SINOPSIS DRAMA MY NAME LAKONAN HAN SO HEE. Drama pelakon cantik Han So Hee yang berikutnya setelah drama hit ‘Nevertheless’ adalah drama My Name. Drama yang ditayangkan di Netflix bermula Oktober lalu , jom kit abaca synopsis drama my name lakonan Han So Hee.

Han So Hee merupakan salah seorang pelakon yang sedang meningkat naik dan namanya juga merupakan dalam salah seorang yang popularity meningkat pada tahun ini.

Di dalam drama My Name ini Han So Hee bergandingan dengan actor tampan Ahn Bo Hyun dan pelakon senior Park Hee Soon.


SINOPSIS DRAMA MY NAME LAKONAN HAN SO HEE


My Name merupakan drama yang bergenre action , thriller , crime film dan noir , yang mana mengisahkan tentang seorang anak perempuan yang ayahnya dibunuh dan beliau cuba untuk membalas dendam.

Han So Hee di dalam drama ini membawa watak Yoon Ji Woo manakala Ahn Bo Hyun pula membawa watak sebagai Detektif Jeon Pil Do serta pelakon watak Choi Mu Jin dilakonkan oleh Park Hee Son , jom baca jalan cerita drama My Name ini.

SINOPSIS DRAMA MY NAME (2021)~

Mengisahkan tentang seorang perempuan Yoon Ji Woo yang kematian bapanya secara tiba-tiba dan bapanya mati dibunuh.

Dia sangat terdesak untuk membalas dendam atas kematian bapanya. Oleh sebab terdesak dia bekerja dengan kumpulan dadah Dongcheonpa.

Choi Mu Jin adalah ketua kumpulan geng dadah itu dan dengan bantuan Choi Mu Jin , Yoon Ji Woo dapat menyelidik tentang kematian bapanya.

Yoon Ji Woo join police department dan dia menjadi undercover dalam kumpulan dadah itu tanpa pengetahuan ahli kumpulan itu.

Detektif Jeon Pil Do bertugas di bahagian penyiasatan dadah dan dia bergandingan dengan Yoon Ji Woo dalam menyiasat kes dadah.

Yoon Ji Woo juga ditugaskan untuk menyiasat kes dadah di dalam unit penyiasatan di jabatan polis itu,.

Bagaimanakan proses penyiasatan antara mereka berdua , adakah pengakhirannya Yoon Ji Woo dapat membalas apa yang dilakukan terhadap bapa beliau.

PROFIL DRAMA MY NAME (2021)

TAJUK DRAMA :  My Name (마이 )

PENGARAH : Kim Jin Min

PENULIS : Kim Ba Da

RANGKAIAN : Netflix

EPISOD : 8

TARIKH RELEASE : 15 OKTOBER 2021

GENRE :  Actio , Thriller dan Crime

BARISAN PELAKON DRAMA MY NAME (2021)

Dalam drama My Name ini Han So Hee tidak hanya melakonkan watak Yoon Ji Woo tetapi watak Oh Hye Jin . Siapakah Oh Ye Jin dalam drama ini ? korang kena tengoklah.

Drama ini diserikan juga dengan pelakon hebat Lee Hak Joo yang mem bawa watak Jung Tae Ju manakala pelakon senior Kim Sang Ho melakonkan watak Cha Gi Ho.

Watak lain yang pasti korang tak sabar nak tengok dalam drama ini adalah watak Do Gang Jae dan Yoon Dong Hoon yang mana kedua-dua dilakonkan oleh Chang Ryul dan Yoon Kyung Ho.

Di Jabatan Penyiasatan polis di dalam drama ini dilakonkan oleh Seo Sung Jong , Moon Sang Min yang kedua mereka membawa watak Na Dae Soo dan Ko Gun Pyeong.

Watak Ketua jabatan penyiasatan dilakonkan oleh actor Seo Sang Won manakala watak detektif Jo Jin Se dilakonkan oleh Kim Byung Cheol serta watak detektif lain dilakonkan oleh Hwang Sung Ung , Kim Jung Woo , Hong Woo Jin dan Kim Sa Hoon.

Kumpulan dadah Dongcheon yang ahlinya dilakonkan oleh Bae Joo Hee , Won Jin dan Ahn Seong Bong dimana watak mereka adalah Kang Su Yeon , Choi Mu Jin chauffeur dan lelaki besar.

Semua pelakon-pelakon di dalam drama ini hebat-hebat so korang kena tengok drama ini , jom kita baca sikit komen dari orang yang dah layan drama ini.

REVIEW DAN KOMEN MENGENAI DRAMA MY NAME (2021)

Oleh kerana drama ini telah disiarkan pada Oktober tahun ini , memang banyak komen dari penonton drama ini , jom tengok satu persatu.

Antara komennya adalah memuji lakonan dari Han So Heed an Ahn Bo Hyun dengan mengatakan Han So-Hee dan Ahn Bo-Hyin mempunyai kemahiran lakonan yang hebat. Saya menantikan filem baharu mereka.

Saya suka drama ini. Mempunyai plot twist yang bagus di penghujungnya. Han so Hee sebagai watak utama kelihatan begitu baik dengan ekspresi dinginnya , disini kita dapat lihat penonton memuji watak utama Han So Hee.

Untuk peminat drama pembunuhan korang boleh baca komen ini , Sangat menyukainya. Saya suka misteri pembunuhan, thriller, balas dendam dan drama aksi. Saya benar-benar terikat dengan Choi Mujin, lakonan Park Hee Soon sangat hebat.

Lakonan Lee Hak Joo juga mendapat pujian dari peminat drama ini , korang boleh tengok watak Jung Tae Ju dalam drama ini.

Banyak memuji plot drama ini dan mengatakan drama ini antara drama yang paling best yang ditonton mereka.

Pujian terhadap lakonan Han So Hee sangat banyak dalam drama ini , mereka memuji beliau kerana berjaya membawa watak ini.

Drama ini dari episode pertama sehingga sangat hebat dan saya menangis ketika Pil Do terakhir.

Wah! Drama tv yang terbaik yang saya tonton tahun ini! Park Hee-Soon dan Han So-Hee sangat MENAKJUBKAN! Lakonannya memang top. Saya sangat suka watak Park Jee-Soon. Dia menggambarkan watak Mu-Jin dengan sempurna.

Ada yang mengharapkan drama ini menjadi movie kerana jalan ceritanya sangat baik.

Drama itu sepatutnya filem bukan 8 episod, 2 episod pertama adalah membosankan dan pergaduhan yang tidak perlu antara dia dan lelaki dalam organisasi.

Komen dan review drama ini hampir keseluruhannya positif , korang kena tengok.

KATA-KATA AKHIR

 

Drama ini disiarkan selama 50 minit untuk satu episode , dan semuanya ada 8 episod keseluruhannya.

My Name merupakan drama yang pada permulaanya sangat baik , jalan cerita yang sangat lain dari yang lain.

Kalau lakonan Han So Hee semuanya terbaik so korang kena lah tengok lakonan dia dalam drama ini pulark.

Sebelum ini korang mesti pernah tengok kan Han So Hee berlakon dalam drama hit iaitu The World Of The Married pada tahun 2020.

Selepas itu , beliau berlakon watak utama bersama Song Kang dalam drama Nevertheless juga menjadi hit.

Drama My Name ini menjadi drama kedua dari Han So Hee untuk tahun ini dan untuk Ahn Bo Hyun juga popular dengan drama Yumi’ Cells dan Itaewon Class.

Kedua-dua mereka menghidupkan drama ini dengan lakonan mereka yang mantap dan hebat , sangat tak rugi korang layan drama ini.

Selamat menonton drama My Name ini okay.

 


Post a Comment

Previous Post Next Post