SINOPSIS DRAMA DALI AND THE COCKY PRINCE. Drama Korea yang baru sahaja tamat pada minggu lepas iaitu Drama Dali And The Cocky Prince. Pelakondrama Dali And The Cocky Prince adalah pelakon popular Kim Min Jae dan  Park Gyu Young dan Kwoon Yool yang bergenre romantic comedy.Ini merupakan gandingan pertama kali buat Park Gyu Young dan Kim Man Jae yang umur mereka berbeza 3 tahun.


SINOPSI DRAMA DALI AND THE COCKY PRINCE


Drama yang ringan tapi menarik dan sangat kelakar, kalau korang tengok dijamin agak gelak ja walaupun ada part heavey dalam drama ini tapi korang masih boleh enjoy, jom baca synopsis drama ini dekat bawah.

 

SINOPSIS DRAMA “DALI AND THE COCKY PRINCE”

Mengisahkan seorang budak lelaki, Moo Hak dibesarkan di pasaran sebagai penjaja. Walaupun dia sombong, dia kuat semangat dan tahu buat duit. 

Beliau kini merupakan pengarah urusan Dondon F and B, rangkaian restoran global yang keluarganya bermula sebagai kedai makan gamjatang kecil. 

Namun, dia tidak bermaruah dan hanya mementingkan wang. Dia bertemu dengan Da Li, satu-satunya anak perempuan dan anak dari keluarga kelas atas yang menjalankan galeri seni. Dia mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu. 

Dia menghadapi muflis kerana kematian mengejut bapanya dan memulakan kehidupan yang sukar. Moo Hak dan Da Li memulakan hubungan sebagai pemiutang dan penghutang ke atas galeri seni.

 Adakah dua kutub bertentangan ini akan memahami antara satu sama lain dan jatuh cinta? Pelbagai kisah suka dan duka di antara mereka berdua , Da Li seorang yang patah hati apabila ditinggalkan kekasihnya beberapa hari sebelum hari perkahwinannya. 

Moo Hak seorang yang gila-gila dan tidak pandai tapi buat-buat pandai , dia seorang yang sanggup buat apa sahaja untuk orang yang di sayang. 

Ketika mereka baru mengecapi kebahagian ada mata yang dengki dan cemburu , ada yang cuba bermain tektik kotor untuk memperolehi cinta salah seorang dari mereka. Mampukah bertahan? Kena tengok le cerita Dali And The Cocky Prince.

PROFIL DRAMA “DALI AND THE COCKY PRINCE”

DRAMA : “DALI AND THE COCKY PRINCE” / 달리와 감자

PENGARAH : Lee Jung-Sub

PENULIS : Son Eun-Hye, Park Se-Eun

WAKTU TAYANGAN : RABU &KHAMIS /9:30 PM

SYARIKAT TAYANGAN  : KBS2

GENRE : Romantic Comedy

EPISOD : 16

 

Drama ini merupakan drama pertama Park Gyu Young menjadi watak utama, sebelum ini beliau banyak melakonkan watak sebagai pembantu.

Lakonan beliau di dalam drama ini harus dipuji kerana menjadi lakonan beliau , sesiapa yang melihat mesti merasakan beliau sudah lama berlakon namun beliau merupakan antara pelakon baru yang sedang meningkat naik.

Park Gyu Young merupakan pelakon baru yang debut pada 2016 menerusi watak dalam music video 2AM Jo Kwon dan selepas itu beliau menjadi watak pembantu dalam banyak drama.

Beliau merupakan trainee untuk menjadi pelakon setelah di scouted dari syarikat gergasi JYP Entertainment pada tahun 2015 setelah mereka melihat Park Gyu Young dalam cover majalah university beliau.

Pada tahun 2019 beliau berpindah agensi dari JYP Entertainment kepada SARAM Entertainment dan selepas itu beliau berlakon watak utama untuk cerita ini.

Kim Min Jae pula nama yang cukup biasa didengari , beliau telah memegang watak utama sudah banyak dan banyak drama beliau cukup popular.

Antara drama beliau adalah Second 20s, Dr Romantic, Do You Like Brahms , Flower Crew : Joseon Marriage Agency dan banyak lagi.

Kim Min Jae debut pada tahun 2015 , beliau juga pernah menjadi peserta dalam rancangan Rap iaitu Show Me The Money 4 pada tahun 2015.

PELAKON DRAMA “ DALI AND THE COCKY PRINCE”

Selain Kim Min Jae dan Park Gyu Young pelakon lain adalah Kwon Yool sebagai Jang Tae Jin , Hwang Hee sebagai Joo Won Tak , Ex MOMOLAND Yeon Woo sebagi Ahn Chak Hee , Jang Gwang melakonkan watak sebagai Kim Nak Cheon (Bapa Kim Da Li).

Pelakon Woo Hee Jin sebagai Song Sa Bong, An Se Ha sebagai Han Byung Se , Song Ji won sebagai Na Gong Joo , Yoo Hyung Gwan sebagai Hwang Ki Dong.

Untuk watak antagonis lain yang dimainkan oleh Lee Jae Woo sebagai Kim Si Hyung , Ahn Kil Kang sebagi Jin Baek Won, Seo Jung Yeon sebagai So Geum Ja , Lee Jae Yeon sebagai Jin Ki Cheol. 

Watak yang scene-stealer dalam drama ini dilakonkan oleh Hwang Bo Ra sebagai Yeo Mi Ri dan Park Sang Myeon sebagai An Sang Tae (assemblyman), 

Watak utama Kim Da Li ketika kecil dilakonkan oleh pelakon cilik Lee Hyo Bi manakala Kim Min Jae masa kecil dilakonkan oleh pelakon cilik Choi Ye Chan.

 

REVIEW DRAMA “DALI AND THE COCKY PRINCE”

Oleh kerana drama “Dali and The Cocky Prince” telah pon tamat , so jom baca review dari peminat drama korea. Antara komen-komen ialah “Apabila seni dan gamjatang berjalan seiring”.

“Ringan, menyejukkan hati dan menghiburkan, pada masa seperti kita hari ini, kita memerlukan lebih banyak drama seperti ini!” 

“Drama yang menyegarkan, kelakar & comel…” 

“Dia (kim da li) sangat cantik, Dia (moo hak) sangat comel” 

“Segar, Lucu, Cerdik dan Pintar.” 

Selain itu ada juga yang memberi komen“Drama ini sangat sukar untuk diklik dengan plot tetapi '8 episod keajaiban' berlaku!” 

“Saya memulakan drama ini tanpa sebarang jangkaan dan jatuh cinta dengan ini. Saya mahu menonton drama yang sedang berjalan dan hanya bermula kerana saya melihat di suatu tempat ia mempunyai rating tinggi untuk episod pertama” 

“Saya benar-benar menyukai #DaliAndTheCockyPrince #DaliAndGamjatang!!!!!! Ia adalah salah satu kegemaran saya tahun ini pastinya. #ParkGyuYoung yang melakonkan watak Kim Da Li melakukan kerja yang begitu menakjubkan.” 

Tambahan pulan, komentar yang sangat menarik yang kami dapat adalah “Drama ini sangat bagus dan sangat kelakar!! Aku tak habis-habis gelak tengok jin moohak. Dia mempunyai humor yang hebat dan sangat kaya. 

Perasaan fesyen mereka sangat elegan! Pelakon juga memainkan watak mereka dengan sangat baik. Saya tidak pernah bosan menonton drama ini, Semoga ada pengakhiran yang baik” 

“Nah, selain chemistry yang hebat antara pasangan utama, - Jin Moo Hak dan Da Li - lakonan Kim Min Jae dan Park Gyu Young, 

semua interaksi lucu Moo Hak dan Won Tak (Hwang Hee), pastinya muzik yang menarik dan beberapa keping seni dan penapis seni, mungkin cara ia berkembang.”.

Rata –rata memuji drama ini kerana simple dan tidak heavy , so korang yang mana belum layan drama ini eloklah layan sebab kelakar gila. 

Pelakon-pelakon yang berlakon pon hebat lakonan mereka nampak macam reality. Untuk info korang , drama ini ada 16 episod , sikit je. .  jangan lupa noh layan drama “Dali and The Cocky Prince”.


Post a Comment

Previous Post Next Post