Drama Terbaru Kang Ha Neul Untuk 2022 Insider . Hi , Hari ini kita nak kongsi drama terbaru dari pelakon popular Kang Ha Neul yang bakal kembali dengan drama terbaru setelah drama hit When The Camellia Blooms bersama Hyo Jin. Drama comeback setelah tamat ketenteraan ini adalah bertajuk Insider (2022). Insider (2022) merupakan drama yang bakal ditayangkan di saluran JTBC pada awal tahun 2022 dan drama ini merupakan thriller drama. jom kita baca sinopsis drama insider yang juga merupakan Drama Terbaru Kang Ha Neul untuk tahun 2022 ini.

Drama Terbaru Kang Ha Neul Untuk 2022 Insider


Drama ini merupakan drama pertama Kang Ha Neul sebagai tunggak utama selepas kembali dari latihan ketenteraan.




SINOPSIS PENUH DRAMA INSIDER 2022 , Drama Terbaru Kang Ha Neul~~

Mengisahkan tentang seorang pelatih kehakiman bernama Kim Yo Han (Kang Ha Neul).

Selepas menyamar untuk siasatan, Kim Yo Han mengalami krisis dan akhirnya bergelut untuk cuba mendapatkan tangan kad yang akan mengubah nasibnya ketika dia berjudi di penjara.

Beliau yang telah menjalani kehidupan yang bersungguh-sungguh, menyerah kepada realiti bahawa dunia ini dikuasai oleh kuasa dan kekayaan, dan berakhir di balik jeruji besi.

Berdukacita dan keliru, dia mula merancang membalas dendam atas pengkhianatan semasa di penjara.

 Kim Yo Han seorang yang berhemat dan sentiasa memikirkan beberapa langkah ke hadapan, dan dia sentiasa berwajah poker.

 Walaupun dia menghadapi situasi berbahaya apabila dia terlibat dalam insiden yang tidak dijangka semasa penyiasatan, dia akan terus berjuang untuk terus hidup dan

 berjaya berkembang dengan keupayaannya mengubah krisis menjadi peluang.

 

PROFIL PENUH DRAMA INSIDER 2022~~

Drama Terbaru Kang Ha Neul ini yang disebut sebagai Insaideo (인사이더  )di dalam bahasa Korea manakala bahasa kita disebut Insider.

Insider merupakan drama yang bertema aksi , thriller dan juga drama, drama ini dipenuhi dengan aksi-aksi yang menakjubkan serta banyak aksi membalas dendm.

Insider adalah drama yang diarahkan oleh pengarah hebat Min Yeon Hong telah banyak mengarahkan drama popular seperti drama Ugly Alert , Ms.Ma , Namesis , Touch ,

Missing: The Other Side dan banyak lagi , drama yang diarahkan beliau kesemuanya berkualiti tinggi dan terbaik.

Penulis untuk drama Insider ini pula adalah seorang yang sangat-sangat berbakat kerana merupakan drama hit OCN iaitu Priest yang bernama Moon Man Se.

Tarikh tayangan drama ini masih belum dikeluarkan namun yang pasti adalah di awal tahun 2022.

Episod keseluruhan drama Insider ini adalah 16 episod.

 

Kang Ha Neul baru keluar Latihan Ketenteraan, ini dia BARISAN PELAKON DRAMA INSIDER 2022~~

Drama Insider diterajui oleh Kang Ha Neul yang akan membawa watak Kim Yo Han yang merupakan pelatih kehakiman yang mengalami masalah yang tidak diduga.

Selain Kang Ha Neul , watak utama drama ini adalah Lee Yoo Young yang merupakan pelakon cantik yang berbakat besar , wataknya adalah bernama Oh Soo Yeon.

Watak utama lain adalah pelakon legend dan pelakon hebat Kim Sang Ho yang bakal membawa watak Mok Jin Hyung.

Pelakon yang popular di dalam drama 100 Days My Prince dan When My Love Blooms , Kang Young Seok akan membawa watak Jang Seon Oh.

Pelakon lain adalah Cha Yeon yang bakal membawa watak Kim Gil Sang di dalam drama ini Insider 2022.

Sung Ji Ru yang merupakan pelakon senior yang berbakat bakal membawa watak Heo Sang Soo di dalam Drama Terbaru Kang Ha Neul ini.

Drama Insider 2022 juga dibarisi oleh pelakon Yoon Byung Hee , wataknya masih tidak diketahui manakala Jung Man Shik bakal membawa watak Yang Hwa.

 

INFO MENGENAI PELAKON UTAMA INSIDER 2022 ( Drama Terbaru Kang Ha Neul) ~~

Kang Ha Neul seorang pelakon yang cukup dikenali di Korea di mana beberapa drama dan filemnya menjadi hit.

Lakonan beliau juga mendapat pujian tidak hanya dari penonton drama tetapi dari pelakon-pelakon senior.

Drama lakonan Kang Ha Neul yang hit adalah The Heirs , Angel Eyes , Misaeng : Incomplete Life , Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo dan paling latest When The Camellia Blooms.

Filem lakonan beliau juga mendapat perhatian iaitu filem Twenty , New Trial dan filem Midnight Runners bersama Park Seo Joon.

Beliau juga dianugerahkan pelakon baru terbaik di 56th Baeksang Arts Awards dan beliau banyak memenangi anugerah atas lakonan beliau.

Lee Yoo Young pula merupakan pelakon yang debut pada tahun 2012 manakala debutnya dengan drama Late Spring dan lahir pada 8 December 1989.

Beliau juga banyak berlakon di dalam drama hit seperti Late Spring , The Treacherous , Yourself and Yours serta Your Honor yang popular di luar Korea.

Beliau juga merupakan pemenang Pelakon baru terbaik di 36th Blue Dragon Awards dan juga di International Film Festival.

Anugerah terbaru yang beliau terima adala dari KBS Drama Awards 2020 dan anugerah yang beliau berjaya rangkul adalah Pelakon wanita terbaik di dalam drama Traces Of Love.

 

 

REVIEW DARI NETIZEN MENGENAI PEMILIHAN BARISAN PELAKON INSIDER 2022~~

Drama ini masih dalam pengambaran , namun sudah banyak artikel sudah dikeluarkan mengenai drama ini jadi banyak netizen mengetahui drama ini , jom baca komen – komen mereka.

Pertama , Salah seorang pelakon paling serba boleh yang pernah saya tonton dalam filem dan siri Korea!

Kang Ha Neul adalah pelakon yang hebat! Saya berharap dapat melihatnya lebih banyak dalam banyak projek!

Komen lain adalah Daripada Yongsik (budak lelaki pencinta desa yang comel, menyokong, vokal dengan daya tarikan desa, yang tersenyum sepanjang masa) kepada Yo Han (bertentangan

sepenuhnya dengan YS), KHN pastinya salah seorang Pelakon kdrama terbaik & serba boleh di luar sana.

Peminat dari luar negara turut komen Anda seorang pelakon yang sangat berbakat Dan saya tidak sabar untuk menonton drama ini(dari Afrika)

Oh saya suka dua ini, melihat Lee Yoo Young dalam Tunnel dan The Lies Within dan saya menyukai gaya sopan dan selera fesyennya.

Saya juga menyukai Kang Ha Neul dalam River Where The Moon Rises. Tengok dia dulu kat Moon Lovers tapi aku tak gila dengan perangai dia kat situ.

Namun, saya menantikan kedua-dua pelakon ini dalam drama bersama 😘 Tak sabar!

Komen netizen mengenai pemilihan Lee Yoo Young Yuhhhuuu Lee Yooyoung sesuai berlakon dalam drama/filem saspens atau thriller. Vibes dia memang sesuai dengan genre 😘

Ramai tidak sabar untuk melihat gandingan Kang Ha Neul dengan Lee Yoo Young.

Kedua-dua mereka sangat berbakat dalam lakonan mereka dan sangat dipuji oleh semua orang.

KATA-KATA AKHIR

Tarikh tayangan Drama Terbaru Kang Ha Neul ini akan dikemaskini setelah diumumkan oleh JTBC , korang kena tunggu taw , drama ini banyak sangat aksi.

Jalan cerita bagi drama ini sangat rare dan pastinya tidak akan jemu , korang jangan lupa layan taw nanti !! Selamat layan drama !!!

Post a Comment

Previous Post Next Post