SINOPSIS DRAMA HEALER LAKONAN PARK MIN YOUNG DAN JI CHANG WOOK. Drama gandingan pelakon popular ParkMin Young dan Ji Chang Wook bersiaran pada tahun 2014. Pastinya ramai tidak mengetahui mengenai drama ini kerana sudah lama jadi jom kit abaca synopsis drama Healer lakonan Park Min Young dan Ji Chang Wook.

Pada 2014, drama Healer ini ditayangkan di saluran KBS2 pada akhir bulan 2014 , di dalam drama ni Park Min Young membawa watak Chae Young Shin manakala Ji Chang Wook pula membawa watak Seo Jung Hoo.


SINOPSIS DRAMA HEALER LAKONAN PARK MIN YOUNG


Mesti korang tertanya apa watak yang dibawa oleh Ji Chang Wook dan Park Min Young jadi jom lekas kit abaca synopsis drama ini.

SINOPSIS DRAMA HEALER 2014

Mengisahkan tentang Chae Young Shin (Park Min Young) yang merupakan seorang reporter internet yang mempunyai sejarah silam yang menyeramkan.

Chae Young Shin tinggal bersama bapa angkat beliau yang merupak lawyer dan boss café setelah ibu angkat beliau meninggal dunia.

Chae Young Shin seorang yang happy go lucky , banyak cakap , berpengalaman dan ada kekurangan iaitu apabila dia nampak pergaduhan atau pertengkaran beliau akan menjadi sesak nafas.

Seo Jung Hoo (Ji Chang Wook) merupakan seorang “Healer” , yang boleh buat apa sahaja kerja asalkan beri upah yang banyak dan tidak membunuh.

Setiap misi yang dijalankan oleh Healer ini tidak pernah gagal , beliau buat kerja tanpa tinggalkan apa-apa kesan.

Satu misi telah menemukan Chae Young Shin dengan Healer namun tidak diketahui oleh Chae Young Shin yang lelaki itu healer.

Mereka bekerja sebagai senior dan junior dalam menjadi reporter , dalam masa yang masa tanpa disedari mereka juga sedang menyelidik tentang latar belakang keluarga mereka sendiri.

Kim Moon Ho (Yoon Ji Tae) pula seorang reporter yang popular dalam bidang syarikat penyiaran , beliau juga merupakan adik kepada seorang ahli syarikat yang kaya.

Apabila sedang menjalankan tugas sebagai reporter beliau telah menyelidik satu kes dan mengetahui mengenai kejahatan abangnya.

Dia juga menggunakan khidmat healer untuk mencari anak kakak iparnya dan sudah menjumpai namun masih tidak diberitahu pada kakak iparnya.

Apakah hubungan healer , Chae Young Shin dan Kim Moon Ho ? Apakah yang diselesaikan oleh mereka bertiga.

 

 

PROFIL DRAMA HEALER (2014)

TAJUK DRAMA : HEALER :  힐러

PENGARAH :  LEE JUNG SUB & KIM JIN WOO

PENULIS  : SONG JI NA

SALURAN : KBS2

EPISOD  : 20

TARIKH TAYANGAN :  8 DECEMBER 2014 – 10 FEBRUARY 2015

HARI & MASA TAYANGAN : ISNIN & SELASA / 21:55 PM

 

PELAKON-PELAKON YANG MEWARNAI DRAMA HEALER

Tiga tunggak utama dalam drama in adalah Park Min Young, Ji Chang Wook dan Yoon Ji Tae dan selain mereka banyak pelakon-pelakon lain yang turut membintangi drama ini.

Antara yang mewarnai drama Healer ni adalah pelakon senior Kim Mi Kyung yang membawa watak sebagai Jo Min Ja atau dikenali sebagai Aunt Min Ja.

Watak Jo Min Ja di dalam drama ini adalah untk membantu Healer ketika menjalankan tugas ,beliau boleh mengakses mana-mana data dengan mudah.

Oh Gwang Rok juga antara pelakon senior yang membintangi drama ini sebagai Ki Young Jae yang merupakan salah seorang dari 5 sekawan yang mempunyai kisah rahsia.

Bapa kepada Chae Young Shin dilakonkan oleh Park Sang Myeon yang wataknya adalah Chae Chi Soo dan beliau merupakann bapa angkat yang sangat baik.

Pembantu Healer yang lain adalah Kang Dae Young yang wataknya dibawa oleh Taemi , watak ini adalah membuat kerja penghantaran dan berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Watak antagonis di drama “Healer” ini adalah Kim Moon Sik yang dilakonkan oleh Park Sang Won manakala watak yang kelakar tetapi serius di dalam ini adalah Jang Byeong Se.

Watak Jang Byeong Se di dalam drama ini adalah watak ketua kepada Chae Young Shin dilakonkan oleh Park Won Sang.

Selain mereka, pelakon lain adalah Woo Hee Jin , Park Sang Wook dan Jo Han Chul , masing-masing membawa Kang Min Jae , Bae Sang Soo dan Yoon Dong Won.

Kunci penting dalam drama ini adalah watak Choi Myung Hee yang dilakonkan Do Ji Won kerana beliau yang tahu mengenai semua yang terjadi dahulu.

REVIEW DAN KOMEN DARI PENONTON DRAMA HEALER

Drama Healer ini menjadi tumpuan apabila pelakon-pelakon di dalam drama ini sangat terbaik dan juga jalan cerita drama ini lain dari lain.

Antara komennya adalah drama ini karya yang cemerlang walaupun dah beberapa tahun , drama ini tak pernah tua.

Drama ini masih lagi ditonton pada tahun ini , antara komen yang diberikan pada tahun ini adalah drama ini tidak bisa dilupakan.

Semua mengenai drama ini cukup semuanya dan juga pelakon-pelakon di dalam drama ini terbaik dan ost juga terbaik.

Drama yang sangat healing dan  drama ini sangat menakjubkan serta sudah menontonnya berkali-kali dan masih tidak dapat sembuh , ramai memuji drama mengenai drama ini.

Suka melihat Park Min-Young dan Ji Chang-Wook dalam projek seterusnya tidak lama lagi. Chemistry mereka melampau. Secara keseluruhan, drama ini adalah 10/10.

Chemistry antara pelakon Park Min Young dan Ji Chang Wook sangat mendapat pujian kerana nampak keserasian antara mereka berdua.

Drama ini juga dikomen oleh penonton bahawa Siri yang cantik! Berbaloi untuk menonton! Saya suka bagaimana percintaan antara pemimpin berkembang

Penonton drama yang baru sahaja layan kesemua episode memberi markah penuh untuk drama ini kerana sangat menarik.

Walaupun drama ini tidak banyak memenangi anugerah tetapi dalam menjadi salah satu drama yang paling best dan industri ini.

Skrip , plot , pelakon dan imbas kembali sangat on point dan drama ini sangat baik dan lain dari drama yang lain.

Drama Healer ini sangat direkemen oleh penonton drama ini dan korang boleh layan drama ini taw.

KATA – KATA AKHIR

Drama ini ditayngakan selama satu jam untuk satu episode dan ditayangkan selama dua hari dalam seminggu.

Siapa yang peminat Park Min Young patut layan drama ini sebab pelakon cantik ini sangat bagus lakonan dia dan yang mana nak tengok bila Park Min Young  rambut pendik .

Style dari Park Min Young dalam drama sangat lain dari drama yang lain dan serius sangat cantik dan comel.

Ji Chang Wook di dalam drama ini juga sangat lain dari drama lain dan yang pasti sangat hot dan lakonan mantap.

Keserasian antara mereka berdua sangat terbaik so jangan lupa layan .

Post a Comment

Previous Post Next Post