Sinopsis Penuh Drama Jirisan. Drama yang ditunggu-tunggu oleh peminat drama korea iaitu drama "Jirisan" (2021) akan bersiaran pada bulan November 2021. Korang boleh tengok sinopsis penuh drama "Jirisan" 2021 yang mana dalam drama Jirisan (2021) ini dilakonkan oleh pelakon hebat Jun Ji Hyun dan Ju Ji Hoon. Kedua-dua tonggak utama Drama "Jirisan" (2021) merupakan pelakon yang sangat hebat dan cukup dikenali di Korea. Sedikit info , drama ini baru sahaja ditayangkan jadi jom kita baca sedikit info mengenai drana "Jirisan" (2021) ini .

Jom baca juga drama Red Sleeve lakonan Junho 2pm.

Sinopsis Penuh Drama Jirisan (2021)


Sinopsis Penuh Drama Jirisan

Mengisahkan tetnang penyelamat yang bekerja untuk menyelamatkan orang di Bukit Jiri National Park. Seo Yigang (Jun Ji Hyun) adalah renjer terbaik di Bukit Jiri National Park.. Dia tahu semua laluan di tempat ini termasuklah mendaki gunung.

Kang Hyun Jo (Ju Ji Hoon) adalah seorang ranjer baru di sana. Dia baru tamat latihan ketenteraan dan menjadi kapten di latihan ketenteraan. Dia mempunyai rahsia yang pegang.

Kedua-dua mereka akan jadi partner dan mereka akan cuba untuk selamat kan pendaki-pendaki yang ada masalah di bukit ini. 

Di gunung ini penuh dengan misteri dan banyak pelawat , ada yang daki bukit untuk membunuh diri mereka. 

Yi Gang dan Hyun Jo akan cuba selamatkan pendaki yang hilang.

PERTAMBAHAN SINOPSIS LAIN

Salah satu daripada tiga gunung suci Korea, Gunung Jiri telah menarik pengunjung ke kawasannya yang megah lama sebelum taman di sekelilingnya dicipta. 

Ditubuhkan pada tahun 1967, Taman Negara Jirisan ialah taman negara tertua dan terbesar di negara ini, diuruskan oleh pasukan renjer berdedikasi yang telah mengabdikan hidup mereka bukan sahaja untuk melindungi dan memelihara taman, tetapi juga ramai pengunjung yang meredah kawasan yang luas setiap kali tahun. 

Antara renjer ini ialah Seo Yi Kang yang tiada tandingannya. Dianggap oleh ramai sebagai yang terbaik daripada yang terbaik, pengetahuan Yi Kang tentang taman dan kemahiran sebagai penjejak telah menyelamatkan banyak nyawa. 

Di sebelahnya berdiri Kang Hyun Jo, bekas leftenan tentera yang memutuskan untuk menjadi renjer selepas mengalami kejadian ngeri di gunung.

Walaupun dia mungkin hanya seorang pemula, pengalaman tenteranya menjadikannya seorang renjer yang luar biasa dan rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk Yi Kang. 

Melaporkan kepada Jo Dae Jin, ketua Pejabat Cawangan Haedong, Yi Kang, Hyung Jo, dan Jung Goo Young yang sangat praktikal, membentuk pasukan renjer yang mengagumkan yang setiap hari mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan orang lain. 

Tetapi apabila khabar angin misteri mula melayang di sekitar kawasan gunung yang belum diterokai, kekuatan setiap anggota kru yang berani ini diuji.

PROFIL Penuh Drama Jirisan

DRAMA :- JIRISAN (지리산)

PENGARAH : LEE EUNG BOK

PENULIS : KIM EUN HEE

SYARIKAT : TVN

TARIKH RELEASE : 23/10/2021

EPISOD : 16

HARI / MASA : SABTU-AHAD/ 21:00 KST

INFO DRAMA JIRISAN

Untuk info Korang ,   drama ini start shooting pada bulan 9 tahun lepas, masa pengambaran drama ini cukup lama dan tengah shot tiba-tiba mereka kena berhenti shoot sebab kes Covid-19 naik mendadak pada bulan 12 tahun lepas dah sambung balik lepas 20 hari.

Ini merupakan drama comeback dari Jun Ji Hyun , Jun Ji Hyun seorang pelakon wanita yang cukup popular di Korea, drama beliau semua hit-hit jadi makin ramai tak sabar nak layan drama ini. 

Jun Ji Hyun juga popular dengan drama My Love From The Star , My Sassy Girl , Legend Of The Blue Sea dan banyak lagi.

Hebat gila lakonan Jun Ji Hyun sehinggakan ramai yang menyukai beliau dan untuk pengetahuan korang juga Jun Ji Hyun antara artis wanita Korea yang top kecantikan .

Korang boleh tengok muka, tak pakai make up pon sentiasa Nampak muda dan sangat tidak makan tua.

Selain Jun Ji Hyun yang cukup popular , drama ini pon ada seorang lagi yang nama nya kalau bab pelakon hebat mesti ada namanya iaitu Ju Ji Hoon.

Ju Ji Hoon juga bukan kaleng-kaleng , beliau juga cukup dikenali dalam drama Princess Hours yang waktu dia , dia berlakon dengan Song Ji Hyo dan Eun Hye.

Selepas beberapa kontrovesi beliau kembali dan antara filem yang mengembalikan beliau dalam industry ini adalah Along with gods.

Ramai memuji lakonan hebat dan mantap dari beliau , beliau sangat dikenali Korea dan hampir setiap tahun akan ada produk dari beliau.

Drama Jirisan ini merupakan drama pertama selepas drama “Hyena” pada tahun 2020 , ketika itu beliau melakonkan watak sebagai Yoon Hee Jae.

Beliau juga banyak memenangi anugerah –anugerah yang mengiktiraf bakat lakonan beliau.

PELAKON DRAMA “JIRISAN”

Jun Ji Hyun sebagai Seo Yi Gang , Ju Ji Hoon sebagai Kang Hyun Jo , Sung Dong II sebagai Jo Dae Jin , Oh Jung Se sebagai Jung Goo Young , Jo Han Chul sebagai Park Il Hae , Joo Min Kyung Sebgai Lee  Yang Sun , Go Min Si sebagai Lee Da Won , Noh Young Ju , Jang Young Hyeon  sebagai Ranger , Lee Ga Seob sebagai Kim Sol , Joo Jin Mo sebagi Kim Gye Hee , Kim Young Ok sebagai Lee Moon Sook dan Jun Suk Ho sebagai Kim Woong Soon.

REVIEW DRAMA “JIRISAN”

Untuk info drama ini telah pun bersiaran , ramai memberi komen mengenai drama Jirisan ini.  Antara komen-komen dari penonton drama ini adalah 

“pemandangan jirisan sungguh memukau, sungguh indah dan menakjubkan” , “Drama ini sebenarnya sangat menjanjikan, Saya seorang yang gemar menonton kdrama dan plot serta premis Jirisan adalah unik”, “Cgi sangat bagus kali ini” .

Selain itu, terdapat juga komen seperti “Ia adalah drama yang sangat baik!”, “Menjadi sangat mengujakan dan nampaknya kita semakin menghampiri kebenaran !!” , “Imo 9/10!! Saya suka ia bagus. Saya seorang penagih kdrama sejak 2013 dan masih menganggap drama ini mempunyai jalan cerita yang bagus. Disyorkan.”

Setelah hampir 8 episod drama ini , ramai memuji jalan cerita ini kerana lain dari yang lain. Pelakon-pelakon drama ini juga mendapat pujian atas kehebatan lakonan mereka. 

Drama ini juga membuka mata orang lain mengenai bahayanya kebakaran hutan dan usaha ranger dalam menyelamatkan orang. 

Antara komen orang ramai adalah “drama ini menyedarkan saya betapa bahaya dan meletihkan kebakaran hutan! ia benar-benar memerlukan usaha kolektif oleh RAMAI ORANG/RANGERS untuk menghentikannya daripada terus merebak! mereka mempertaruhkan nyawa mereka, dedikasi dan pekerjaan mereka adalah adil”

Pujian kepada dua watak utama juga banyak antaranya “saya tidak akan jemu untuk mengatakan bahawa DIA SANGAT KAcak!!” “Lakonan Jun Ji Hyun dalam #Jirisan adalah sangat mantap”. 

Akhir Kata Untuk Una

Untuk info korang, drama ini mempunyai 16 episod dan sekarang sudah ditayangkan sampai episode 8. Korang yang masih belum layan drama ini , boleh layan. Pelakon utama dalam drama ini merupakan antara pelakon hebat Korea Selatan so dijamin tidak akan boring dan jalan cerita dalam cerita ini juga sangat menarik.

Selamat menonton korang. 


Post a Comment

Previous Post Next Post