DRAMA KOREA THRILLER TERBARU CHIMERA (2021) merupakan drama terbaru OCN yang sedang ditayangkan di Korea pada bulan oktober tahun ini. Drama Chimera ini berkonsepkan thriller dan detektif dan ia juga penuh dengan aksi-aksi dari pelakon-pelakon hebat. Pelakon yang popular dalam drama hit Squid Game iaitu Park Hae Soo merupakan pelakon utama di dalam drama korea thriller terbaru Chimera (2021). Drama Chimera ini merupakan drama yang telah bersiaran pada setiap hari sabtu dan ahad pada jam 10: 30 malam. Siri drama ini mengisahkan tentang letupan yang terjadi pada 35 tahun yang lalu dan letupan ini dilakukan oleh entity misteri yang dikenali sebagai Chimera. 


DRAMA KOREA THRILLER TERBARU CHIMERA (2021)


Sehingga hari ini jenayah bersiri berlaku dan kes tidak dapat diselesaikan sehingga Chimera ini muncul semula , tiga individu yang mempunyai rekod jenayah lampau untuk menyiasat kes berkaitan Chimera.

Teaser drama Chimera yang telah dikeluarkan dan didalam teaser ini dapat dilihat pelakon Squid Game Park Hae Soo kembali dalam drama ini sebagai detective Jae Hwan manakala Claudia Kim berperanan sebagai ptofiler. Jom baca synopsis drama “Chimera” di bawah dulu.

SINOPSIS DRAMA CHIMERA 2021

Satu letupan berlaku pada tahun 1984 dan letupan ini membawa pada kes pembunuhan bersiri yang dikenali sebagai kes Chimera dan selepas 35 tahun letupan yang sama terjadi. 

Seorang detektif yang bersemangat Cha Jae Hwan (Park Hae So). Apabila Eugene (Soo Hyun) masih kecil  dia diambil sebagai anak angkat pada keluarga yang berada di Amerika Syarikat. 

Dia pernah bekerja untuk FBI dan sekarang beliau bekerja sebagai profiler jenayah. Lee Joong Yeop (Lee Hee Jun) semasa kecil juga dijadikan anak ankat pada keluarga England dan beliau merupakan seorang pakar bedah dan kembali ke Korea tetapi dia terlibat dengan kes misteri.

Ketiga-tiga mereka, Cha Jae Hwan , Eugene dan Lee Joong Yup mempunyai alasan tersendiri untuk kejar dan mencari kebenaran mengenai kes Chimera ini. 

Untuk menangkap penjenayah itu, mereka mesti terlebih dahulu membongkar rahsia yang menghubungkan kedua-dua kes itu dalam jarak kira-kira tiga puluh lima tahun. Mungkinkah petunjuknya terletak pada kisah raksasa mitos itu?

 

PROFIL DRAMA CHIMERA 2021

DRAMA : CHIMERA (키마이라)

PENGARAH : KIM DO HOON

SALURAN : OCN

PENULIS : LEE JIN ME

TARIKH TAYANGAN : 30 OCT- 19 DEC 2021

EPISOD : 16

HARI / MASA : SABTU & AHAD / 22:30

 

PERTAMBAHAN SINOPSIS LAIN

Pada tahun 1984, seorang pembunuh bersiri yang berpotensi menyerang lagi apabila letupan yang mengerikan menggegarkan bandar. 

Sekarang tahun 2019, dan salinan jenayah tersebut terbongkar. Ikuti pasukan Detektif Jae Hwan, Profiler Yoo Jin, dan Pakar Bedah Dr. Joong Yeob yang ditugaskan untuk menyelesaikan kedua-dua kes sejuk dan semasa. 

Suspek utama mereka ialah 'Chimera', selepas binatang dalam mitologi Yunani. Ia mempunyai kepala singa, badan kambing, dan ekor ular yang bernafas api.

SENARAI PELAKON-PELAKON DRAMA CHIMERA 2021

Di dalam drama Chimera ini banyak pelakon-pelakon yang hebat serta berbakat dalamnya antaranya Park Hae Soo, beliau melakonkan watak Cha Jae Hwan. 

Pelakon Soo Hyun atau Claudia Kim melakonkan watak sebagai Eugene Haddaway manakala Lee Hee Jun membawa watak sebagai Lee Joong Yeop. 

Pelakon lain adalah Cha Joo Young , actress ini melakonkan watak sebagai Kim Hyo Kyung. 

Di dalam drama ini akan ada kumpulan Cha Jae Hwan , ahli-ahlinya adalah Nam Gi Ae yang memegang watak Cha Eun Soo dan Kang Shin II sebagai Han Joo Seok. 

Watak Polis di dalam drama Chimera ini dilakokan oleh pelakon hebat Woo Hyeon dan beliau membawa watak Bae Seung Gwan manakala polis lain dilakonkan oleh Heo Joon Seok yang memegang watak Go Gwang Soo.

Pelakon yang melakonkan watak dalam kumpulan Seoryun pula adalah Kim Gui Seon, Kim Ho Jung dan Lee Ki Young. Masing-masing membawa watak sebagai Adun Lee Min Ki , Pengarah Lee Hwa Jung dan Pengerusi Seo Hyun Tae

Pejabat lawyer Kim Hyung Guk antara part-part yang ada di dalam drama ini terdapat dua orang yang berlakon di dalam ini iaitu Choi Hong Il sebagai Kim Hyung Guk.

Beliau muncul dalam episode 6 dan 7 manakala yang melakonkan watak sebagai client sokongan kanak-kanak dilakonkan oleh Park Young Bok pada episode ke 6.

Watak Young Joon , Yoon Seok dan cameraman dalam rangkaian UBS dilakonkan oleh Kim Jung Hak, Kim Joo II dan Song Chi Hoon.

Banyak pelakon-pelakon pembantu yang berlakon dalam drama ini antaranya adalah pelakon Uhm Hye Soo , Kang Chul Sung dan Oh Jin Ha masing-masing membawa watak sebagai doctor dan nurse dalam episode 1.

Kes yang berkaitan Hahm Yong Bok pula mempunyai watak Hahm Yong Bok yang dilakonkan oleh Lee Seung Hoon , watak Jung Soon Jung dilakonkan oleh pelakon Lee Chae Min manakala watak paramedic dilakonkan oleh Ju Min Cha dan Lee Dong Wook.

Drama ini juga diserikan dengan pelakon veteran Yum Dong Hun , Kim Do Shin , Shim Young Min , Lee Jae Eun dan juga Kim Hyo Jin serta Yoon Hyo Sik sebagai Macheon.

 

REVIEW DARI PENONTON DRAMA CHIMERA

Di sini dapat disaksikan hampir separuh komen serta review dari penonton drama ini , korang boleh baca dan tengok review ini .

Anak Tetamu Saya seorang sahaja yang menunggu Zunto mati.

OCN akhirnya kembali!!!!

Pergi Moo-chi & Sang Woo kembali dengan hebat!!!

Saya harap ia dilakukan di TV juga.

Siap jadi hamba Ossen lagi kali ni,,,,

Lee Hee-joon dari "Mouse", dan Park Hae-soo dari "Squid Game" dan "Prison Playbook"

Ah, Kihoon hyung~~~~~~~~ Saya hanya ingat adegan di mana saya benar-benar malu.

Sangwoo belum mati, oh menantikannya.

Ini pun gila haha. Ooh, cepat keluar drama ini.

 

INFO MENARIK

Daripada komen dan review dari penonton ramai tidak sabra untuk melihat pengakhiran drama ini adakah kes dapat diselesaikan. 

Di samping itu , pelakon dari drama-drama popular membuatkan ramai ingin melihat drama ini seperti dari drama Mouse , Squid Game dan Prison Playbook. 

Korang yang mana belum layan drama ini boleh layan dan sempat lagi ikot sebab drama ini masih ada beberapa episode lagi. 

Lakonan pelakon-pelakon dalam drama ini harus dipuji kerana nampak kelainan dari drama-drama yang lain. 

Korang yang mana tengah layan drama ni boleh lah share komen korang mengenai drama Chimera dekat bawah dan share siapakah pelakon kegemarah korang.

Selamat menonton korang semua !.

 

 

 

 

Post a Comment

Previous Post Next Post