Sinopis Drama When Flowers Bloom I think of The Moon. Hai korang, sihat ke? kali ini aku nak kongsikan sebuah drama lakonan penyanyi kumpulan Girls Day iaitu Lee Hyeri. Sebelum ni dia dah keluar dengan drama gumiho kan. jadi hujung tahun ni, drama baru ini pula yang menjadi buah tangan penutup dari Hye Ri untuk para peminatnya. Korang nak tahu, drama ini mengisahkan pasal apa? jom baca Sinopis Drama When Flowers Bloom I think of The Moon di bawah ini.


Sinopis Drama When Flowers Bloom I think of The Moon


Oh ya! aku terlupa nak bagi tahu yang aku dah update entri terbaru untuk drama My Name yang dilakonkan oleh Han So Hee. Korang mesti kenalkan sebab dia pelakon drama yang terkenal. 

Jadi kalau korang belum tengok, boleh tekan link yang aku dah kongsikan dekat atas ini ya. Sekarang ni jom sambung baca Sinopis Drama When Flowers Bloom I think of The Moon ya!

Sinopis Drama When Flowers Bloom I think of The Moon

Drama sejarah ini berlatarkan era Joseon semasa tempoh yang terkenal dengan undang-undang larangan yang paling ketat yang menggambarkan larangan itu tidak sepadan dengan keinginan manusia.

Larangan menimbulkan cabaran berbeza untuk penduduk ini: Inspektor Nam Young dari Pejabat Ketua Polis Negara yang meninggalkan kampung halamannya untuk mencapai kemasyhuran di Hanyang dan memulihkan status keluarganya.

Kang Ro Seo pula merupakan wanita bangsawan tetapi miskin yang membuat minuman keras untuk mengurangkan hutangnya daripada membeli ubat ibunya dan buku abangnya.

Putera Mahkota Lee Pyo cenderung untuk memanjat dinding istana untuk mencari minuman arak. Ketiga-tiga ini mempunyai pertemuan yang menentukan membawa mereka menemui simpanan alkohol yang tersembunyi. Mendedahkan rahsia ini boleh bermakna kematian lah jawapannya.

Sedikit perincian sinopsis drama when flowers bloom i think of the moon.

Waktu zaman akhir Joseon, mereka telah melakukan satu undang - undang mengenai larangan alkohol yang ketat telah digubal.


Nam Young bekerja sebagai pegawai untuk Saheonbu. Salah satu misi di Saheonbu adalah untuk membanteras orang yang melanggar larangan alkohol. 

Nam Young datang ke Hanyang (nama lama Seoul) dari kampung halamannya untuk mencari kejayaan. Dia mempunyai rupa fizikal yang menarik dan merupakan seorang pengetua. Dia bertemu dengan Kang Ro-Seo.


Kang Ro-Seo ialah anak kepada keluarga bangsawan yang miskin. Dia sebenarnya pencari nafkah dalam keluarganya. 

Dia tidak kisah melakukan kerja manual untuk wang. Untuk membayar hutang yang ditanggungnya, dia mula membancuh alkohol semasa tempoh larangan alkohol yang ketat.


Senarai Pelakon

Seperti biasa drama ini ada 4 orang pelakon utama yang terdiri daripada Yoo Seung Ho,Lee Hye ri , Byeon Woo Seok dan juga Kang Mi na.

Seterusnya untuk pelakon pembantu pula kita ada pelakon Jang Gwang, Choi Won Young dan Im Won Hee.

Selain itu, kita juga ada pelakon Moon You Kang, Park Ah In dan juga Ahn Shi Ha.

Oh rupanya kita ada juga pelakon Kim Gi Bang, pelakon byeoon Seo Yoon, Jung Sung Il dan Kim Ji An.

Pelakon lain yang turut sama terlibat dalam drama ini adalah Seo Ye Hwa, Bae Yoo Ram, Lee Ki Taek dan Kim Min Ho.

Yang uniknya drama ini ada tetamu undang atau cameo lah untuk cerita ini. Pelakon tersebut adalah Kwon Dong Won.

Mesti kalau ramai-ramai ni mesti best jalan cerita dia kan.

Aku nak tengok Hyeri jer. hehe sebab watak dia dalam drama gumiho baru-baru ni best tau. rugilah kalau korang tak layan lagi cerita tu.


Watak Pelakon Drama When Flowers Bloom I Think Of the Moon.

Sekarang ni aku nak kongsikan pula mengenai watak-watak dalam drama ini.

Kita mulakan dengan watak utama dulu iaitu pelakon yoo seung ho membawa watak sebagai nam young. Dia ni merupakan  seorang inspektor Kementerian Patriot dan Hal Ehwal Perlembagaan yang bersemangat dan tampan.

Dia juga telah meninggalkan kampung halamannya untuk mencapai kemasyhuran di Hanyang dan memulihkan maruah keluarganya. 

kemudian lee hye ri pula membawa watak sebagai kang ro seo. Dia ni pula merupakan seorang anak perempuan bangsawan miskin yang merupakan pencari nafkah keluarga. 

Dia seorang yang rajin dan melakukan semua jenis pekerjaan untuk mendapatkan wang. Dia diam-diam mula bekerja sebagai pembancuh minuman keras untuk membayar hutangnya.

Pelakon byeon woo seok pula membawa watak sebagai lee pyo. Dalam drama ini, dia merupakan Putera mahkota derhaka yang sering menyelinap keluar dari istana untuk minum arak walaupun dalam masa larangan, menyebabkan gangguan bagi kerajaan.

Kemudian pelakon kang mi na membawa watak sebagai Han Ae Jin dalam drama ini. Dia pula merupakan satu-satunya anak perempuan dari keluarga bangsawan yang lurus bendul dan degil. Dia telus tentang perkara yang tidak disukainya dan mesti melakukan apa yang dia mahu.

Untuk pelakon pembantu yang ramai dalam drama ini, kita mulakan dengan pelakon otai iaitu Jang Gwang yang membawa watak sebagai Moon Yeon Jo.

Pelakon kacak choi won young pula membawa watak sebagai lee shi heum dan pelakon im won hee pula membawa watak sebagai Woon Shim.

Pelakon moon you kang pula membawa watak sebagai shim heon dan pelakon park ah in pula membawa watak sebagai lee dong hee.

Pelakon comel ahn shi ha membawa watak sebagai lee kyung bin. Manakala pelakon Gi Bang pula membawa watak sebagi chun gae. Pelakon cantik byeon seo yoon membawa watak sebagai yeon jung jeon dan pelakong jung sung il pula membawa watak sebagai king lee kang.

Kim Ji An membawa watak sebagai Ok Ran ( Gisaeng) dan pelakon seo ye hwa pula membawa watak sebagai cheon geum. Pelakon bae yoo ram melakonkan watak sebagai kang hae soo. Selain itu, pelakon lee ki taek berlakon dengan watak tae seon.

Pelakon kim min ho pula melakonkan watak kim eol dong dalam drama ini.

Info Drama

Untuk pengetahuan semua, drama ini bakal mula ditayangkan pada 20 disember 2021 dan dijangka tamat pada 15 febuari 2022. Hari tayangannya pula adalah pada setiap hari isnin dan selasa tau di saluran KBS 2 dan ViuTV.

Kalau nak mudah, korang dah ada astro kan, boleh lah tunggu tayangan drama ini. Saluran astro tu adalah channel 392.

Setiap episod mengambil masa 1 jam 10 minit sahaja dan rating umur untuk cerita ini adalah 15 tahun keatas sahaja. kanak-kanak jangan tengok. hehe.

Hanya mempunyai 16 episod, drama ini turut dikenali sebagai drama moonshine.

Bagi yang dah baca sinopsis drama when flowers bloom i think of the moon ini, aku nak kongsikan yang mana drama ini di arahkan oleh pengarah terkenal Hwang In Hyuk.

Manakala untuk skripnya pula ditulis oleh Kim Joo Hee.

Penutup.

Akhir sekali, tak sabar nak tengok Lee Hye Ri berlakon dalam cerita ni. Lakonan dia pun semakin baik dan semakin memberi kesan kepada penonton.

Untuk yang dah baca sinopsis drama when flowers bloom i think of the moon ini, aku nak ingatkan agar korang tidak terlepas untuk menonton drama best ini nanti ya.

Cara menonton pun aku dah kongsikan dengan korang di atas ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post