Sinopsis Drama Uncle. Hai korang, hari ini aku ada drama baru nak kongsikan dengan korang iaitu drama pak cik atau uncle. Sebenarnya drama ini diadaptasi dari sitcom dari british yang menggunakan nama yang sama iaitu unlce. Kiranya orang korea adaptasi sitcom mat saleh lah ni. Sitcom ini mengisahkan tentang seorang pak cik bertungkus lumus melindungi anak saudaranya di tengah-tengah diskriminasi yang terang-terangan. Jom sambung baca sinopsis drama uncle ini ya.


Sinopsis Drama Uncle (2021)


Oh ya, aku terlupa nak bagi tahu yang aku dah update mengenai drama Healer yang dilakonkan oleh park min young dan juga ji chang wook. Walaupun drama ni dah lama di tayangkan tapi masih ramai yang menonton drama ini.

Kalau korang belum tahu drama tu berkaitan apa, korang boleh tengok dekat link yang aku dah kemaskini untuk korang tu ya. Baiklah! kini jom kita baca sinopsis drama uncle di bawah ini.

Sinopsis Drama Uncle (2021)

Bagi yang belum tahum sinopsis drama uncle ini mengisahkan tentang Joon Hyeok ialah seorang pemuzik yang tidak popular yang hidupnya telah mencapai titik terendah. 

Dia sudah memutuskan hubungannya dengan kakaknya, Joon Hee, apabila anaknya muncul di hadapannya. 

Anak saudaranya mengalami gangguan Obsesif-kompulsif selepas ibunya menceraikan bapa tirinya. Joon Hyeok membawa anak saudaranya masuk dan menjaganya.

Joon Hee menceraikan suaminya yang kejam dan mendera fizikal selepas 12 tahun berkahwin. Dia berpindah ke sebuah apartmen yang murah dan kini berdepan kehilangan hak penjagaan anaknya kepada bekas suaminya dan ibunya.

Hye Ryeong ialah penyewa di The Royal State, sebuah kompleks pangsapuri yang mahal, di mana dia adalah Presiden Jawatankuasa Ibu-ibu yang amat dihormati. 

Ahli jawatankuasa Yoo Ra sangat mengagumi Hye Ryeong. Yoo Ra dibesarkan oleh bapanya yang janda Kyeong Il seorang lelaki yang mempunyai personaliti yang manis dan mesra.

untuk memudahkan pemahaman korang jom sambung lagi ya.

Joon-Hyeok ialah seorang pemuzik yang tidak popular. Dia seperti orang yang kalah dan hidupnya telah mencapai titik terendah. 

Dia telah memutuskan hubungannya dengan kakaknya Joon-Hee. Pada suatu hari, anak lelaki Joon-Hee muncul di hadapannya. Anak saudaranya menjadi OCD selepas Joon-Hee bercerai. Joon-Hyeok mula tinggal bersama anak saudaranya dan menjaganya.

Sementara itu. Joon-Hee menceraikan suaminya selepas 12 tahun berkahwin. Bekas suaminya menderanya secara fizikal. 

Dia berpindah ke apartmen sewa murah dan mesti berurusan dengan bekas suaminya dan ibunya, ketika mereka cuba mengambil hak penjagaan anaknya.

Hey-Ryeong ialah penduduk di kompleks pangsapuri yang mahal di Royal State. Dia adalah presiden komuniti ibu di kompleks apartmen dan dikagumi oleh ahli ibu yang lain. Yoo-Ra  ialah ahli komuniti ibu dan mengagumi Hey-Ryeong.

Kyeong-Il ialah seorang penduduk di Royal State. Dia mempunyai personaliti yang manis dan mesra. Selepas isterinya meninggal dunia, dia telah membesarkan anak perempuannya seorang diri. 

Itu jer sinopsis drama uncle yang dapat aku cari. selebihnya nanti akan aku kemaskin kemudian tau.

Info Drama

Untuk pengetahuan anda, drama ini merupakan drama dari korea selatan dan ia mempunyai 16 episod sahaja. Akan mula ditayangkan pada 11 Disember 2021 dan di jangka tamat pada 30 Januari 2022 nanti.

Waktu siarannya pula akan ditayangkan pada setiap hari sabtu dan ahad tau di saluran TV Chosun dan Viki.

Setiap episod akan mempunyai 60 minit tayangan dan rating umur untuk drama ini adalah untuk penonton yang berusia 15 tahun ke atas sahaja.

Mungkin atas faktor Genre juga kot yang terdiri daripada music , komedi, drama dan juga kekeluargaan. Bacaan skrip pertama pelakon untuk drama ini dilakukan dan telah diadakan pada Ogos 2021.

Jangan lupa untuk tonton drama ini sampai habis tau! Pastikan juga korang baca sinopsis drama uncle dekat atas ini tau!

Senarai Pelakon Uncle 2021

Drama Uncle ini diarahkan oleh Ji Young Soo dan skripnya pula ditulis oleh Park Ji sook tau.

Bagi pelakon utama dalam drama ini, mereka terdiri daripada pelakon hebat iaitu Oh Jung Se, Pelakon kanak-kanak Lee Kyung Hoon, Jeon Hye Jin dan Park Sun Young.

Selain itu, kita juga ada pelakon berpengalaman iaitu Lee Sang Woo dan Hwang Woo Seul Hye tau sebagi peneraju utama drama ini.

Kemudian, kita nak sembang pula pasal pelakon pembantu drama ini yang terdiri daripada Lee Shi Won, Jang Hee Ryung dan juga Kim Min Chul.

Selain itu, kita juga ada pelakon lain seperti Kim Ha-Yeon, Jung Soo-Young, Park Si-Wan dan juga Song A-Kyung dalam drama ini.

Kesemua mereka ini berganding tenaga untuk menjayakan watak masing-masing dalam drama ini. 

Watak Pelakon Drama Uncle

Sebut pasal watak-watak dalam drama ini, jom aku kongsikan watak-watak yang dimainkan oleh barisan pelakon diatas.

Bagi pelakon utama dalam drama ini, mereka terdiri daripada pelakon hebat iaitu Oh Jung Se yang membawa watak sebagai Wang Joon Hyuk. seorang pemuzik yang tidak bekerja yang berada di ambang pengkhianatan dan penipuan

Kemudian untuk Pelakon kanak-kanak Lee Kyung Hoon, dia membawa watak sebagai Min Ji Hoo.  Anak Jun-hee dan anak saudara Jun-hyeok.

Manakala Jeon Hye Jin  sebagai wang joon hee. Kakak perempuan Jun-hyeok yang memilih untuk bercerai selepas dua belas tahun berkahwin untuk melindungi anaknya daripada keganasan rumah tangga.

 dan Park Sun Young pula sebagai Park Hye Ryeong. presiden Royal Mambley, sebuah kafe untuk ibu di Negeri Diraja, dan "ratu lebah" kejiranan.

Selain itu, kita juga ada pelakon berpengalaman iaitu Lee Sang Woo yang membawa watak sebagai Joo Kyung il. seorang bapa yang membesarkan anak perempuannya seorang diri selepas kematian isterinya

dan pelakon Hwang Woo Seul Hye pula membawa watak sebagai Kim YOO ra.

Kemudian, kita nak sembang pula pasal pelakon pembantu drama ini yang terdiri daripada Lee Shi Won yang membawa watak sebagai Song Hwa Eum yang merupakan cikgu sekolah rendah.

Pelakon Jang Hee Ryung pula membawa watak sebagai Jang Yeon Joo iaitu seorang gitaris dan juga anak kepada Jang Ik.

Yang terakhir kita ada pelakon Kim Min Chul yang membawa watak sebagai Jang Do Kyung.

Watak-watak lain akan dikemaskini dari masa ke semasa. tunggu tau !

Penutup

Akhir sekali, korang ingat yer, tarikh tayangan drama ini adalah pada 11 Disember 2021 tau. jangan terlepas pula yer nanti. 

Aku yakin ramai nak tengok drama ini sebabnya drama ini bersifat kekeluargaan dan banyak memberikan nilai-nilai murni dalam setiap episodnya.

Selain itu, jumlah episod dia pun sedikit sahaja dan memang sangat menarik bagi yang suka tengok drama korea yang ada sedikit episod sahaja. macam aku. hehe

Oh jangan lupa untuk kongsikan juga sinopsis drama uncle ini di facebook korang tau! terima kasih.



Post a Comment

Previous Post Next Post