SINOPSIS HAPPINESS DRAMA TERBARU HAN HYO JOO DAN PARK HYUNG SIK. Drama yang ditayangkan di Tvn bermula pada awal bulan November tahun ini. Drama yang mengandingkan pelakon hebat Han Hyo Joo dan idol Park Hyung Sik , ini merupakan gandingan pertama kali buat kedua-dua pelakon ini. Dibawah akan dikongsikan synopsis Happiness drama terbaru Han Hyo Joo dan Park Hyung Sik. Happiness merupakan drama yang sangat lain dari drama yang lain kerana ia bergenre thriller , siapa peminat Han Hyo Joo pasti tahu yang beliau jarang melakonkan genre ini so korang jangan lepaskan peluang melihat lakonan beliau.


SINOPSIS HAPPINESS DRAMA TERBARU HAN HYO JOO DAN PARK HYUNG SIK



Di dalam poster drama Happiness ini terpancar karakter Han Hyo Joo dan Park Hyung Sik seperti ketakutan dan seperti mereka berlari dengan cepat untuk keluar apartment. Tapi mereka lihat dekat tingkat dengan ekspresi yang tak dapat diketahui apakah itu dan ini membuatkan misteri.

Happiness ini merupakan drama yang thriller apokaliptik , jom baca serba sikit pasai drama Happiness ini.

SINOPSIS PENUH DRAMA HAPPINESS 2021~

Ditetapkan dalam masa terdekat, di Dalam satu bandar besar, di sana  apartment bangunan tinggi bertingkat tinggi baru dibina. 

Bangunan pangsapuri itu mempunyai penduduk dari pelbagai latar belakang namun penyakit berjangkit hadir. 

Disebabkan  wabak itu, apartmen bertingkat tinggi itu ditutup. Penduduk di sana  berusaha untuk terus hidup, dalam keadaan dilanda ketakutan dan ketidakpercayaan terhadap orang lain.

 

Yoon Sae-Bom (Han Hyo-Joo) ialah ahli member polis khas. Dia  seorang yang tegas, tekad, dan tidak mudah goyah. 

Dia teruja dan gembira untuk berpindah ke apartmen baharunya, namun sebaik sahaja berpindah ke sana, dia menghadapi masalah.

 

Jung Yi-Hyun (Park Hyung-Sik) ialah seorang detektif. Dia pula seorang bijak dan jujur dan dia sudah lama dia menyimpan perasaan romantik terhadap Yoon Sae-Bom. Mereka belajar di sekolah menengah yang sama. Jung Yi-Hyun bergelut untuk melindungi Yoon Sae-Bom dan orang lain.

 

Han Tae-Seok (Jo Woo-Jin) ialah leftenan kolonel dan tergolong dalam perintah perkhidmatan kesihatan. Dia pemegang kunci dan tahu mengenai mengenai wabak penyakit berjangkit.

Wabak yang membawa kepada kematian di dalam sebuah bandar dan apartment yang menempatkan pelbagai jenis orang dikuarantin dan penduduk rumah itu perlu bertahan kerana takut dengan virus dan kemungkinan konflik di antara berlainan kumpulan sosial.

Bagaimanakah mereka hendak survive di dalam wabak ini dan adakah Yoon Sae Bom dan Jung Yi Hyun dapat terselamat dari wabak merbahaya ini? kenalah layan drama ini ok.

Dah baca synopsis jom kita ke bahagian porfil drama Happiness pulark kat situ korang boleh tengok mengenai drama ini tayang bila.

PROFIL DRAMA HAPPINESS 2021

TAJUK DRAMA :  HAPPINESS (해피니스)

PENGARAH : AHN GIL HO

TAYANGAN : TVN , TVING

PENULIS : HAN SANG WOON

EPISOD : 12

TARIKH TAYANGAN : 5 NOVEMBER – 11 DECEMBER

HARI / MASA : JUMAAT & SABTU / 22:40

GENRE : THRILLER

 

INFO MENGENAI DRAMA HAPPINESS 2021

Drama Happiness ini menggantikan drama yang dilakonkan oleh Kim Go Eun iaitu Yumi’s Cells dan ditayangkan di TvN pada setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 10 :40 malam. Drama ini juga merupakan drama pertama Park Hyung Sik selepas tamat latihan ketenteraan pada bulan January yang lalu .

Happiness merupakan drama yang ditunggu-tunggu kerana rata-rata peminat drama tidak sabar melihat lakonan Han Hyo Joo. Seperti kita tahu Han Hyo Joo merupakan salah seorang pelakon  wanita yang cukup popular di Korea dan luar negara.

Pengarah dan penulis drama Happiness ini iaitu Ahn Gil Ho dan Han Sang Woon sebelum ini pernah berkolaborasi dalam drama OCN pada 2019 iaitu drama Watcher.

Pembacaan skrip drama ini oleh kesemua pelakon terjadi pada bulan May yang lalu. Selepas drama ini berakhir , drama yang akan menggantikannya adalah Bad and Crazy yang dilakonkan oleh pelakon tampan Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon.

PELAKON-PELAKON DRAMA HAPPINESS 2021

Happiness merupakan drama yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon yang hebat selain yang kita tahu Han Hyo Joo sebagai Yoon Sae Bom dan Park Hyung Sik membawa watak sebagai Jung Ji Hyun. Pemegang kunci utama drama ini iaitu Han Tae Seok dilakonkan oleh Jo Woo Jin.

Selain mereka , di dalam drama ini mempunyai watak pemilik rumah dan penyewa dari pelbagai bilik. Untuk pemilik rumah dilakonkan oleh Baek Hyun Jin yang berlakon sebagai Oh Joo Hyeong dan number rumah adalah 601 , pemilik rumah lain adalah

Park Min Ji yang dilakonkan oleh Baek Joo Hee , Moon Ye Won dalam drama ini memegang watak sebagai Woo Sang Hee. Untuk karakter penyewa di dalam bangunan ini pula dilakonkan oleh Kim Ju Yeon , Jeon Suk Cha dan Song Ji Woo ,

masing-masing mereka tinggal di rumah 502 dan watak mereka adalah Kang Eun Ji , Park Yong Cheol dan Park Seo Yoon. Ramai lagi pelakon-pelakon pembantu yang lain.

 

REVIEW DAN KOMEN MENGENAI DRAMA HAPPINESS 2021

Oleh kerana drama ini antara drama-drama yang ditunggu –tunggu peminat setia drama Korea ramai memberi komen mengenainya , antara komen nya adala ;

Ia sangat terbaik sehingga penantian untuk episod akan datang adalah perit. Saya tidak boleh menahan diri untuk menonton biarpun saya mahu.

Drama ini sangat dingesyorkan ! Ia seperti gabungan Sweet Home dan Train to Busan. Walaupun saya bersetuju, terdapat banyak watak yang menjengkelkan, "bodoh", dan degil tetapi anda tidak boleh menyukai setiap watak

 yang anda temui dan ia menunjukkan bahawa dalam situasi ini atau dalam situasi seperti itu tidak semua orang akan menjadi waras dan bijak tentang mereka akan lakukan.

Ramai juga memuji drama ini kerana dialognya iaitu

Dialog untuk pengarah ditulis dengan sangat baik, saya menyukainya, tidak sabar untuk episod seterusnya.

Peminat drama mengatakan drama ini mengajar beliau bagaimana untuk bertenang XD Saya harap ada lebih banyak drama seperti ini ditambah dengan pengajaran, apa yang anda akan lakukan apabila menghadapi krisis.

Drama ini juga dikatakan baik walaupun karakter-karakter orang di dalam ini amat menjengkelkan . Drama ni okay walaupun watak diorang ramai yang bodoh. Berbaloi untuk ditonton jika anda menyukai sesuatu yang sedikit menekan anda. Ia bagus untuk menguji kesabaran anda.

Happiness merupakan drama yang lain dari yang lain kata beberapa orang penonton drama ini .

Salah seorang memberi komen Salah satu rancangan yang jarang berlaku bahawa kami mempunyai begitu banyak kebencian/mengganggu & penjahat dalam satu drama dan kebanyakannya bukan zombi. Drama ini menunjukkan sisi tidak berperikemanusiaan sesetengah

 orang yang dipanggil manusia dan ia agak mengecewakan untuk dilihat terutamanya jika anda tidak tahan melihat ketidakadilan / ketidakadilan dan orang bodoh tertentu berkelakuan sedemikian.

Tahap tekanan/tekanan darah saya meningkat setiap kali saya menonton rancangan ini melihat watak-watak bodoh itu.

 

KATA AKHIR UNA

Drama ini sangat lain dari drama lain , korang jangan lupa layan taw sebab drama ini banyak pengajaran yang korang boleh dapat. 

Sekarang drama ini baru ditayangkan masih sempat korang nak kejar sebelum bulan December tamat. Jangan lupa layan dan selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post