Info Drama Terbaru Song Hye Kyo ‘Now, We Are Breaking Up’ (2021). Drama terbaru untuk tahun ini  dari pelakon wanita popular Song Hye Kyo telah pun ditayangkan pada awal bulan 11  iaitu drama Now, We Are Breaking Up. Drama yangmengandingkan antara Song Hye Kyo dan pelakon yang sedang meningkat naik iaitu JangKi Young ini ditayangkan di SBS.‘Now We Are Breaking Up’ adalah drama romance yang mengenai percintaan dan perpisahan di dalam industri fesyen. Jom baca Info Drama Terbaru Song Hye Kyo ‘Now, We Are Breaking Up’ (2021) di bawah ini.


Info Drama Terbaru Song Hye Kyo ‘Now, We Are Breaking Up’ (2021)



Info Drama Terbaru Song Hye Kyo ‘Now, We Are Breaking Up’ (2021)

Song Hye Kyo berlakon sebagai Ha Young Eun , seorang pereka fesyen manakala Jang Ki Young pula sebagai Yoon Jae Guk yang merupakan jurugambar bebas, macam mana mereka bertemu ? jom baca synopsis drama ini.

SINOPSIS PENUH DRAMA NOW WE ARE BREAKING UP (2021)

Mengisahkan tentang kisah cinta dan perpisahan dalam perhubungan.

Ha Young Eun merupakan ketua bagi pasukan design untuk sebuah syarikat fesyen. Beliau seorang yang dingin dan mengutamakan kestabilan terlebih dahulu.

Dia seorang yang bijak, cantik dan sangat berdisiplin dan juga sensitive pada trend , dan nama beliau cukup dikenali dalam dunia fesyen.

Dalam perhubungan Ha Young Eun sangat berbeza dari kehidupan pekerjaan beliau.

Yoon Jae Guk yang dilakonkan oleh Jang Ki Young merupakan seorang jurugambar bebas yang popular. Dia mempunyai segalanya , bijak , kaya dan rupa yang kacak.

Sesuatu yang dimiliki oleh Yoon Jae Guk yang membuatkan Ha Young Eun tertarik dengan beliau , tidak kerana dia kacak ataupun kaya.

Seperti mimpi kedua-dua mereka saling mencintai tetapi perhubungan merek tidak segembira pasangan lain, ada pasang surut tetapi adakah akan hadir pengakhiran yang gembira untuk mereka berdua?

PROFIL PENUH DRAMA NOW WE ARE BREAKING UP (2021)

TAJUK  : Now , We Are Breaking Up (지금, 헤어지는 중입니다)

PENGARAH  : Lee Gil Bok

PENULIS  : Je In

RANGKAIAN  :  SBS

EPISOD : 16

TARIKH TAYANGAN : 12 NOVEMBER – 1 JANUARY

MASA & HARI TAYANGAN  : JUMAAT & SABTU / 22 : 00 PM

GENRE : Romance, Melodrama , Drama

PELAKON-PELAKON DRAMA NOW, WE ARE BREAKING UP

Drama ini lain dari drama yang lain kerana hampir semua pelakon di dalam drama ini popular dan hebat belaka.

Selain Song Hye Kyo dan Jang Ki Young , drama ini turut dibintangi oleh bintang idol popular EXO Sehun yang berlakon sebagai Hwang Chi Yung.

Tidak dengan itu, actress Choi Hee Seo melakonkan watak Pengarah Hwang Chi Sook dan pelakon senior Joo Jin Mo melakonkan watak sebagi CEO Hwang.

Pelakon Jang Hyuk Jin yang popular dalam drama Vagabond membawa watak sebagai Ketua Manajer Go Gwang Soo manakala Song Yoo Hyun pula membawa watak Oh In A.

Di dalam drama ini watak keluarga Ha Young Eun di bawa oleh Choi Hong II dan Nam Gi Ae sebagai Ha Taek Soo dan Kang Jung Ja.

Keluar Yoon Jae Gook pula dilakonkan oleh pelakon senior Cha Hwa Yeon sebagai Min Hye Ok dan pelakon tampan Shin Dong Wook berlakon sebagai Yoon Soo Wan.

Ahli kumpulan wanita Girls Days iaitu Yura juga berlakon di dalam drama ini dan beliau membawa watak sebagai Hye Rin.

 

TRIVEA PELAKON UTAMA

Now , We Are Breaking Up merupakan drama pertama kali gandingan antara Song Hye Kyo dan Jang Ki Young.

Nama Song Hye Kyo tidak perlu dikatakan lagi , beliau merupakan pelakon wanita yang cukup popular dari zama Full House lagi , hampir kesemua drama beliau berlakon hit.

Jang Ki Young pula merupakan pelakon lelaki yang debut pada tahun 2012 sebagai model dan debut sebagai pelakon pada 2014.

Sekarang , Jang Ki Young sedang menjalani latihan ketenteraan so korang mungkin akan jarang nampak beliau dalam promosi drama Now, We Are Breaking Up ini.

Sehun juga seperti Song Hye Kyo , nama yang tak perlu diexplain. Dari kumpulan yang popular di Korea iaitu EXO , ramai tidak sabar untuk melihat Sehun berlakon di dalam drama ini.

Selain Sehun, Girls Day Yura juga antara sebab ramai tidak sabar melihat drama ini seperti kita tahu Yura juga sedang melebarkan sayapnya dalam lakonan.

Yura debut pada tahun 2010 bersama Girls Day manakala Sehun debut bersama EXO pada tahun 2012.

Oleh kerana mereka berdua bukan berasal dari bidang lakonan ramai memberi perhatian kepada mereka dan Jang Ki Young , jom baca review dank omen orang mengenai lakonan mereka.

REVIEW DAN KOMEN DARI PEMINAT DRAMA NOW , WE ARE BREAKING UP

Oleh kerana drama ini telah pun ditayangkan pada 12 november yang lalu jadi kita boleh tengok komen dari penonton drama ini.

Komen terhadap Jang Ki Young adalah mereka mengatakan beliau adalah seorang actor yang boleh keluarkan emosi melalui mata beliau.

Perasaan yang ingin dikeluarkan dalam setiap scene dapat dilihat dari mata beliau , peminat juga megatakan beliau mula semakin dikenali sekarang.

Drama ini dikatakan baik setakat yang tengah ditayangkan sekarang , biarpun ada kekeliruan mengenai imbas kembali , adakah ia imbas kembali atau masa akan datang?

Komen dari Ija13 - setakat ini, 2 episod pertama memang menjanjikan. im just still a bit confuse on the flashbacks... adakah pada masa lalu..? ..masa depan..?

 Saya pasti itu bukan abangnya, bukan? .. coz kenapa dia tak ingat muka dia... dan semasa salah satu adegan dia tanya dia kenapa dia buat-buat tak kenal dia.. pasal apa..?

Komen menganai Song Hye Kyo adalah beliau masih sama seperti dulu. Mukanya cantik dan penampilanya sedap mata memandang.

Lakonan EXO Sehun juga mendapat pujian dari penonton drama ini , antaranya komen adalah wah macam mana dia boleh pandai berlakon dan ada komen mengatakan bahawa lakonannya natural.

Suara beliau ketika berlakon juga sangat bagus dan beliau sangat handsome , dia sanga bagus , ini merupakan komen positif untuk EXO Sehun.

Ramai juga merindui lakonan Song Hye Kyo yang mana mereka lihat dari 10 tahun lepas dan mengatakan drama ini special buat mereka.

Song Hye Kyo dan Jang Ki Young juga dipuji lakonan mereka kerana chemistry di antara mereka nampak sweet dan membuatkan penonton drama ini berasa enjoy ketika melihat drama ini.

Drama ini hampir kesemuanya memberi komen positif dan memuji lakonan kesemua pelakon dan keserasian pelakon.

KATA AKHIR

Drama Now , We Are Breaking Up ini telah sampai episode ke 7 sekarang dan akan berakhir pada episode 16 pada awal tahun depan , so korang masih sempat lagi kejar drama ini.

Drama ini lain dari melodrama yang lain , korang yang tengok pasti akan enjoy dengan jalan cerita ini.

Selamat menonton yer korang !!!


Post a Comment

Previous Post Next Post