Sinopsis Drama Big Mouth 2022 Lee Jong Suk dan Yoona SNSD Drama yang paling ditunggu-tunggu untuk tahun 2022 bakal disiarkan tidak lama lagi iaitu Big Mouse 2022. Big Mouse merupakan drama yang mengandingkan pelakon utama yang hit dan popular iaitu Lee Jong Suk dan SNSD YoonaWatak utama drama Big Mouth ini mempunyai visual yang sukar digugat , pelakon kacak Lee Jong Suk dan pelakon serta penyanyi yang cantik Yoona.


Sinopsis Drama Lee Jong Suk dan Yoona SNSD Big Mouse 2022



Drama Big Mouse ini akan ditayangkan di saluran TvN di awal tahun 2022 , sekarang masih menjalani rakaman , jom baca synopsis drama ini.

SINOPSIS DRAMA BIG MOUTH 2022 ~~

Drama ini menceritakan tentang mengikuti perkara pelik yang berlaku apabila seorang peguam kelas tiga secara kebetulan mengambil alih kes pembunuhan dan menggali lebih dalam kebenaran yang

tersembunyi. Ia adalah rekod pertempuran yang dihadapi oleh seorang peguam kelas menengah bawah yang mesti menjadi lebih jahat daripada penjahat untuk melindungi dirinya dan keluarganya

dan menghukum orang jahat dalam dunia yang penuh dengan konspirasi dan tamak kuasa dan modal.

Park Chang Ho (Lee Jong Suk), seorang peguam yang tidak pernah berjaya pada mulanya dan akhirnya mencapai peratusan kemenangan hanya 10 peratus.

Orang-orang di sekelilingnya memanggilnya mulut besar kerana bercakap megah tetapi tidak menunjukkan substansi.

Dia begitu teruk sehingga dia tidak mampu membayar sewa bulanan pejabatnya mahupun membayar pengurus pejabatnya, yang juga bapa mertuanya, tepat pada masanya.

Go Mi Ho (SNSD Yoona) yang merupakan isteri Park Chang Ho dan orang yang menjadikannya seorang peguam.

 Dia anggun dan pendiam semasa zaman kolejnya, tetapi dia kini menjadi sangat berani dan bermulut busuk.

Go Mi Ho rupa paras cantik dan peribadi yang bijak dan berani.

 Dia membantu suaminya menjadi seorang peguam dengan menyokongnya dari segi kewangan dan psikologi.

 Go Mi-Ho mengetahui bahawa Park Chang-Ho disyaki sebagai penipu genius Big Mouse dan cuba membersihkan nama suaminya.

 

PROFIL PENUH DRAMA BIG MOUTH 2022~~

Drama Big Mouse merupakan drama yang diumumkan pada tahun lepas bahawa akan menampilkan gandingan yang special iaitu Lee Jong Suk dan Yoona.

Big Mouse bakal ditayangkan di saluran TvN , tajuk penuh drama ini adalah Big Mouse dan tulisan koreanya adalah빅 마우스.

Drama ini diarahkan oleh pengarah hebat Oh Choong Hwan yang merupakan pengarah bagi drama Start Up lakonan Suzy dan Nam Joo Hyuk yang merupakan drama hit tahun 2020.

Beliau juga mengarahkan drama hit lakonan IU dan Yeo Jing Go iaitu Hotel Del Luna yang ditayangkan pada tahun 2019.

Tidak dengan itu, beliau juga merupakan pengarah drama hit pada 2017 iaitu While You Were Sleeping lakonan Lee Jong Suk dan Suzy.

Drama Doctors pada 2016 serta drama yang viral di luar Korea My Love From The Star lakonan Jun Ji Hyun dan Kim So Hyun juga drama arahan beliau.

Melihat rekod drama arahan beliau , drama Big Mouse ini juga diramal akan menjadi drama hit untuk tahun 2022 ini.

Penulis untuk drama ini 2 orang iaitu penulis Jang Young Chul dan juga Penulis Jung Kyung Soon yang juga penulis hebat.

Tema untuk drama ini adalah thriller , misteri , drama dan juga undang-undang , sangat berlainan dari drama lain.

 

PELAKON-PELAKON YANG BERLAKON DI DALAM DRAMA BIG MOUTH 2022~~

Tunggak utama drama ini adalah Lee Jong Suk yang namanya sudah top di seluruh dunia , beliau bakal membawa watak Park Chang Ho di dalam drama ini.

Siapa tidak kenal dengan kumpulan idola legend Korea Selatan iaitu SNSD atau Girls Generation , salah seorang ahlinya Yoona yang namanya sebagai pelakon semakin terpahat dihati peminat

beliau akan membawa watak utama di dalam drama ini dan wataknya adalah bernama Go Mi Ho yang merupakan isteri pada Park Chang Ho.

Pelakon kacak Kim Joo Hun yang merupakan pelakon yang popular dengan drama Dr Romantic 2 akan membawa watak sebagai Choi Do Ha yang merupakan datuk bandar Gucheon.

Seterusnya , pelakon cantik Ok Ja Yeon yang popular dengan drama Mine di saluran tvN akan membawa watak Hyun Jo Hee yang merupakan isteri datuk bandar Gucheon.

Pelakon yang banyak membintangi drama hit seperti Crash Landing On You , Vincenzo , Hi Bye Mama dan One Ordinary Day Yang Kyung Won akan membawa watak Gong Ji Hoon.

Watak Gong Ji Hoon di dalam drama Big Mouse ini adalah presiden konglomerat media Gukdong Daily dan beliau juga adalah NR Forum punya pengerusi.

Pelakon rising star , Kwak Dong Yeon yang bermula lakonan ketika umurnya masih kecik akan membawa watak Jerry di dalam drama ini.

Jerry di dalam drama ini adalah penipu dengan 3 sabitan terdahulu, Kwak Dong Yeon banyak membintangi drama hit seperti Love In The Moonlight , Gangnam Beauty , Vincenzo dan banyak g.

Pelakon senior yang hebat belakon Oh Eui Shik bakal membawa watak Kim Soon Tae yang merupakan kawan baik Park Chang Ho .

Beliau juga seorang lawyer dan merupakan pembantu pada Park Chang Ho.

 

REVIEW DAN KOMEN PADA DRAMA BIG MOUTH 2022~~

Drama ini antara drama yang mendapat banyak komen positif dari penonton drama jadi jom kita baca komen-komen dari penonton drama .

Komen yang mengatakan percayalah, drama Big Mouse ialah satu drama di mana semua orang bercakap mengenainya sebaik sahaja drama itu dikeluarkan.

Drama yang akan menjadi hit dan akan menjadi buah mulut orang setelah ditayangkan.

Penonton juga mengatakan wow.. terima kasih kepada penulis dan pengarah.. anda menjemput mereka ( lee jong suk dan yonna ) dan saya peminat mereka.

Saya suka jalan cerita dan sinopsis ini.. saya harap saya mempunyai banyak adegan emosi, kerana lee jong suk ingin penuh dengan emosi sedih dalam drama.

mudah-mudahan?? jaa jaa jaa. semoga setiap episod tidak menjemukan plotnya.. Saya pasti akan kekalkan drama ini.

Drama yang seperti menarik , bunyinya menarik, ia mengingatkan saya pada Evil Flower ❤❤❤ Nantikan ini. Saya harap kita akan dapat menontonnya sekurang-kurangnya pada awal Januari.

Gandingan yang paling dinantikan , Saya tidak sabar untuk menonton filem ini! Dua pelakon dan pelakon kegemaran saya berlakon bersama dalam drama wowww.

Lee Jong Suk kembali ke drama baharu selepas perkhidmatan tentera bersama Yoona omg berita yang sukar dipercayai... Saya tidak sabar untuk melihat mereka.

Akhirnya Lee Jong Suk dan YooNa ada projek bersama. Saya sangat teruja dengan drama ini ... Mesti menunggu dan mesti menonton drama ini !

ya . ya . Ya Yoona dan Lee Jong Suk menjadi pelakon Sempurna. Semoga mereka menerima projek ini.

 



KATA-KATA AKHIR DARI UNA

Drama ini pastinya akan menjadi drama hit jika tengok barisan pelakon utama serta pengarah yang mengarahkan drama ini so korang jangan lepaskan peluang taw untuk melihat drama ini.

Selamat menonton taw korang, tarikh tayangan drama Big Mouse ini akan dikemaskini apabila tarikh dikeluarkan.

Sekian.


Post a Comment

Previous Post Next Post