DRAMA RED SLEEVE. Drama yang ditunggu-tunggu oleh peminat iaitu drama "The Red Sleeve Cuff" iaitu drama sejarah Korea.Drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi di saluran MBC dan boleh juga di lihat di laman-laman web di bawah. The Red Sleeve Cuff merupakan drama yang dilakonkan oleh 2PM Junho dan Lee Se Young , ini merupakan drama comeback dari 2PM Junho setelah habis latihan ketenteraan.

2PM Junho sejak beberapa tahun menjadi viral apabila video beliau menari lagu "2PM My House" menjadi viral di Korea dan sejak itu nama beliau menjadi sebutan.

Lee Se Young pula pada tahun lepas namanya menjadi sebutan apabila lakonan beliau dalam drama "Kairos" mendapat pujian peminat drama.

DRAMA RED SLEEVE. Drama yang ditunggu-tunggu oleh peminat iaitu drama "The Red Sleeve Cuff" iaitu drama sejarah Korea.Drama yang bakal ditayangkan tidak

Oh ya! sebelum ini nurul ada update berkaitan dengan drama beyond evil, best juga tau drama tu. korang baca sinopsis dekat link atas ni ya. 


Oleh kerana nama kedua-dua mereka menjadi sebutan maka drama ini juga menjadi tempias bilamana peminat tidak sabar melihat gandingan mereka berdua.

Mesti korang tertanya-tanya kan macam mana drama sejarah ini , mesti korang akan rasa boring ke drama ini , jangan fikir bukan-bukan jom baca Profil penuh drama "Red Sleeve" , ada sinopsis sehingga pelakon tambahan.

PROFIL DRAMA "RED SLEEVE" 2021~

DRAMA : THE RED SLEEVE

TULISAN KOREA : 옷소매 붉은 끝동

TAYANGAN : MBC

PENGARAH : JUNG JI IN

PENULIS : JUNG HAE RI , KANG MI KANG (NOVEL)

MASA TAYANGAN : JUMAAT/SABTU /22:00 PM

NEGARA : SOUTH KOREA

SINOPSIS "THE RED SLEEVE CUFF"~

Mengisahkan tentang hubungan percintaan antara King Jeongjo (Lee Junho) dan Gundik Kerajaan Uibin Sung (Lee Si Young) pada abad ke 18. Uibin Sing merupakan "court lady" di dalam istana , dia berjumpa dengan Putera Raja Lee San (Lee Junho) (nama sebelum beliau menjadi raja), mereka mula jatuh cinta. Apabila menjadi King Jeongjo , Lee San mahukan Uibin Sung menjadi gundiknya tapi Uibin Sung menolak kerana dia mahu kehidupannya bebas tanpa ada sekatan . Dia juga tahu kehidupan sebagai gundik kerajaan sebenarnya tidak dapat kebahagian. Namun, beliau tetap menjadi gundik Raja Jeongjo .. sebab ape ? Untuk ketahui lanjut kena layan drama ini ok ^ ^

Kemaskini Sinopsis Drama The Red Sleeve Cuff

Drama ini mengisahkan kisah silam penduduk korea selatan. Di Korea pada separuh pertama tahun 1700-an, Yi San ialah seorang putera muda yang menyendiri dan mencintai kesempurnaan.

 Pembunuhan bapanya menghantuinya, walaupun ia menyebabkan dia berada dalam kedudukan untuk menaiki takhta sebaik datuknya - raja semasa yang kejam dan kejam yang bertanggungjawab atas kematian bapa Yi San - meninggal dunia. 

Dia telah memutuskan untuk menjadi raja yang baik hati yang akan memperbaharui undang-undang apabila dia akhirnya mengambil takhta, tetapi cara bapanya dibunuh telah melukakan emosinya.


Di mahkamah, dia bertemu dengan seorang wanita muda bernama Sung Deok Im. Yi San jatuh cinta dengannya dan cuba meyakinkannya untuk menjadi gundik rasminya. 

Tetapi Sung Deok Im berkemauan keras dan berjiwa bebas. Dia juga cukup bijak untuk memahami bahawa menjadi permaisuri diraja kepada raja masa depan adalah peranan yang sangat penting, tetapi peranan ini juga yang akan menyekat kebebasannya dan mungkin membawa sedikit kegembiraan kepadanya. 

Tetapi cinta Yi San kepada Sung Deok Im adalah benar, dan dia mula memahami bahawa membentuk kesatuan dengannya akhirnya boleh memberi manfaat kepada alam bermasalahnya.

WATAK PEMBANTU~

Dalam drama ini Lee Junho memegang watak sebagai King Jeongjo. Lee Si Young pula membawa watak sebagai Uibin Sung. Mereka ini merupakan peneraju utama dalam cerita ini.

Selain dari pelakon utama, kita juga ada pelakon pembantu seperi KANG HOON yang membawa watak sebagai Hong Deok Ro. Selain itu, kita juga ada pelakon LEE DEOK HWA yang membawa karakter sebagai  King JeongJo . Dia juga merupakan seorang raja dan bapa kepada Lee San dalam cerita ini. 

Seterusnya pelakon JANG HEE JIN juga memeriahkan drama ini dengan wataknya sebagai Queen Jungsoon. Wah, dia jadi permaisuri lah nampaknya. Mesti best kan.

Pelakon KANG MAL GEUM pula membawa watak sebagai Hyebin Hong dan KIM I ON pula sebagai Princess Chungyeon dalam drama the red sleeve cuff ni.

Pelakon lain yang terlibat adalah seperti JO SEUNG HEE dan Jo Hee BONG. Dalam drama ini jo seung hee membawa watak sebagai permaisuri chungsun. Manakala Jo Hee Bong pula sebaga Hong Jung Yeo.

Kalau kita tengok pelakon dalam drama ini saja pun kita boleh agak drama ni sangat best dan menarik kan. Jadi rugilah kalau korang tak tengok. hehe 


MAKLUMAT TAMBAHAN BERKAITAN DRAMA


Drama ini akan bersiaran di saluran MBC di Korea Selatan manakala untuk peminat drama yang di Malaysia atau negara Asia boleh tengok laman web yang akan dikemaskini.

"The Red Sleeve Cuff" akan mula tayangan pada bulan November ini iaitu  pada 5.November.2021 pada jam 10 pm KST.

Untuk info , watak utama bagi wanita pada mula ditawarkan pada aktress Park Hye Soo namun terpaksa ditolak beliau dan digantikan dengan Lee Se Young.

Junho yang baru sahaja tamat latihan ketenteraan memilih drama ini sebagai drama yang pertama untuk beliau , sejak kembali aktif setelah berehat 2 tahun beliau menerima pelbagai tawaran berlakon dan cf.

Bacaan skrip yang pertama untuk drama ini dijalankan pada bulan May 2021 dan dijalankan di MBC ILSAN DREAM CENTER.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi drama ini akan ditayangkan so make sure korang tunggu di depan TV dan laptop okay.

Untuk korang yang nak tahu perkembangan drama ini boleh tengok di Instagram Official kedua-dua watak utama ini.

Korang boleh follow 2PM Junho di sini >> @le2jh dan untuk Lee Si Young korang boleh follow di sini >> @seyoung_10

Komen Peminat Drama ini.

Nurul ambil salah satu komen dari sosial media yang membuat review berkaitan drama baru ini.

"Ya Saya seorang yang peminat tegar 2PM dan saya mula menonton ini hanya kerana Junho tanpa mengharapkan banyak. Saya tahu masih terlalu awal untuk menulis ulasan apabila hanya 2 episod disiarkan tetapi saya ingin menyatakan bahawa 2 episod itu mendahului jangkaan saya. 

Pertama, saya kagum dengan sinematografi dalam episod 1 di mana dua pelakon kanak-kanak berjalan melalui sungai dan jalan yang diterangi oleh beberapa siri latern dalam perjalanan ke rumah wanita istana. 

Kedua-dua pelakon kanak-kanak itu melakukan kerja yang hebat. Saya gembira kerana adegan zaman kanak-kanak mereka ditayangkan dengan pantas tanpa banyak komplikasi dan kekejaman.

 Lakonan Lee Junho dan Lee Se Young dan chemistry mereka memang hebat. Saya pasti tidak menjangkakan komedi dalam drama ini tetapi kedua-dua watak utamanya sangat lucu dan comel. 

Saya rasa episod 2 berada pada kadar yang perlahan tetapi saya tetap menikmatinya. Jalan ceritanya sendiri menarik jadi saya harap lebih banyak plot yang menarik dalam episod akan datang."

AKhir Kata

Nurul harap drama ni viral dan menjadi antara drama yang terhangat dalam korea dan juga di Malaysia. Sebab utamanya adalah sebab pelakon dia yang merupakan ahli 2 pm. Jadi korang yang peminat 2pm tu kenalah tengok drama ni.

Selainitu ada lee si young juga yang sangat terkenal dalam drama memorist sebagai seorang genius profiler yang sangat menakutkan sebelum ini. Dia juga ada membintangi drama Kairos juga tau. Jadi memang sangat menarik untuk di tonton.

Jangan lupa layan taw korang semua !!.


Post a Comment

Previous Post Next Post