Sinopsis Drama The King of Tears, Lee Bang Won. Kali ini aku nak kongsikan dengan korang berkaitan drama baru ini. Drama yang mengisahkan tentang Raja Lee Bang Won yang melalui fasa kejatuhannya. Bagi yang tak tahu, drama ini diadaptasi dari kisah benar yang berlaku kepada raja lee bang won di korea selatan pada zama Goryeo tau. Bagi yang nak tahu maklumat penuh, jom baca sinopsis drama the king of tears, lee bang won di bawah ini ya.


New Drama: Sinopsis Drama The King of Tears, Lee Bang Won (2021)


Seperti biasa, aku nak bagitahu korang yang aku dah update sinopsis drama baru iaitu drama uncle yang baru mula tayangannya tau. Drama ini sebenarnya di adaptasi dari sebuah sitcom orang putih yang popular pada tahun 2014 sehingga 2017 tau. Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama ini.

Sekarang ! jom kita sambung baca sinopsis drama the king of tears, lee bang won di bawah ini ya.


Sinopsis Drama The King of Tears, Lee Bang Won

jomlah kita mulakan sinopsis drama the king of tears, lee bang won ini . Drama ini mengisahkan tentang seorang  Raja yang terkenal dengan  Air Mata. Dia bernama Lee Bang-won. 

Lee bang woon memberi penerangan baru kepada pemimpin Yi Bang-won yang mengambil inisiatif untuk menubuhkan Empayar Joseon semasa akhir Dinasti Goryeo dan awal Dinasti Joseon apabila perintah kuno Goryeo telah dimusnahkan dan yang baru perintah Joseon telah dicipta.

Drama ini memberi sinar baru kepada pemimpin Yi Bang Won yang mengambil inisiatif untuk menubuhkan Empayar Joseon semasa akhir Dinasti Goryeo dan awal Dinasti Joseon apabila perintah kuno Goryeo telah dimusnahkan dan orde baru Joseon telah dicipta.

Mampukah Raja ini membuat sesauatu kepada rakyatnya setelah kejatuhan empayar besar mereka sebelum ini?

Memang menarik untuk ditonton sampai habis tau. 

Senarai Pelakon  Drama The King of Tears, Lee Bang Won

Untuk pengetahuan korang, drama ini di arahkan oleh kim hyung il dan skripnya di tulis oleh lee jung woo tau.

Untuk senarai pelakon pula, kita mulakan dengan pelakon utamanya. Antara barisan pelakon yang terlibat adalah Joo Sang Wook, Kim Yeong Cheol, Park Jin Hee dan juga Ye Ji Won.

Bagi pelakon pembantu pula, ia terdiri daripada pelakon hebat yang lain seperti  Uhm Hyo Sub, Kim Myung soo dan Hong Kyung IN.

Selain itu, kita juga ada pelakon ye soo jung, kim min ki dan jang tae hoon.

Tambahan pula, drama ini turut disertai pelakon lee won bal, lee kwang ki dan juga Jo Soon Chang.

kita juga ada pelakon lain seperti oh seung jun, hong dong young , kim jin sung, jang jae ha dan juga sun dong hyuk.

Sebenarnya ramai lagi pelakon yang ada dalam drama ini, tapi aku kongsikan yang banyak ini sahaja untuk korang tau.

selebihnya akan dikemaskini kemudian pula yer.

Watak-watak Drama the kingof tears, lee bang won

Sekarang ini aku nak kongsikan pula mengenai watak-watak yang ada dalam drama ini. Aku dah kongsikan senarai pelakon dekat atas, jadi sekarang kita nak tahu apa watak yang mereka pegang dalam drama ini.

Kita mulakan dengan pelakon Joo Sang Wook yang membawa watak utama dalam drama ini sebagai Lee Bang Won. Dia merupakan Raja Joseon yang ke-3 dan lebih dikenali sebagai "Duke Jeongan". 

Kemudian kita ada pelakon berpengalaman iaitu Kim Yeong Cheol sebagai Lee Seong Gye. Dia merupakan pengasas dan Raja pertama Joseon.

Seterusnya kita ada pelakon Park Jin HEE sebagai Permaisuri Wong yeong Min. Dia ini pula merupakan Permaisuri Joseon ke-3. 

Pelakon Ye Ji woon pula menjadi permaisuri sindeok kang dalam drama ini. Bagi yang tak tahu dia ini pula adalah Permaisuri Pertama Joseon.

Bagi pelakon pembantu pula, kita mula kan dengan pelakon uhm hyo sub yang membawa watak sebagai Lee Bang Woo.

Kemudian pelakon kim myung soo sebagai lee bang gwa.

Pelakon hong kyung in sebagai lee bang ui. pelakon ye soo jung pula sebagai permaisuri sinui han. Kim Minki sebagai putera chungnyeong atau lebih dikenali sebagai Lee Do.

Pelakon Jang Tae Hoon membawa watak sebagai puter yangnyeong atau dengan nama sebenarnya adalah Lee Je.

Seterusnya pelakon lee won bal sebagai lee hwa dan pelakon lee kwang ki pula sebagai jeong do jeon dalam drama ini.

Kita juga ada pelakon  joo soon chang sebagai lee bang gan. kemudian pelakon oh seung jun sebagai lee bang beon.

kemudian pelakon cilik hong dong young sebagai watak lee bang beon waktu kecil.

Pelakon kim jin sung pula sebagai lee bang seok manakala pelakon jang jae ha pula sebagai lee bang seok waktu kecil.

macam aku cakap tadi, drama ini ada ramai sangat pelakon, jadi aku tak kongsikan semua sebab aku takut korang bosan.

jadi aku kemaskini setakat ini sahaja. selebihnya nanti aku akan kemaskini pula kemudian tau.

Info Drama  The King of Tears, Lee Bang Won

Drama baru ini sudah mula ditayangkan sejak 11 Disember 2021 yang lalu dan akan berlarutan sehingga 27 Mac 2022 nanti. Fuhh lama sungguh kan drama ini.

Mana tak lama, drama ini ada 32 episod dengan durasi setiap episod tu hanya 60 minit. memang akan berlarutan lah drama ni.

Untuk rating umur pula adalah untuk penonton yang berusia 15 tahun ke atas sahaja. yang budak-budak jangan tengok yer. hehehe

Drama king of tears ini merupakan drama asal dari korea selatan dan akan ditayang pada setiap hari sabtu dan ahad tau.

Saluran tayangan pula adalah di saluran KBS. Kalau korang ada astro, korang boleh tonton di saluran 392 untuk HD yer.

Ramai yang tanya mengenai genre drama ni, seperti biasa kalau banyak episod ni selalunya bergenre sejarah dan drama tau. jangan lupa pula tengok. hehe

Ada beberapa fakta yang korang perlu tahu adalah Ini adalah pertemuan semula pelakon Joo Sang-wook dan pelakon Park Jin-hee selepas mereka di gandingkan dalam drama Giant pada 11 tahun lalu.

Bacaan skrip pertama bagi drama ini  telah diadakan pada 24 Ogos 2021. Pada 9 November 2021, gambar mengenainya telah dikeluarkan oleh pihak produksi. 

Pada asalnya, ia dirancang untuk pelakon Lee Deok-hee yang membawa watak Ratu Shinui, tetapi terpaksa  diubah. Dengan ini, dia memainkan hubungan ibu dan anak dengan Um Hyo-sup sekali lagi selepas drama Stranger.

Pada 28 November 2021, dilaporkan bahawa pelakon Ye Ji-won telah disahkan dijangkiti coronavirus pada 27 November, dan penggambaran pelakon lain dilakukan seperti biasa kecuali penampilan ye ji won yang lain sedikit..

itulah serba sedikit info yang kami dapat kumpul untuk anda.

Penutup

Akhir sekali, aku yakin drama ini sangat menarik untuk ditonton walaupun mempunyai episod yang banyak. Selain itu, kita juga dapat belajar bagaimana dinasti-dinasti kerajaan lama korea selatan memerintah pada zaman dahulu.

Selalunya, drama sejarah ini sangat menarik ditonton namun begitu kekuatan jalan cerita drama ini sangatlah penting bagi mengelakkan penonton bosan.

Bagi aku drama ini merupakan sebuah karya yang berat tetapi aku sangat teruja nak tengok sebab ada kaitan dengan sejarah asal negara korea.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton drama ini dan tolong kongsikan sinopsis drama the king of tears,lee bang won ini di facebook korang tau!

Terima kasih.


Post a Comment

Previous Post Next Post