Biodata Kang Ha Neul, Pelakon Drama Insider 2022. Kalau cakap pasal drama korea, pelakon kang ha neul merupakan salah seorang yang sentiasa menjadi sebutan penonton. Walaupun jarang dapat watak utama, namun kehebatan dalam lakonannya menjadi asbab namanya sering disebut penonton. korang kenal tak dengan pelakon kacak ini? Kalau korang perasan, aku dah kongsikan pasal drama insider baru-baru ni kan. jadi kali ini aku nak  kongsikan pula mengenai biodata kang ha neul yang merupakan pelakon utama drama tersebut.


Biodata Kang Ha Neul, Pelakon Drama Insider 2022


Biodata Kang Ha Neul, Pelakon Drama Insider 2022

Aku kenal kang ha neul ni sejak dia jadi tetamu untuk rancangan Running Man. Sejak tulah aku mula ambil tahu mengenai pelakon ini. korang nak tahu tak biodata kang ha neul ni? jom sambung baca di bawah. 

Pemilik nama penuh kang ha neul ini dilahirkan pada 21 Febuari 1990 dan dia di lahirkan di korea selatan. Sekarang ini ketinggian ha neul adalah 182 cm.

Pada 11 September 2017, Ha Neul menyertai latihan wajib tentera untuk negaranya dan telah selesai sesi khidmat tersebut pada 23 Mei 2019 tau.

Sejak itu, dia masih belum membintangi drama atau filem sehinggalah drama intruder yang bakal ditayangkan pada tahun 2022 ini. korang boleh rujuk post kami sebelum ini.

Bagaimana Kang Ha Neul Mulakan Kerjayanya?

Dalam entri biodata kang ha neul ini, kami turut kongsikan pengalaman kerjaya ha neul. Kang Ha Neul memulakan kerjayanya dalam teater muzikal, terutamanya dalam Thrill Me (2010), Prince Puzzle (2011), Black Mary Poppins (2012), dan Assassins (2012).

Dia kemudian beralih ke skrin, membintangi drama televisyen To the Beautiful You (2012), The Heirs (2013) dan Misaeng: Incomplete Life (2014).

Aku nak kongsikan drama viral kang ha neul ini, antaranya adalah drama The Heirs (2013), Angel Eyes (2014), Misaeng: Incomplete Life (2014), Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo (2016), dan When the Camellia Blooms (2019).

Selain itu dia turut terlibat dalam beberapa karya yang viral seperti filem Mourning Grave (2014), Twenty (2015), Dongju: The Portrait of a Poet (2016), New Trial (2017), Forgotten (2017), dan Midnight Runners (2017). 

Mungkin ramai tak tahu yang Ha Neul ini merupakan penerima anugerah Pelakon Terbaik Anugerah Seni Baeksang ke-56 dan pada tahun 2020, beliau menduduki tempat ke-23 dalam senarai tahunan Forbes Korea Power Celebrity.

Memang hebat sungguh dia kan, walaupun bawa watak sampingan jer, tapi mampu dapat pengiktirafan besar dalam dunia seni.

Biodata Kang Ha Neul, Maklumat Peribadi Kang Ha Neul Yang Ramai Tak Tahu!

Aku nak kongsikan sedikit latar belakang ha neul dan dunia ketenteraan korea. Macam korang tahu dekat atas tadi, aku dah kongsikan yang ha neul menyertai tentera pada tahun 2017 kan. Selepas tempoh itu, Ha Neul telah diiktiraf atas prestasi teladannya semasa latihan asas.

Pada 22 Februari 2019, Kang Ha Neul dilantik sebagai duta kehormat Pentadbiran Tenaga Kerja Tentera (MMA). 

Korang nak tahu pasal agensi yang menjaga kebajikan Ha Neul kan. Ini sedikit latar belakang agensi kang ha neul untuk korang. Begini ceritanya, pada 6 November 2019, Syarikat SEM, agensinya sejak 2010, mengumumkan bahawa Kang Ha Neul akan kekal dengan kontrak sehingga siri TV When the Camellia Blooms berakhir. 

Selepas itu, beliau menyertai bekas pengurusnya di agensi hiburan yang baru ditubuhkan, Syarikat TH.

Senarai Filem Lakonan Kang Ha Neul dalam Biodata Kang Ha Neul..

Memang dah banyak filem yang ha neul lakonkan, jadi dalam bioadata kang ha neul ni, aku nak kongsikan filem-filem tersebut untuk korang. 

  1. The Pirates 2 | Haejuk: Dokkaebi Gitbal (2022) - Woo Moo-Chi

  2. A Year-End Medley | Happy New Year (2021) - Jae-Yong

  3. Streaming (2021) - Woo-Sang

  4. Waiting For Rain | Biwa Dangshinui Yiyagi (2021) - Young-Ho

  5. I Have a Date with Spring | Nawa Bomnalui Yaksok (2018) - Lee Kwi-Dong

  6. Heung-Boo: The Revolutionist | Heungbu: Keurro Sesangeul Baggun Ja (2018) - Park Dol-Po (cameo)

  7. Forgotten | Gieokui Bam (2017) - Jin-Seok

  8. Midnight Runners | Chungnyeongyungchal (2017) - Hee-Yeol

  9. New Trial | Jaesim (2017) - Jo Hyun-Woo

  10. Like for Likes | Johahaejyo (2016) - Lee Soo-Ho

  11. Dongju: The Portrait of a Poet | Dongju (2016) - Yun Dong-Ju

  12. Twenty | Seumool (2015) - Gyung-Jae

  13. Empire of Lust | Soonsooui Sidae (2015) - Jin (Min-Jae's son)

  14. C'est si bon (2015) - Yoon Hyeong-Joo (20s)

  15. Mourning Grave | Sonyeomoodeom (2014) - In-Soo

  16. You're My Pet | Neoneun Pet (2011) - Young-Soo

  17. Battlefield Heroes | Pyongyangsung (2011) - Nam-San
Laman Sosial Ha Neul adalah Instagram Ha Neul. Korang boleh tekan link ini untuk follow ig dia yer.

DRAMA-DRAMA LAKONAN KANG HA NEUL DALAM BIODATA KANG HA NEUL.


Aku yakin, peminat drama korea mesti nak tahu drama yang pernah di lakonkan oleh Ha neul kan. Sebabnya mungkin korang dah pernah tengok lakonannya sebelum ini tapi tak kenal dengan dia kan.

Benda ni selalu jadi dekat aku, dah tengok dah drama tu tapi tak kenal pelakon sebenar. hehe. berikut merupakan drama-drama yang pernah dilakonkan oleh ha neul ni.
  1. Insider (JTBC / 2022) - Kim Yo-Han

  2. River Where The Moon Rises | Dalyi Ddeuneun Gang (KBS2 / 2021) - On Hyeob (special appearance)

  3. When the Camellia Blooms | Dongbaekkkot Pil Mooryeob (KBS2 / 2019) - Hwang Yong-Sik

  4. Entourage (tvN / 2016) - himself (ep.5)

  5. Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo | Dalui Yeonin - Bobogyungsim Ryeo (SBS / 2016) - Wang Wook

  6. The Missing | Teuksoosiljongjundamban M (OCN / 2015) - Lee Jung-Soo (ep.1-2)

  7. Punch (SBS / 2014-2015) - prosecutor (cameo)

  8. Misaeng: Incomplete Life | Misaeng (tvN / 2014) - Jang Baek-Ki

  9. Angel Eyes | Enjelaizeu (SBS / 2014) - Park Dong-Joo (young)

  10. The Heirs | Sangsokjadeul (SBS / 2013) - Lee Hyo-Shin

  11. Two Weeks (MBC / 2013) - Kim Sung-Joon (cameo)

  12. Monstar (Mnet-tvN / 2013) - Jung Sun-Woo

  13. To The Beautiful You | Areumdawoon Geodaeege (SBS / 2012) - Min Hyun-Jae

  14. My Mom! Super Mom! | Choikang! Wooleomma (2007) - Choi Hoon

  15. Drama Festival: Rebellious | Boolon (MBC / 2013) (Telefilem) - Joon-Kyung
Walaupun banyak senarai drama, tetapi kebanyakkannya ha neul membawa watak cameo dan watak sampingan sahaja. sebab itu, karya dalam insider 2022 nanti memang sangat di nanti-nantikan oleh peminat ha neul ni.

Biodata Kang Ha Neul: Senarai Anugerah yang diperoleh oleh kang ha neul

Disebalik watak pembantu yang diambil oleh ha neul, dia berjaya mendapat anugerah sepanjang kariernya tau. antara yang kami kongsikan dalam biodata kang ha neul ini adalah seperti berikut.

  1. Best Actor ("When the Camellia Blooms")- 2020 (56th) BaekSang Arts Awards - 5 Jun  2020

  2. Best Actor ("When the Camellia Blooms") - 2019 KBS Drama Awards - 31 Disember 2019.

  3. Netizen Award ("When the Camellia Blooms") - 2019 KBS Drama Awards - 31 Disember 2019

  4. Best Couple Award ("When the Camellia Blooms") - 2019 KBS Drama Awards - 31 Disember 2019

  5. Excellent Actor ("Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo") - 2016 SBS Drama Awards - 31 Disember 2016.

  6. New Star Award ("Angel Eyes") - 2014 SBS Drama Awards - 31 Disember 2014.


Harapan Peminat Untuk Kang Ha Neul.


Bila baca biodata kang ha neul ni, kita sedar yang walaupun terkenal belum tentu dapat menjadi watak utama dalam drama korea kan. 

Jadi diharapkan dengan permulaan tahun 2022 ini dapat memberi sedikit kelebihan kepada Ha Neul untuk meningkatkan kariernya sebagai pelakon drama.

Kita juga mengharapkan dia dapat kerap menjadi pelakon utama dalam drama-drama yang akan datang. Jangan lupa untuk tonton drama insider yang akan ditayangkan tidak lama lagi tau.

Sambil-sambil tu, kongsikan juga biodata kang ha neul ini di facebook tau!. Terima kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post