SINOPSIS DRAMA SCHOOL 2021 LAKONAN KIM YOHAN DAN JO YI HYUN. Drama yang dinanti-nantikan akhirnya release setelah ditangguh beberapa kali. Drama School 2021 merupakan drama siri ke 8 yang mengisahkan tentang sekolah dikeluarkan oleh KBS. Baca synopsis penuh drama School 2021 lakonan Kim YoHan dan Jo Yi Hyun.

Siri drama yang mengisahkan mengenai sekolah ini telah besiaran sudah 8 musim dan setiap musim  drama ini pastinya menjadi tontonan ramai orang.


SINOPSIS DRAMA SCHOOL 2021 LAKONAN KIM YOHAN




Setiap siri drama ini watak utamanya tidak kekal dan akan diterajui oleh muka-muka baru dan akan dibantu oleh pelakon yang lain yang juga orang baru.

Untuk School 2021 ini diterajui oleh muka baru iaitu pelakon dan penyanyi yang baru debut iaitu Kim YoHan dan pelakon cantik Jo Yi Hyun , jom baca macamana jalan cerita drama ini.

SINOPSIS DRAMA SCHOOL 2021

Mengisahkan tentang perkembangan dan kehidupan pelakan sekolah menengah vokasional termasuklah Gong Ki Joon (Kim Yo Han) dan  Jin Ji Woon (Jo Yi Hyun).

Gong Ki Joon adalah bekas pemain taekwando dan beliau pernah memenangi pingat gangsa di Pertandingan National Athletics.

Namun beliau mendapat kecederaan yang serius di buku lali dia dan pada masa yang sama perniagaan bapa beliau mengalami kemerosotan.

Di sebab ini , beliau telah berhenti bermain taekwondo dan beliau memasuki sekolah baru iaitu sekolah menengah vokasional.

Personaliti Gong Ki Joon adalah beliau seorang rajin dan mature dari umur beliau , beliau bekerja sambil belajar dalam masa yang sama.

Jin Ji Woon pula adalah seorang pelajar perempuan yang berkeyakinan dan mempunyai impian yang tetap .

Beliau seorang yang lantar berbicara biarpun beliau mempunyai masalah dengan ibunya mengenai sambung belajar selepas sekolah.

Hadir Jeong Young Joo (Choo Yeong Woo) sebagai pelajar pertukaran ke sekolah mereka yang mempunyai rahsia di antara beliau dan Gong Ki Joon.

Kang Seo Young (Hwang Boreum Byeol) merupakan pelajar terbaik dan sedang bersiap untuk peperiksaan kemasukan kolej dan beliau target untuk masuk satu dari 5 university terbaik Korea.

Seorang cikgu yang sangat menghargai kehidupan  dan pekerjaaan merupakan Lee Kang Hoon (Jun Suk Ho) dan beliau serasi dengan muridnya.

Pelbagai watak dan pelbagai konflik di antara mereka semua dalam mencapai misi mereka serta melalui kehidupan harian mereka.

Mampukan impian dan cita-cita mereka tercapai ? dan adakah yang terpendam dalam diluahkan? kena layan taw.

 

PROFIL DRAMA SCHOOL 2021

TAJUK : SCHOOL 2021 (학교 2021)

PENGARAH : HAN SANG WOO

PENULIS :  LEE HYUN

SALURAN : KBS2

EPISOD :  16

TARIKH RELEASE :  24 NOVEMBER 2021 – 13 JANUARY 2022

HARI & MASA TAYANGAN : RABU & KHAMIS / 9:30 PM

GENRE :  SEKOLAH , YOUTH , MELODRAMA & ROMANCE

 

PELAKON-PELAKON DRAMA SCHOOL 2021

Selain Kim Yo Han , Cho Yi Hyun , Choo Yeong Woo dan Hwang Boreumbyeol , pelakon lain yang mebuatkan drama ini ingin ditonton adalah :-

Pelakon kacak Kim Kang Min berlakon sebagai pelajar yang bernama Ji Ho Sung manakala pelakon cantik Seo Hee Sun membawa watak Go Eun Bi.

Watak pelajar wanita yang lain dibawa oleh Yoon Yi Re dan Lee Ha Eun , masing-masing mereka membawa watak sebagai Lee Jae Heed an Jung Min Seo.

Watak rakan sekelas yang sama di bawa oleh Kim Nu Rim dan Kim Jin Gon pelakon tampan yang membawa watak sebagai Jeon Jong Bok dan Hong Min Ki.

Pelakon pelakon jelita Park Ga Ryul membawa watak Jo Tae Ri manakala Jeong Ye Seo membawa watak Lee Hyo Jo dan rakan sekelas lain adalah Kim Cha Yoon yang membawa watak Kim MyungA.

Rakan Gong Ki Joon dalam kumpulan taekwando adalah Cha Joo Wan yang watak ini dibawa oleh Choi Tae Kang.

Watak dewasa di dalam drama ini dilakonkan oleh Kim Gyu Sun yang membaca watak sebagai Song Chae Rin.

Pelakon senior yang hebat Lee Ji Ha dan Kim Min Sang turut berlakon di dalam drama ini dengan watak Ku Mi Heed an Lee Han Soo.

Pelakon veteran yang hebat Shin Cheol Jin di dalam drama School 2021 ini membawa watak sebagai Oh Jang Seok.

 

KOMEN-KOMEN MENGENAI DRAMA SCHOOL 2021

Drama yang sangat dinantikan peminat siri drama School ini akhirnya dapat melihat drama ini setelah beberapa kali ditangguh.

Jom kita baca komen dari peminat setia siri drama School ini adakah mereka suka atau sebaliknya mengenai drama School 2021.

Salah seorang dari mereka mengatakan beliau meletakkan harapan tinggi drama ini sejak dia menunggu dari tahun lepas untuk release drama ini ,

siri School 2017 sangat special dihati beliau dan dia berharap akan terjadi sesuatu lebih hebat dalam drama School 2021 ,

tetapi setelah beliau lihat beliau merasakan plot drama ini sangat mudah dan ditambah sama plot dengan drama School 2017.

Komen dari peminat siri School ini mengatakan yang beliau melihat drama ini dari School 2015 dan beliau sangat seronok untuk drama School 2021 tapi

nah kerana plot ini sangat ringan dan tipikal plot story , balas dendam sebab kematian kawan dan cinta tiga segi ?

Peminat siri School yang lain turut mengatakan sayangnya satu dari drama sekolah yang terteruk dan semua mengenai drama ini >> ?

Biarpun banyak komen yang agak kurang baik mengenai drama ini ada juga beberapa komen-komen yang positif mngenai drama ini.

Antaranya , pelakon-pelakon drama ini mendapat pujian atas lakonan mantap mereka dan netizen ini mengatakan beliau suka dengan jalan cerita drama ini.

Komen lain adalah wow saya baru sedar yang kesemua watak utama pelajar adalah berumur yang sama sesame mereka.

Pelakon Hwang Boreum Byeol adalah crush saya dalam webdrama , saya sangat suka akhirnya dapat melihat beliau dalam TV.

Watak utama dan pembantu di dalam drama ini sangat comel dan chemistery di antara mereka dalam dalam luar screen sangat comel.

Drama yang baik dengan pelakon baru yang fresh dan menunjukkan kelainan di dalam drama siri School.

Saya ingat drama ini tidak akan keluar langsung tetapi akhirnya keluar , yayy sangat seronok untuk drama ini.

Pelakon utama Kim Yo Han antara yang tidak sabar untuk dilihat lakonannya oleh peminatnya kerana beliau melakonkan watak utama.

Ramai juga memberi komen semangat untuk Kim Yo Han dan mereka tidak akan pernah tinggal langsung episode drama ini.

KATA-KATA AKHIR

Drama siri School ini telah lahirkan ramai pelakon-pelakon hebat seperti Lee Jong Suk , Park Se Young , Kim So Hyun , Kim Se Jung dan ramai lagi.

Kalau korang tengok series sebelum ini , sangat best dan menarik so dah alang-alang nak layan School 2021 tengoklah series yang lain sama.

Selamat menonton !!

Post a Comment

Previous Post Next Post