SINOPSIS DRAMA KOREA LET ME BE YOUR KNIGHT 2021. Drama ini merupakan drama yang berkaitan dengan kehidupan band muzik di Korea Selatan , drama yang lain dari yang lain dimana menfokuskan pada reality kehidupan kumpulan band. Aktress wanita Jung In Sun bersama lagi lima pelakon lelaki merupakan watak utama di dalam drama Let Me Be Your Knight 2021.

Drama yang menfokuskan bagaimana band popular melalui kehidupan mereka dan mereka juga mempunyai pelbagai konflik.

Let Me Be Your Knight merupakan drama yang ditayangkan di saluran SBS dan iQiYI bermula pada awal November tahun ini.


SINOPSIS DRAMA KOREA LET ME BE YOUR KNIGHT 2021.


Genre drama ini adalah muzik, komedi , drama dan juga romance , jom baca synopsis drama ini boleh korang tengok dekat mana yang kelakar.

SINOPSIS DRAMA KOREA LET ME BE YOUR KNIGHT 2021

Mengisahkan tentang In Yoon Joo (Jung In Sun) yang bekerja sebagai pemandu pelancong yang bekerja keras untuk mencapai cita-cita beliau.

Impian beliau adalah untuk membeli kembali rumah yang milik ibu dan ayahnya sebelum meninggal dan rumah yang banyak kenangan bagi beliau.

Pada mulanya semuanya berjalan lancar apabila rumah itu hampir dimilikinya namun suatu kejadian menyebabkan beliau terpaksa menghadapi sesuatu yang menakotkan.

Sesuatu itu membuatkan beliau terpaksa untuk menyamar menjadi kakak kembar beliau yang mana merupakan seorang Doktor d Amerika Syarikat.

Yoon Tae In (Lee Jun Young) adalah ketua untuk kumpulan Luna , kumpulan lelaki yang cukup popular di Korea Selatan.

Beliau merupak tunggak utama kumpulan ini dimana semua lagu mereka digubal dan dibuat sendiri oleh Yoon Tae In.

Kumpulan Luna mempunyai 5 orang ahli termasuk Lee Jun Young iaitu Seo Woo Yeon (Jang Dong Joo) , Lee Shin (JR), Kim Yoo Chan (Yoon Ji Sung) dan Woo Ga On (Kim Dong Hyun).

Biarpun kumpulan Luna cukup popular namun reality dalam kehidupan sebenar mereka adalah tidak baik sesame mereka.

Lee Jun Young mengalami sakit tidur sambil berjalan dan susah untuk tidur , beliau juga menghadapi masalah keluarga.

In Yoon Joo terpaksa menjadi doktor psikologi pada Lee Jun Young dan merawat dia sehingga dia sembuh , semasa proses penyembuhan adakah sesuatu terjadi antara mereka.

 

PROFIL DRAMA LET ME BE YOUR KNIGHT (2021)

TAJUK  : LET ME BE YOUR KNIGHT / 너의 밤이 되어줄

PENGARAH  : AHN JI SOOK

PENULIS :  YOO SO WON DAN SEO JUNG EUN

EPISOD :  12

SALURAN  :  SBS

TARIKH RELEASE  : 7 NOVEMBER – 23 JANUARY 2022

HARI & MASA TAYANGAN :  AHAD / 23:05

GENRE : MUZIK , KOMEDI , DRAMA DAN ROMANCE


PELAKON –PELAKON DRAMA LET ME BE YOUR KNIGHT

Untuk drama ini semua pelakon-pelakon utama semuanya kacak-kacak belaka, di samping itu mereka juga merupakan idol sebenar seperti JR dari kumpulan NUEST ,

Yoon Ji Sung merupakan bekas kumpulan WANNAONE , Lee Jun Young merupakan dari kumpulan senior U-KISS manakala drummer Gaon di dalam drama ini adalah Kim Dong Hyun.

Kim Dong Hyun adalah dari kumpulan baru AB6IX manakala pelakon watak Seo Woo Yeon dalam drama Let Be Your Knight adalah Jang Dong Joo pelakon baru.

Jung In Sun ramai sudah tahu bahawa beliau merupakan pelakon senior yang cukup popular dengan drama Welcome To Waikiki , Not Yet 30 dan My Secret Terrius.

Banyak drama Jung In Sun yang hit dan beliau sangat hebat dalam berlakon watak comedy dan di dalam drama ini beliau membawa dua watak kembar.

Selain mereka berenam watak lain adalah CEO untuk kumpulan LUNA yang dilakonkan oleh Kwak Ja Hyoung yang mana karakternya adalah CEO Daniel Moon.

Watak manager di dalam drama ini adalah dilakonkan oleh Choi Hwan Yi yang wataknya adalah manager Kil Soon Nam.

Kedua-dua watak manager dan CEO dalam drama ini sangat menghiburkan dan menghidupkan suasana dalam drama.

Watak artis dibawah syarikat yang sama LUNA iaitu Hyo Bin adalah dilakonkan oleh Park Ji Won dan di dalam drama ini beliau membawa watak yang meminati Lee Shin.

Lee Shin yang dilakonkan or JR Nuest di dalam drama ini bercinta dengan pelakon wanita yang baru bercerai iaitu Chae Ji Yeon yang dilakonkan oleh Ha Young.

Dalam drama ini korang boleh tengak macam mana strugglenya artis –artis untuk bercinta dalam senyap supaya media dan peminat tidak tahu.

Watak yang agak tidak baik sikit adalah No Sang Hoon dari kumpulan Blue Moon yang dilakonkan Kim Kyung Ho , beliau mempunyai konflik dengan member LUNA Gaon.

Pelakon wanita Seo Hye Won membawa watak kawan baik kepada In Yoon Joo yang bernama Jung Ba Reun .

 

REVIEW DAN KOMEN DARI PENONTON DRAMA LET ME BE YOUR KNIGHT

Untuk info drama ini sudah mula ditayangkan jadi jom kita baca komen – komen dari penonton drama ini .

Antaranya adalah drama yang cantik dan seronok untuk dilihat , tidak sabar untuk menunggu untuk setiap minggu.

Pelakon drama ini juga menerima banyak pujian , suka Jun Young berlakon dan tak sabar untuk lihat drama lain dari dia.

Saya sangat suka drama ini terutama Lee Jun Young berlakon yang mana dia berlakon sangat lovely dan mempunyai suara yang sedap.

Antara komen yang banyak adalah saya sangat membenci kerana drama ini hanya disiarkan sehari dalam masa seminggu.

Di dalam drama ini ada part dinyanyikan lagu Beautiful Breakup dan ramai memuji lagu itu kerana sangat sedap dan lagu yang baik.

Drama yang sangat terbaik dan berlainan dari yang saya jangkakan , korang yang tengok drama ini mesti akan rasa seperti komen ini.

Saya dah lama tunggu lakonan JR di dalam TV , beliau mempunyai vibe dan karisma seorang actor .

Saya support JR a.k.a. Lee Shin Oppa ! Saya lihat awak bekerja keras untuk episode pertama dan juga saya support kejayaan Kim Jong Hyun.

Setiap episode di dalam drama ini sangat menarik dan lagu di dalam drama ini juga sangat menarik untuk didengar.

Drama ini tidak seperti drama idol yang lain , drama yang sangat bagus. Pergi tengok sekarang , korang pasti akan suka.

Banyak komen-komen positif dari drama ini yang akan dapat pada awal tahun depan , korang masih boleh catchup.

KATA-KATA AKHIR

Drama Let Me Be Your Knight ini mempunyai 12 episod keseluruhannya , sekarang berada di dalam episode 5.

Banyak korang baca komen dekat atas , ramai yang frust drama ini hanya ditayangkan satu episode seminggu , agak annoying juga.

Korang boleh dah download episode 1 dulu pastu layan , drama ini sangat lain dari drama lain.

Selamat menonton ye korang semua !.

 

Post a Comment

Previous Post Next Post