Sinopsis Drama Snowdrop (2021) Lakonan Jisoo dan Jung Hae InDRAMA LAKONAN BLACKPINK JISOO DAN JUNG HAE IN “SNOWDROP”. Drama yang ditunggu-tunggu setelah sekian lama oleh peminat akhirnya akan bersiaran iaitu drama  “Snowdrop” lakonan Blackpink Jisoo dan actor popular Jung Hae In. Drama “Snowdrop” merupakan drama yang menjadi sebutan peminat sebelum ia bermula shooting lagi kerana pelakon-pelakon yang membintangi drama ini semuanya popular.

Sinopsis Drama Snowdrop (2021) Lakonan Jisoo dan Jung Hae In




Pada Oktober 2020 , drama ini memulakan shooting dan telah tamat shooting untuk semua episode , disebabkan beberapa faktor , tarikh tayangan drama ini terpaksa ditangguh – tangguh dan akhirnya telah dikeluarkan tarikh tayangan iaitu pada 18 December 2021.

Jung Hae In , Yoon In Na , Jisoo , Kim Hye Yoon merupakan antara nama-nama popular yang membintangi drama “Snowdrop” ini , hebatkan nama-nama ini jadi jom baca synopsis drama ini dulu untuk tahu jalan ceritanya.

Sinopsis Drama Snowdrop (2021) Lakonan Jisoo dan Jung Hae In

Mengisahkan pada tahun 1987 ye di mana pada masa itu Korea Selatan ditadbir oleh kerajaan dictator ada pelajar siswazah (graduate student) Im Soo Ho [ Jung Hae In] yang berlumuran darah dan melompat masuk ke dalam dorm wanita di Hosoo Women University.. 

Eun Young Ro [Jisoo Blackpink] terjumpa Im Soo Ho dan tolong beliau sembunyikan diri. Im Soo Ho adalah pelajar siswazah dari univeriti yang berprestij dan merupakan half Korean half German .

Beliau sangat berkarisma dan beliau juga seorang yang misteri.

 Eun Yooung Ro pula adalah pelajar tahun pertama di Hosoo Women University , beliau major dalam sastera English. Dia jumpa Im Soo Ho pertama kali dalam blind date dan terus jatuh cinta pandang pertama.

Kye Boon Ok [Kim Hye Yoon] pula seorang yang gave up untuk masuk university disebabkan datang dari keluarga yang miskin. 

Dia bekerja sebagai operator telefon dekat asrama perempuan. Dia menyamar sebagai pelajar university , dia pergi blind date dengan Eun Young Ro dan lama-lama dia sesuatu terjadi. Lee Kang Moo [Jo Seung Jo] pula adalah ketua untuk Team 1 di National Seceurity Planning, beliau seorang yang berdisiplin dan tidak berkompromasi dalam situasi apa sekali pun.

Apakah hubungan antaran Im Soo Ho , Kye Boon Ok , Eun Young Ro dan Lee Kang Moo ? Adakah ada cinta 3 segi atau empat segi? Nantikan….18 December ini taw !!


PROFIL DRAMA “SNOWDROP” (2021)

DRAMA : SNOWDROP

PENGARAH : JO HYUN TAK

PENULIS : YOO HYUN MI

SYARIKAT : JTBC , DISNEY+

TARIKH RELEASE : 18 DECEMBER 2021

HARI & MASA : SABTU & AHAD/ 22:30

SEBUTAN TAJUK :  SEOLGANGHHWA / 설강화

 

 

PELAKON-PELAKON DRAMA “SNOWDROP” (2021)

Pelakon drama “Snowdrop” ini semuanya popular dan hebat belaka , selain Jisoo Blackpink , Jung Hae In  dan Kim Hye Yoon , pelakon lain yang membintangi drama ini adalah Yoo In Na yang berlakon sebagai Kang Chung Ya .

Seterusnya pelakon Jang Seung Jo pula memgang watak sebagai Lee Kang Moo, pelakon senior yang hebat Yoon Se Ah berlakon sebagai Pi Seung Hee , Jung Yoo Jin berlakon sebagai Jang Han Na. 

Untuk pelakon pembantu antaranya adalah Choi Kyung Hoon , Choii Yoon Je , Park Sung Woong , Jung Ae Ri , Ji Ui Jung dan untuk pemegang watak bapa kepada Eun Young Ro dilakonkan oleh Heo Joon Ho , 

watak pembantu lain dilakonkan oleh Kwon Han Sol , Kim Jung Nan , Jung Hye Young dan terakhir adalah Kim Seo Hyun.

TRIVEA PELAKON UTAMA DRAMA SNOWDROP (2021)

Pelakon –pelakon utama drama Snowdrop ini bukan calang-calang kerana nama mereka semua sudah popular. 

Jung Hae In merupakan pelakon yang popular tidak hanya di Korea namun di luar Korea , beliau merupakan pelakon yang menjadi sebutan ramai apabila lakonan beliau dalam drama “While You Were Sleeping” menjadi viral.

Selepas drama itu , beliau mendapat banyak tawaran memegang  watak utama , tidak hanya untuk drama tetapi untuk filem juga.  Jung Hae In yang lahir pada 1 april 1988 juga telah banyak memenangi anugera untuk lakonan beliau. 

Gandingan beliau dalam “One Spring Night” bersama Han Ji Min telah membolehkan beliau memenangi anuerah best actor di MBC Drama Awards 2019. Di dalam drama Snowdrop ini , rata-rata peminat meletak harapan tinggi pada lakonan beliau yang sangat hebat.

Kim Jisoo atau Jisoo Blackpink merupakan nama yang cukup dikenali , sebut saja blackpink pasti semua orang mengenalinya.  Jisoo yang berusia 26 tahun debut pada tahun 2016 dengan group Blackpink.  

Pada tahun  2015 beliau telah melakukan debut untuk lakonan sebagai Cameo dalam drama “The Producers” dan drama “Snowdrop” ini merupakan drama pertama beliau sebagai watak utama,  dan seperti korang tahu beliau memegang watak sebagai Eun Young Ro.  

Ramai peminatnya tidak sbar untuk melihat lakonan pertama beliau sebagai watak utama,  korang kena tunggu ok untuk bulan December ini.

Yoo In Na juga merupakan nama cukup tidak asing lagi dalam dunia hiburan Korea.  Yoo In Na seorang gadis yang sangat cantik,  hebat dalam lakonan dan juga pengacaraan.  

Beliau debut pada tahun 2006 dan telah berlakon banyak drama dan juga merupakan seorang dj dari tahun 2011 sehingga  2016. Dalam drama Snowdrop ini beliau membawa watak sebagai Kang Chung Ya.

Selain Jisoo dan Yoon In Na , Kim Hye Yoon merupakan pelakon yang sedang meningkat naik dan lakonan beliau sering mendapat pujian , tidak hanya dari peminat beliau tapi pada peminat drama lain.

 Lakonan beliau dalam “Sky Castle” dan “Extraordinary You” telah membuka mata ramai orang sehingga beliau dianugerahkan anugerah untuk lakonan beliau. 

Pada sekarang beliau juga aktif mempromosikan drama bersama 2PM Taecyeon  yang bertajuk “Secret Royal Inspector Joy” yang sedang ditayangkan dan drama “Snowdrop” ini juga akan ditayangkan pada bulan 12 ini.

 

REVIEW PEMINAT MENGENAI DRAMA “SNOWDROP” YANG BAKAL DITAYANGKAN

Disebabkan pelakon-pelakon drama Snowdrop yang sangat popular , drama ini mendapat perhatian dan menjadikan peminat tidak sabar untuk melihat . 

Respon yang positif untuk drama ini antara kata peminat drama : “Wah, barisan pelakon memang gila” , "Saya teruja untuk melihat Jisoo dalam drama pertamanya.", 

"Saya teruja tetapi juga bimbang kerana ini akan menjadi lakonan pertama Jisoo. Dia mungkin tidak melakukannya juga. Harap-harap, dia banyak berlatih."

"Barisan pelakon sub-watak juga sangat bagus. Kini Jung Hae In sebagai watak utama lelaki adalah hebat.", Tidak percaya Jisoo mendapat watak utama. Ramai peminat luar negara mungkin akan menonton drama ini." , "

Saya agak risau dengan lakonan Jisoo tetapi visualnya sangat sempurna dengan Jung Hae In." ,"Saya lebih berminat dengan jalan cerita daripada pelakon. hihi."

 

Untuk info korang Sinopsis Drama Snowdrop (2021) Lakonan Jisoo dan Jung Hae In ini telah pun tamat rakaman so korang boleh tengok update mengenai drama ini dekat instagram pelakon-pelakon ini. 

Follow dan like update mengenai drama “SNOWDROP” ini. 

Drama yang mempamerkan pelakon –pelakon popular dari segenap umur , Jung Hae In , Kim Jisoo , Yoon In Na dan Kim Hye Yoon pemegang watak utama dalam drama ini. Jangan lupa saksikan drama ini pada tarikh tayangan iaitu pada bulan December.

 

Post a Comment

Previous Post Next Post