Profil Lee Junho ,Pelakon The Red Sleeve Dan Penyanyi Popular 2PM. Hari ini Una nak kongsi kat ampa profil penuh pelakon dan penyanyi yang tengah trending di  Korea iaitu Lee Junho. Nama Lee Junho menjadi sebutan apabila drama lakonan beliau The Red Sleeve menjadi hit di Korea. Hari ini kita nak share profil Lee Junho , pelakon The Red Sleeve dan  merupakan ahli kumpulan popular 2PM.

Profil Lee Junho ,Pelakon The Red Sleeve Dan Penyanyi Popular 2PM


Sekarang apabila sebut sahaja nama Junho , pertama yang orang akan sebut adalah Junho My House, semua orang mengetahui lagu 2pm itu.

2PM merupakan kumpulan lelaki idola yang debut pada tahun 2008 dengan dianggotai oleh 6 orang ahli kumpulan iaitu Jun.k , Taecyeon , Nichkhun, Wooyoung , Chansung dan Junho.

Mereka berenam debut dengan lagu 10 Out of 10 pada 2008 dan debut mereka dikatakan berjaya kerana ramai mengenali dan meminati mereka ditambah mereka memecah tradisi apabila menjadi

kumpulan lelaki idola yang berwajah maskulin dan berbadan sasa , tidak seperti idola lelaki yang lain sehingga mereka digelar “Beast-idol” dan masih memegang tittle ini.

PROFIL LEE JUNHO , PELAKON DRAMA THE RED SLEEVE

Nama sebenar Junho adalah Lee Junho , beliau lahir pada 25 January 1990 , lagi beberapa hari sahaja hari jadi beliau ye, ampa jangan lupa wish ^ ^

Beliau sangat berbakat besar , beliau tidak hanya boleh menyanyi dan berlakon namun beliau boleh membuat lagu dan menulis lirik.

Banyak lagu ciptaan beliau sendiri dimasukkan di dalam album 2PM dan juga album solo beliau , korang nak taw tajuk lagu apa? tunggu nah.

Pelakon drama The Red Sleeve ini tidak hanya hebat dan bidang itu saja , beliau juga sangat hebat dalam menari , di dalam 2PM beliau juga dikenali sebagai penari hebat.

Ampa nak taw tak macam mana Lee Junho boleh mula masuk dalam industri hiburan ini ? jom baca bawah.

BAGAIMANA LEE JUNHO MULAKAN KARIERNYA?

Lee Junho yang debut bersama 2PM pada tahun 2008 pada ketika itu dia baru berumur 18 tahun , sangat muda jadinya sebelum 2008 beliau menjadi trainee di JYP Entertainment.

JYP Entertainment kalau korang nak taw pada tahun 2007 -2008 merupakan company yang sangat popular kerana pada ketika itu Wonder Girls menjadi popular dengan pelbagai lagu.

Jadi ramai yang berpusu-pusu untuk memasuki syarikat itu , namun hanya yang layak sahaja diterima, untuk kes Junho ini lain sikit , lain macam mana?

Lainnya , Junho memasuki pertandingan “Superstar Survival” pada tahun 2006 , pertandingan ini disertai oleh 6500 perserta dan Junho memangi tempat pertama , hebat kan.

Selepas itu beliau sign contract dengan JYP Entertainment dan mulakan karier sebagai trainee dan yang turut sama masuk pertandingan Survival itu adalah member 2PM iaitu Chansung dan Taecyeon.

Setelah 2 tahun menjadi trainee , akhirnya beliau debut dengan kumpulan 2PM , nak taw tak kisah Junho hampir tidak jadi penyanyi ?

 

PROFIL LEE JUNHO , KISAH DISEBALIK DEBUT BERJAYA BELIAU BERSAMA 2PM !

Korang mesti ingat Junho lalui perjalanan debut dia mudah je kan ? tidak ye , Junho pernah beritahu dekat rancangan Strong Heart yang beliau yang pada mulanya berada di senarai debut , tapi 

nama beliau hampir digugurkan disebabkan progress beliau tiada peningkatan, waktu diberitahu itu Lee Junho down gila plus emak beliau mendapat tahu mengenai berita itu.

Emaknya menghubungi syarikat JYP Entertainment untuk beri satu peluang lagi pada anak beliau kerana dia yakin anaknya itu boleh lakukan.

Lee Junho rasa sangat sedih bila tahu , dia pon rasa kesian dekat mak ayah dia sebab banyakkan korban masa dan wang untuk dia semasa dia menjadi trainee.

Dalam rancangan itu , Lee Junho menangis ucap terima kasih pada ibu dan ayah beliau dan mengatakan sekarang ibu bapanya selalu menghebohkan kepada semua orang yang mereka adalah

ibu dan ayah dari ahli kumpulan 2PM , ramai memuji Lee Junho yang berani berkongsi cerita ini pada umum.

 

POPULAR SAHAJA , BAGAIMANA PELAJARAN? KORANG MESTI TAK PERCAYA NI !!

Lee Junho tidak hanya terkenal sebagai penyanyi dan pelakon ja taw , beliau juga terkenal kerana merupakan idola yang berpelajaran tinggi.

Junho masuk ke Universiti Howon , Gunsan , Korea sebagai undergraduate program dengan member 2PM yang lain iaitu Wooyoung dan Chansung.

Selepas tamat belajar dekat sana , beliau tidak berhenti disitu sahaja beliau terus masuk ke University Sejong dan menyampung pelajaran dalam master degree sinematografi.

Ampa boleh tengok macam mana kehidupan Junho di dalam kampus beliau di dalam rancangan I Live Alone bersama member 2PM Chansung.

Hebat kan Junho ini , berlakon hebat , penyanyi hebat pastu pelajaran pon mantop.

 

BAGAIMANA TERJUN DALAM BIDANG LAKONAN?

Korang mesti tertanya –tanya kan macam manalah beliau boleh tiba-tiba jadi pelakon kan ? drama apa yang first lakonan beliau.

So buat korang yang tak tahu, lakonan pertama beliau adalah dari filem ya bukan dari drama di mana Filem Cold Eyes merupakan lakonan pertama beliau.

Filem Cold Eyes ini merupakan filem hit yang berjaya memecah rekod sampai 4.5 million , dan ramai sangat memuji lakonan Junho di dalam filem itu.

Dah popular dengan Cold Eyes , beliau dapat tawaran berlakon drama , drama pertama beliau adalah Memories Of The Sword yang juga merupakan drama hit.

Dalam drama itu beliau tidak menjadi watak utama dan berlakon bersama Kim Go Eun selepas itu beliau kembali pula pada era filem.

Filem berikutnya adalah bertajuk Twenty dan beliau menjadi watak utama , uniknya adalah filem ini juga menjadi filem yang banyak memecah rekod.

Kalau korang tengok balik semua lakonan filem dan drama Junho semuanya hit , ini memamg keistimewaan Junho.

LAGU YANG DIBUAT SENDIRI DI DALAM ALBUM 2PM DAN SOLO ~

Junho tidak hanya popular dengan kumpula 2PM namun beliau juga sangat popular sebagai artis solo di Japan.

Semua concert , fansign , merch dan apa sahaja dari Junho pastinya akan sold out dan juga lagu solo beliau tidak ketinggalan.

Lagu Junho yang release di Japan dan menjadi hit adalah Kimi no Koe yang mana beliau sendiri yang compose dan tulis liriknya.

Lagu ini berada di tangga pertama dalam Tower Record dan no 3 di Oricon Chart di mana pencapaian ini sangat sukar dicari.

Selepas itu,lagu lain adalah FEEL , SO GOOD dan banyak lagi album yang beliau sendiri yang produce sehinggakan berjaya mendapat kedudukan yang tinggi.

 

LAST SEKALI , MEDIA SOSIAL MILIK JUNHO~

Zaman lani jika tiada media sosial memang sangat susah nak komunikasi dengan peminat , so Junho pun ada banyak media sosial yang beliau sendiri guna.

Korang boleh follow ig beliau dekat sini @le2jh manakala twitter persendirian beliau pula adalah REAL JUNHO LEE dan last sekali korang boleh tengok kehidupan seharian Junho ,

dekat youtube beliau sendiri 이준호 LEE JUNHO , dekat sini beliau sering upload vlog harian beliau sangat seronok lihat.

Jangan lupa ok korang follow , like dan subscribe media sosial yang official ini taw! Semoga terus maju jaya 2PM Junho !! <3

Post a Comment

Previous Post Next Post