DRAMA TERBARU CHOI WOO SIK OUR BELOVED SUMMER. Drama yang yang dinanti-nantikan peminat drama Korea lakonan Choi Woo Sik dan Kim Da Mi. Gandingan pertama kali dengan pelakon cantik Kim Da Mi adalah drama terbaru Choi Woo Sik. Baru sahaja ditayangkan pada awal December drama terbaru Choi Woo Sik Our Beloved Summer.

Choi Woo Sik merupakan pelakon yang cukup popular dengan filem Parasite kembali ke arena drama sebagai watak utama.

Kim Da Mi juga adalah antara pelakon wanita yang sedang meningkat naik dan beliau sangat dikenali di dalam drama Itaewon Class bersama dengan Park Seo Jeon.


DRAMA TERBARU CHOI WOO SIK OUR BELOVED SUMMER


Drama Our Beloved Summer ini merupakan drama yang bakal ditayangkan di saluran SBS bermula pada 6 December yang lalu.

Our Beloved Summer tidak seperti drama yang lain –lain , korang nak taw kenapa ? jom baca synopsis penus drama ini.


SINOPSIS PENUH DRAMA OUR BELOVED SUMMER

Mengisahkan tentang sepasang kekasih yang bernama Choi Ung (Choi Woo Sik) dan  Kook Yeon Su (Kim Da Mi) yang berpisah 5 tahun lalu. 

Dokumentari yang mereka rakam pada zaman sekolah mereka menjadi popular dan viral , mereka berdua tak mahu ini terjadi tetapi mereka tetap kena berada di depan kamera.

Choi Ung seorang yang naif dan seorang yang berjiwa bebas tetapi dia mahu sesuatu pertama kalinya dalam hidupnya.

Kook Yeon Su bercita-cita menjadi pelajar terpandai di dalam sekolah beliau tetapi sekarang dia seorang dewasa yang hidup garang dan sedang menyesuaikan diri dengan reality kehidupan.

Bagaiamana mereka berdua berhadapan dengan semua ini? Masihkah ada perasaan sayang dan cinta pada diri mereka. .kena lah layan.


PROFIL DRAMA OUR BELOVED SUMMER (2021)

TAJUK : OUR BELOVED SUMMER (그 해 우리는)

GENRE : KOMEDI , YOUTH DRAMA & ROMANCE

PENGARAH : KIM YOON JIN

PENULIS :  LEE NA EUN

EPISOD : 16

RANGAKAIAN : SBS

TARIKH TAYANGAN : 6 DECEMBER 2021

MASA & HARI TAYANGAN : ISNIN DAN SELASA / 22:00


BARISAN PELAKON DRAMA OUR BELOVED SUMMER (2021)

Selain Kim Da Mi dan juga Choi Woo Sik banyak lagi pelakon hebat yang mewarisi drama Our Beloved Summer Ini.

Antaranya adalah pelakon yang sedang meningkat naik Kim Sung Cheol melakonkan watak sebagai Kim Ji Ung.

Bagi watak NJ di dalam drama ini pula dilakonkan oleh pelakon cantik Roh Jeong Eui manakala watak Koo Eun Ho pula dilakonkan oleh Koo Eun Ho.

Pelakon senior Park Won Sang memegang watak di dalam Kumpulan Choi Ung sebagai Choi Ho, juga bersamanya adalah juga pelakon wanita senior Seo Jung Yeon membawa  watak Lee Yeon Ok.

Watak-watak di bawah kumpulan Kook Yeon Su dibawa oleh pelawak turn pelakon iaitu Park Jin Jo , belia membawa watak Lee Sol Yi manakala Cha Mi Kyung membawa watak Kang Ja Kyung.

Selain mereka , pelakon lelaki Jo Bok Rae dan Lee Sung Woo juga berlakon di dalam drama ini dan mereka masing-masing membawa watak Park Dong II dan Im Tae Hoon.

Pelakon wanita yang turut membantu dalam menjayakan drama ini adalah Jeon Hye Won sebagai Jung Chae Ran manakalah Yun Sang Jeong membawa watak Ji Ye In.

Pelakon kanak-kanak di dalam drama ini adalah Song Ha Yun dan Kim Ji Hoon , mereka membawa watak Choi Ung semasa kecil dan Kim Ji Ung juga pada masa kecik.

Jung Gang Hee yang merupakan pelakon hebat juga membintangi drama ini watak Chang Sik manakala pelakon Park Do Wook membawa watak Park Chi Sung.


KOMEN-KOMEN DARI PENONTON DRAMA OUR BELOVED SUMMER

Drama Our Beloved Summer baru sahaja bersiaran , jom kita baca komen-komen dari peminat drama ini. 

Ada komen mengatakan beliau baru sahaja layan drama ini 2 episod dan dia mengatakan dia tahu dia akan layan drama ini sampai habis.

Lakonan Kim Da Mi dan Choi Woo Sik dipuji kerana berjaya menjayakan dan menunjukkan cinta monyet yang innocent.

Drama ini juga dikatakan lain dari drama yang lain kerana keunikan latar belakang estetik dan Kim Da Mi dan Choi Woo Sik sangat comel dan kelakar di dalam drama ini.

Penonton yang baru melihat episode pertama drama ini memberi respon yang saya sangat suka , dah jangka dari Choi Woo Sik dan Kim Da Mi.

Kim Da Mi dan Choi Woo Sik dikatakan antara pelakon lelaki dan pelakon wanita yang berada ditempat tertinggi.

OST drama ini juga dipuji dan ditambah lagi OST ini dinyanyikan oleh boy band popular BTS V dan mereka menyukai suaranya. 

Genre romantic komedi , modern dan tema remaja , ini yang saya mahu SBS , ini merupakan salah satu komen dari penonton.

Trailler drama ini juga mendapat pujian dan mengatakan mereka tidak sabar untuk melihat drama Our Beloved Summer.


Chemistry antara kedua tunggak utama dipuji oleh penonton drama ini kerana sangat baik dan sangat comell. 

Plot drama ini juga sangat menarik dan saya pasti akan layan drama ini , ini antara komen – komen dari penonton drama ini.

Setakat ini komen dari drama ini mendapat pujian dari penonton episode pertama dan kedua , mereka juga mengatakan lama tidak melihat lakonan Choi Woo Sik. 

INFO – INFO PENTING DRAMA OUR BELOVED SUMMER (2021)

Drama Our Beloved Summer ini merupakan drama yang mempunyai 16 episod dan bakal berakhir pada hujung bulan 1 tahun 2022.

Bersiaran di dua saluran iaitu SBS dan Netflix dan drama ini disiarkkan selama 1 jam 10 minit untuk satu episode.

Genre drama ini juga sangat ringan kerana ia adalah romantic comedy dan juga tema remaja yang pastinya tidak akan kering gusi melihat drama ini. 

Drama ini disiarkan pada setiap hari Isnin dan juga hari Selasa pada jam 10 malam KST , di Malaysia dalam pukul 9 malam.

Pengarah drama ini adalah Kim Yoon Jin dan drama ini ditulis oleh penulis Lee Na Eun dan drama Our Beloved Summer ini bakal digantikan dengan Lovers Of The Red Sky setelah tamat 16 episod.

KATA-KATA AKHIR

Yang mana tengah stress keje ke stress dengan kawan – kawan ke , layan lah drama ini conform akan hilang stress dan agak gelak je memanjang.

Lakonan Choi Woo Sik dan Kim Da Mi ini sangat terbaik pastinya korang tak akan bosan dengan drama Our Beloved Summer ini.

Masih baru ditayangkan , korang boleh masih boleh nak kejar episode untuk drama ini.

Selamat menonton ye korang semua !!


Post a Comment

Previous Post Next Post