Senarai Pelakon Drama Taxi Driver (2021). Hai Korang, hari ini aku nak buat perkongsian mengenai drama taxi driver 2021. walaupun drama ini dah habis ditayangkan tapi aku yakin ramai lagi yang tak tengokkan drama ni. jadi jomlah kita study balik sinopsis dan senarai pelakon drama taxi driver ini. sebelum itu, aku nak bagi tau yang aku dah update mengenai drama school 2021 yang sedang ditayangkan ini. menarik tau drama tu. korang boleh baca sinopsisnya di link yang aku kongsikan dekat atas ini.


Senarai Pelakon Drama Taxi Driver (2021)




Senarai Pelakon Drama Taxi Driver (2021)

Aku tahu korang ada yang dah tengok drama ini tapi aku still nak kongsikan dengan korang senarai pelakon yang ada dalam drama taxi driver 2021 ini.

Sebelum itu, kita kongsi dulu pengarah drama taxi driver ini adalah park joon woo dan skrip drama ditulis oleh oh sang ho dan juga lee ji hyun.

Untuk pelakon utama dalam drama ini, mereka terdiri daripada Lee Je Hoon, Esom, Kim Eui Sung dan juga Pyo Ye Jin.

Untuk pelakon pembantu pula mereka terdiri daripada Cha Ji yeon, Jang Hyuk Jin dan juga bae yoo ram.

Selain itu, pelakon seperti yoo seung mok, lee yoo joon dan juga lee ho chul turut sama membantu menjayakan drama 16 episod ini.

Ditambah pula dengan kehadiran pelakon hebat seperti yu yeon su, seo eun seo menjadikan drama ini sebagai drama yang menarik untuk ditonton.

Untuk sekian kalinya, dalam drama taxi drivers ini kita ada beberapa pelakon jemputan.Mereka terdiri daripada Jang Hyun Jin, Yoon Do hyun, Oh moon kang dan lee dong hee.

Selain itu, kita juga ada pelakon jemputan seperti tae hang ho, jo in dan juga kim kang il. sebenarnya ramai lagi pelakon jemputan dalam drama ini. boleh dikatak setiap episod ada pelakonnya tersendiri, jadi aku tak kongsikan semua tau.

aku pilih sikit-sikit sahaja.

Watak-watak dalam drama taxi driver 2021

sekarang ini kita nak sembang pula pasal watak-watak dalam drama ini. kita mulakan dengan pelakon utama terlebih dahulu tau.

Pelakon utamanya iaitu lee je hoon yang membawa watak sebagai kim do gi. Dia merupakan bekas Kapten Kumpulan Misi Khas ke-707 yang bekerja untuk Syarikat Teksi Rainbow selepas ibunya terbunuh.

Pelakon esom membawa watak sebagai kang ha na. Dia ni pula seorang Pendakwa raya elit dari Pejabat Pendakwa Daerah Utara Seoul. Dia memperjuangkan keadilan dan kemudiannya menjadi berminat dengan karya Do-gi.

pelakon kim eui sung membawa watak sebagai jang sung chul. dia ni merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Teksi Rainbow.

Beliau juga merupakan Pengarah Blue Bird, sebuah yayasan bukan untung yang diwujudkan untuk membantu mangsa jenayah. 

Dia dikenali sebagai kejam terhadap penjahat, dan sangat mesra terhadap mangsa jenayah.

pelakon pyo ye jin membawa watak sebagai ahn go eun. Seorang penggodam mahir yang bekerja untuk Rainbow Taxi Company selepas kakaknya meninggal dunia akibat bunuh diri.

Untuk pelakon pembantu pula, pelakon cha ji yeon membawa watak sebagai baek sung mi. dalam drama ini dia merupakan Pengerusi Nakwon C&C. Digelar "The Godmother", dia seorang tokoh yang sangat terkenal dan berpengaruh dalam ekonomi bawah tanah.

pelakong jang hyuk jin membawa watak sebagai choi kyung goo yang merupakan ketua mechanic untuk Rainbow taxi. Choi Kyung Goo ini adalah Mekanik utama Syarikat Teksi Rainbow. Beliau adalah seorang penyelidik pembangunan untuk kereta baharu dalam sebuah syarikat automobil.

Kemudian pelakon bae yoo ram membawa watak sebagai park jin eon iaitu penolong mekanic. Beliau merupakan seorang mekanik penyelenggaraan pesawat di sebuah syarikat penerbangan terkenal.

Pelakon yoo seung mok pula merupakan ketua prosecutor jo jin woo yang juga merupakan supervisor kepada Ha Na. Dia juga meruapakan Timbalan ketua pendakwa Pejabat Pendakwa Daerah Utara Seoul.

Pelakon lee yoo joon sebagai wang min ho yang juga merupakan seorang penyiasat. Seorang pendakwa dari Pejabat Pendakwa Daerah Utara Seoul, bekerja di pejabat Ha-na. Dia membantu Ha-na dalam kesnya.

Pelakon lee ho chul pula membawa watak sebagai goo seok tae iaitu sebagai penolong pengerusi baek. watak keduanya iaitu goo yeong tae iaitu junior pengarah urusan kepada mr baeks. dia juga merupakan Setiausaha Sung-mi.

pelakon cantik yu yeon su yang membawa watak sebagai so eun. Dia merupakan seorang pendakwa dari Pejabat Pendakwa Daerah Utara Seoul, bekerja di pejabat Ha-na.

kemudian pelakon seo eun seo membawa watak sebagi penyisat peguam untuk seoul northern district.


Sinopis Drama Taxi Driver

Sekarang ini kita nak cerita pasal sinopsis drama taxi driver pula. Drama ini mengisahkan tentang Do Gi telah hidup lebih jujur ​​daripada orang lain sebagai pegawai dalam Pasukan Khas. 

Namun, apabila seorang pembunuh bersiri membunuh ibunya, dia menghabiskan hari-harinya dalam penderitaan. Semasa berasa salah dan patah hati, Do Gi bertemu Jang Sung Chul, yang merekrut Do Gi untuk bekerja di syarikatnya, Rainbow Taxi. 

Jauh daripada perkhidmatan teksi biasa, Rainbow Taxi ialah organisasi rahsia yang membalas dendam kepada mangsa yang tidak dilindungi undang-undang. 

Di sini, Do Gi menjadi pemandu bintang yang memberikan dendam yang memuaskan. Sementara itu, Ha Na ialah seorang pendakwa raya yang menyiasat Teksi Pelangi. 

Dia berang dengan tingkah laku mereka yang tidak mematuhi undang-undang, tetapi pada masa yang sama, dia berasa keliru melihat mereka menyelesaikan kes yang tidak boleh dilakukan oleh undang-undang. 

Di antara mereka yang percaya bahawa balas dendam merangkumi keadilan sebenar dan mereka yang mengejar penjenayah, Do Gi mencari maksud keadilan yang sebenarnya.

Untuk memudahkan kefahaman anda, jom sambung baca ringkasan sinopsis diatas.

Kim Do-Ki lulus dari Akademi Tentera Laut dan menjadi Pegawai UDT iaitu pasukan perobohan bawah air. Ibunya dibunuh oleh pembunuh bersiri dan hidupnya berubah selepas itu.

Kim Do-Ki kini seorang pemandu teksi mewah dan bekerja untuk Syarikat Teksi Rainbow. Syarikat itu bukan sekadar syarikat teksi biasa. 

Syarikat itu menawarkan perkhidmatan "panggilan balas dendam" khas. Jika pelanggan meminta mereka untuk membalas dendam, Kim Do-Ki dan rakan sekerjanya akan melaksanakan perkhidmatan tersebut.

aku harap korang fahamlah dengan sinopsis drama taxi driver ni ya.

Info Drama Taxi Driver 2021

Drama taxi driver ini telah ditayangkan kesemua episodnya. Kira dah habislah drama ni. Drama dari korea selatan ini mempunyai 16 episod sahaja dan mula ditayangkan pada 9 april 2021 yang lalu.

Taxi driver drama ini telah selesai tayangan kesemua episodnya pada 29 May 2021 yang lalu.

Untuk musim pertama, setiap episod ditayangkan berdurasi 1 jam 5 minit dan ditayangkan pada setiap hari jumaat dan sabtu di saluran SBS.

Untuk rating umur penonton pula, ia bermula dari usia 18 tahun dan ke atas kerana dalam drama ini ada adegan keganasan yang tidak sesuai di tonton oleh mereka yang di bawah umur.

Mungkin kerana mereka mudah dipengaruhi dengan adegan-adegan seperti itu. 

Drama Taxi Driver ini mengambil alih slot masa SBS Jumaat & Sabtu 22:00 yang sebelum ini diduduki oleh Penthouse 2 dan diikuti oleh Penthouse 3 pada 4 Jun 2021.

Drama ini juga adalah drama yang diadaptasi dari webcomic "Mobeomtaxi" yang ditulis oleh Carlos dan digambarkan oleh Lee Jae-Jin.

Lee Na-Eun daripada kumpulan idola “April” merupakan pelakon watak Go Eun, tetapi dia telah keluar daripada drama bersiri itu menjelang 7 Mac 2021 kerana tuduhan pembuli yang dibuat terhadapnya dan rakan kumpulannya oleh adik lelaki bekas ahli. .

Penutup

Disebabkan ramai yang cakap drama ni best, jadi aku rasa korang pun kenalah tengok sampai habis drama ni. 

Aku yakin drama ini dipenuhi dengan aksi menarik dan juga banyak pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah ini.

silakan share senarai pelakon drama taxi driver ini di facebook anda. terima kasih!


Post a Comment

Previous Post Next Post