Sinopsis Drama Bad and Crazy (2021), Lakonan Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon. Hai korang, macam mana tu? sihat ker? hari ini aku nak kongsikan pula mengenai sebuah drama baru yang akan mula ditayangkan tidak lama lagi. Drama ini sangat menarik kerana pelakon utamanya adalah Wi Ha Joon atau lebih dikenali sebagai polis dalam drama squid game tu dan juga pelakon kacak Lee Dong Wook. Anda sudah bersedia nak baca sinopsis drama bad and crazy ni? Kalau sudah jomlah kita sambung baca! 


Sinopsis Drama Bad and Crazy (2021), Lakonan Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon


Oh ya! kalau korang masih belum baca entri aku sebelum ini, korang boleh baca di entri bertajuk NOW WE ARE BREAKING UP. Drama baru ini merupakan drama pertama lakonan song hye kyo tau ! 

kalau korang minat pelakon tu, korang kenalah tengok drama tu. sekarang ni jom kita sama-sama baca sinopsis drama bad and crazy dibawah ini ya.

Sinopsis Drama Bad and Crazy (2021), Lakonan Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon

Drama Bad and Crazy ini ialah drama adiwira tentang Soo Yeol yang telah menjalani sepanjang hidupnya sebagai seorang detektif polis yang materialistik, tetapi berubah menjadi juara untuk keadilan dan memerangi rasuah polis apabila persona tersembunyi yang dipanggil “K” muncul dalam dirinya.

Secara terperincinya, cerita ini mengisahkan tentang seorang detektif yang korup yang menunjukkan personaliti berpecah yang memendam rasa keadilan. 

Soo-Yeol  bekerja sebagai pegawai polis. Dia cekap dalam pekerjaannya, tetapi dia juga mempunyai etika yang boleh dipersoalkan. 

Dia akan melakukan apa sahaja untuk mencapai kejayaan. Disebabkan keperibadiannya yang bercita-cita tinggi, dia telah menerima kenaikan pangkat dalam tempoh yang singkat. 

Kehidupannya yang lancar tiba-tiba berubah dengan penampilan K . K adalah seorang yang benar, tetapi juga seorang yang gila. Setiap kali dia menghadapi ketidakadilan, dia menghadapinya dengan penumbuk. 

Impian dia nak jadi hero. Sementara itu, Lee Hee Kyum bekerja sebagai leftenan polis dalam skuad dadah di Jabatan Polis Mooui. Dia juga seorang yang baik dan bersemangat dalam pekerjaannya.

Mampukah mereka menangkap penjenayah yang bermaharaja lela dalam pasukan mereka? Sama-sama kita nantikan.

aku selalu cakap yang kalau baca sinopsis drama bad and crazy ni jer, memang korang akan rasa ada yang kurang. sebab itu aku cadangkan untuk korang tengok sendiri kesemua episod drama ini ya. 

Info Drama.

Drama ini bergenre Action,Thriller, Mystery dan juga Fantasi tau. Bagi anda yang belum tahu, drama ini diarahkan oleh Yoo Seon Dong dan skrip untuk drama ini pula ditulis oleh Kim Sae Bom

Drama ini merupakan drama dari korea selatan dan hanya mempunyai 12 episod sahaja. Drama ini juga akan memulakan tayanganya pada 17 Disember 2021 ini dan dijangka tamat pada 22 Januari 2022 nanti.

Drama Bad and crazy ini merupakan drama terbitan IQIYI dan juga TVN tau. Bagi korang yang tak boleh tengok online tu boleh tengok dekat astro channel 395 tau.

Untuk kandungan rating pulak, drama ini di sarankan untuk ditonton oleh individu yang berusia 15 tahun keatas. Mungkin sebab ada adegan thriller dalam cerita ni kot.

Senarai Pelakon Drama Bad and Crazy.

Dalam drama ini ada ramai pelakon hebat-hebat tau. Kita mula kan dengan pelakon utama dalam cerita ini.

Macam aku dah cerita dekat atas, pelakon utama untuk drama ini adalah Wi Ha Joon , Lee Dong Wook, Han Ji Eun dan juga N.

Kemudian kita ada ramai pelakon pembantu yang terdiri daripada Won Hyun Joon, Kim Hi Eo Ra dan Sung Ji Ru.

Selain itu, kita ada juga pelakon Kim Dae Gun, Im Ki Hong dan juga Kang Ae Shim.

Tambahan pula, pelakon Lee Hwa Ryong, Cha Shi Won, Lee Joo Hyun dan juga Lee Seung Heon turut sama membantu melancarkan jalan cerita drama ini.

Powerkan drama ni. Pelakon dia semua superb-superb dan mantap!

Watak-watak dalam drama ini.

Dah tahu nama pelakon, mesti korang pun nak tahu apa watak yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon di atas kan.

Yang pertama kita ada lee dong wook yang membawa watak sebagai Ryu Soo Yeol. Dia merupakan seorang detektif polis korup, tapi tiba-tiba dia bertukar menjadi juara untuk keadilan. 

Dia cekap dalam pekerjaannya, tetapi dia juga mempunyai etika yang boleh dipersoalkan. Dia akan melakukan apa sahaja untuk mencapai kejayaan. 

Manakala pelakon Wi Ha Joon pula membawa watak sebagai K. Watak K ni pula merupakan seorang lelaki yang suka dengan keadilan. Dia seorang yang benar, tetapi juga gila. 

Pelakon cantik Han Ji Eun membawa watak sebagai Lee Hee Kyum. Dia ni pula merupakan seorang detektif pasukan penyiasat jenayah dadah. Dia juga bekerja sebagai leftenan polis dalam skuad dadah di Jabatan Polis Mooui. 

Dia ialah bekas teman wanita Soo-Yeol. Dia berasal dari latar belakang kaya dan mempunyai pendidikan yang baik, tetapi dianggap sebagai "kambing hitam" keluarga. Dia juga sentiasa bertekak dengan Soo Yeol. 

Seterusnya, Pelakon N pula membawa watak sebagai Oh Kyung Tae. Dia merupakan anggota termuda jabatan siasatan antirasuah Agensi Polis Negara. 

Dia seorang yang sangat mesra dan berhati berkobar-kobar yang tidak boleh jumpa dengan orang bermasalah dan mendekati mereka terlebih dahulu dan menghulurkan bantuan. 

Dia mempunyai sisi yang bersih dan murni tanpa sebarang kedut, tetapi dia akan muncul sebagai seorang pegawai polis yang bersemangat

Untuk pelakon pembantu pula, pelakon won hyun joon membawa watak sebagai Andrei. Kemudian kita ada pelakon Kim Hi Eo Ra yang membawa watak yang hebat iaitu sebagai ketua gangster. 

kemudian, pelakon sung ji ru pula membawa watak sebagai Bong Pil manakala pelakon kim dae gon pula membawa watak sebagai Dong Yeol.

Seterusnya pelakon im ki hong membawa watak sebagao yoo gon dan pelakon kang ae shim pula membawa watak sebagai seung sook.

pelakon pembantu seterusnya adalah lee hwa ryong yang membawa watak sebagai gye shik dan seterusnya pelakon cha shi won yang membawa watak sebagai jae seon.

jangan lupa dengan pelakon lee joo hyun yang membawa watak sebagai Min soo dan juga pelakon lee seung heon membawa watak sebagai kim kyung jun.

watak-watak lain akan kami update dari masa kesemasa tau!

Penutup!

Jujur aku cakap, drama ini memang korang kena tengok sampai habis. yang pertama sudah pastilah sebab ada Wi Ha Joon dan juga lee dong wok. hehe seterusnya adalah kerana jalan cerita yang menarik.

Matlamat drama ini juga adalah untuk mencari penjenayah rasuah yang berleluasa di dalam negara mereka. jadi jangan lepas kan peluang untuk menonton dan menangkap penjenayah dalam drama ini juga tau !

Selebihnya, kami nak minta anda share entri ini di facebook ataupun di mana-mana sosial media korang. 

Bukan apa, kami tengok drama ini masih kurang promosi walaupun ada pelakon hebat dalam cerita ini.

terima kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post