal souls ini merupakan drama dari korea selatan dan akan mula bersiaran pada 18 December 2021 hingga 6 Febuari 2022 nanti.

Untuk pengetahuan anda, drama ini akan ditayangkan di saluran Tv N dan TVing tau. Drama ini akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad dan mengambil masa 60 minit untuk setiap episod. Rating umur untuk drama ini adalah 15 tahun keatas sahaja.

Drama ini bergenre romantik, drama , fantasy dan supernatural. Ia juga drama sejarah korea tau. jadi jalan cerita dia mungkin panjang sikit berbanding drama-drama biasa. yang pasti drama ni mesti menarik untuk ditonton!

Untuk menonton drama ini pula korang boleh tonton dekat saluran Netflix tau. Senang dan mudah jer kan. Kalau nak tengok dekat astro, korang boleh tekan channel 395 tau.

Pastikan korang tengok tau ! hehe

Penutup 

Akhir sekali, aku tak sabar nak tengok drama ni sebab drama ini dilakonkan oleh pelakon Jin wook. Semua drama dia memang tak mengecewakan tau. Last aku tengok drama  The Voice 2 dulu pun sangat memberi kesan dekat penonton.

Jadi aku yakin, jalan cerita drama ini pun sangat lain dari yang lain. Pasti korang tak akan bosan untuk menonton drama ini. 

Selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post