DRAMA YOU ARE MY SPRING LAKONAN KIM DONG WOOK DAN SEO HYUN JIN. Drama yang dinanti – nantikan oleh peminat tegar drama Korea iaitu You Are My Spring. Drama lakonan hebat dari pelakon popular Kim Dong Wook dan Seo Hyun Jin. Drama You Are My Spring merupakan drama yang mengantikan drama Doom At Your Service lakonan Park Bo Young dan Seo In Guk. Drama yang mengandingkan pelakon-pelakon hebat dan cantik seperti Seo Hyun Jin , Kim DongWook , Yoon Park dan Nam Gyu Ri.


DRAMA YOU ARE MY SPRING LAKONAN KIM DONG WOOK


Dari list nama-nama di atas kita dapat lihat pelakon keempat adalah pelakon popular dan sangat cantik di Korea , jom baca jalan cerita drama You Are My Spring ini.

SINOPSIS DRAMA YOU ARE MY SPRING 2021

Mengisahkan  mengenai Kang Da Jeong (Seo Hyun Jin) ketika kecil tinggal di tempat penginapan di Gangneung untuk sekejap , namun bagi beliau tempat itu merupakan rumah dihati beliau.

Sekarang beliau bekerja sebagai pengurus concierge hotel dan berpindah ke bangungan Gugu di mana pembunahan berlaku.

Di bangunan itu juga , beliau berjiran dengan Ju Young Do (Kim Dong Wook) yang merupakan jiran dibawah rumah beliau.

Hotel tempat beliau bekerja adalah bertaraf 5 bintang dan beliau dinaikkan pangkat lebih cepat dari orang lain yang masuk sama hari dengan dia.

Masalah yang dihadapi oleh Kang Da Jeong adalah salah membuat pillihan menjadi kekasih hati seperti ibunya .

Kesemua yang beliau bercinta adalah lelaki yang teruk seperti bapanya.

Ju Young Do bekerja sebagai pakar psikiatri , beliau menjadi psikiatri adalah bagi membantu orang ingin membunuh diri kembali sedar kembali.

Beliau seorang yang bijak dan merawat orang yang terluka hati mereka akibat sesuatu namun beliau juga terluka hatinya dan emosi.

Ju Young Do tidak pernah dirawat dan dihiburkan oleh sesiapa , beliau mengalami tekanan emosi kerana trauma tidak dapat menyelamatkan adik beliau sendiri dan juga seorang pesakit beliau.

Tentang manusia yang bersifat kebudakan dan sekarang kembali menjadi seorang yang dewasa dan kebutalan tinggal di bangunan yang sama.

Kang Da Jung dan Ju Young Do menderita kerana trauma masa kecil, dari ikatan  sepenuh hati apabila mereka terlibat  dalam kes pembunuhan yang membingungkan.

Bagaimanakah mereka mengatasinya ? adakah mereka terselamat dari pembunuhan , adakah orang yang mereka kenali? kenalah layan drama ini.

 

PROFIL DRAMA YOU ARE MY SPRING 2021

Drama ini bertajuk You Are My Spring atau sebutan Korea adalah Neoneun Naui Bom (너는 나의 ) yang bersiaran di saluran tvN.

You Are My Spring adalah drama yang mempunyai 16 episod kesemuanya dan telahpun bersiaran dari 5 Julai sehingga 24 August yang lalu.

Drama ini merupakan drama yang diarahkan oleh pengarah popular Jung Ji Hyun yang popular dengan drama Search:WWW , Mr.Sunshine dan The King : Eternal Monarch.

Bagi penulis drama ini pula adalah Lee Min A yang juga penulis popular dengan drama Bubble Gum yang rilis pada tahun 2015.

Setiap hari Isnin dan Selasa Jam 9 Malam drama ini bersiaran di saluran TvN.

PELAKON-PELAKON DRAMA YOU ARE MY SPRING

Kalau korang nak taw drama You Are My Spring ini dibarisi oleh pelakon yang visual mereka yang sukar ditandingi.

Pelakon cantik Seo Hyun Jin , pelakon kacak Kim Dong Wook , pelakon macho Yoon Park dan pelakon jelita Nam Gyuri , keempat mereka merupakan tunggak utama drama ini.

Keluarga Seo Hyun Jin di dalam drama ini dibintangi oleh pelakon Oh Hyun Kyung yang berperan sebagai Mun Mi Ran manakalan Kang Hoon sebagai Kang Tae Jeong.

Watak pekerja di Hotel Grand Hyatt dibarisi oleh pelakon cantik Park Ye Ni yang membawa watak Heo Yoo Kyung manakala Park Jong Wook sebagai Kim Jeong Bin.

Pelakon Yoon Park membawa dua watak dan watak keduanya adalah Ian Chase serta pelakon mat saleh drama ini adalah Paul Battle yang membawa watak Dr Chris Bale.

Watak kanak-kanak yang juga mat saleh adalah Logan Lee yang membawa watak sebagai Aiden  , Ok Yerin berlakon sebagai watak kecil Kang Da Jeong.

Pelakon cilik seterusnya adalah Seo Woo Jin dan Jung Ji Hoon , masing-masing membawa watak Kang Tae Jung dan Ju Young Do sewaktu kecil.

Pelakon senior di dalam drama ini adalah Baek Hyun Joo yang membawa watak Oh Min Kyung manakala Kim Dong Gyun membawa watak sebagai pemilik bangunan.

 

INFO DRAMA YOU ARE MY SPRING 2021

Drama ini bergenre thriller , mystery , drama dan juga romance dan korang yang mana tengah cari drama bergenre ini boleh layan.

OST drama ini dinyanyikan oleh Shinee Onew yang bertajuk Dear My Spring yang telah rilis pada bulan Ogos tahun ini .

Drama ini digantikan drama High Class setelah tamat episode 16 pada 6 September 2021.

 

KOMEN-KOMEN MENGENAI DRAMA INI DARI PENONTON DRAMA YOU ARE MY SPRING

Disebabkan drama ini telah tamat pada bulan September tahun ini , so korang boleh baca komen-komen mengenai drama ini dari yang dah layan drama ini.

Antaranya , drama yang healing untuk tahun ini , penonton drama ini mengatakan Sekali dalam setahun mengubati drama Korea percintaan murni hangat yang kita semua tunggu.

Drama ini bermula satu arah dan kemudian melencong ke arah dan kemudian satu lagi dan kemudian mengambil jalan cerita di tengah kemudian menjatuhkannya.

Komen lain adalah mungkin kelihatan perlahan pada permulaan tetapi teruskan menonton, ia akan menjadi lebih baik.

Drama ini juga diberi 10 bintang oleh penonton drama ini dengan mengatakan terbaik -- 10 bintang di sekelilingnya! patut dipuji kerana watak, dialog, dan kesedaran yang amat diperlukan.

You Are My Spring" cuba menggabungkan misteri pembunuhan yang agak suram dengan drama romantik yang lebih ringan dan ia secara besar-besaran berjaya,

biarupun ia lebih disebabkan oleh seberapa baik beberapa komponen asas dilaksanakan daripada disebabkan oleh kesegaran konsep.

Biarpun banyak komen positif namun juga terdapat komen negative mengenai drama ini iaitu boring , komennya adalah drama ini bermula dengan baik dan kemudiannya lenyap menjadi romantik

dan humor lembut yang bukan baru, menarik, lucu atau comel! Watak-watak yang paling menarik ialah saudara kembar dan oleh itu jatuh ke tepi dan tidak dijelaskan sebaik mungkin.

Drama yang menarik dan healing , You Are My Spring ialah salah satu drama kegemaran saya yang pernah saya tonton tahun ini!

Menonton proses penyembuhan watak-watak adalah indah dan secara keseluruhan saya sangat menyukainya, terutamanya episod 1-11 :)

 

KATA-KATA AKHIR

Drama ini mengabungkan dua genre dalam satu drama , lain dari yang lain so korang kena tengok drama ini.

Biarpun ada komen negative mengenai drama ini tapi korang tengok dan review sendiri drama ini macam mana.

Korang boleh tengok drama ini dekat dramacool , korang yang mana dah layan drama ini boleh komen dekat bawah pandangan korang mengenai drama ini ok.

 

Post a Comment

Previous Post Next Post