Kenali Park Solomon , Pelakon All Of Us Are Dead. Drama Netflix yang tengah menjadi hit dan viral sekarang iaitu drama All of us are dead menjadi sebutan sejak hari pertama dikeluarkan. Drama yang jalan cerita menarik serta lakonan yang mantap dari semua pelakon yang membintangi drama all of us are dead termasuk yang berlakon menjadi zombie di dalam cerita itu. Hari ini , nak kongsi dekat hampa mengenai pelakon all of us are dead iaitu soloman , jom kita kenali park soloman.

Kenali Park Solomon , Pelakon All Of Us Are Dead




Drama All Of Us Are Dead merupakan drama Netflix yang mendapat perhatian peminat drama Korea dan luar Korea sama seperti Squid Game.

Biarpun baru sahaja ditayangkan drama ini menjadi sebutan sejak hari pertama lagi , drama yang megisahkan tentang sekumpulan pelajar yang bertarung  selamatkan diri dari di attack oleh zombie.

Tidak dibekal apa- apa cara untuk lindungi diri mereka , pelajar-pelajar ini perlu cari sendiri kaedah untuk lindungi diri mereka.

Apabila ada kawan mereka yang terkena, pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh mereka , sangat menyentuh hati orang yang melihat drama ini.

Salah seorang dari pelakon drama hit ini adalah pelakon baru dan mudah Park Sooloman yang memegang watak Lee Suh Hyeok di dalam drama ini.

Jom kita kenali Lee Suh Hyeok , mesti korang nak tahu kan mengenai pelakon kacak comel ini.

 

BIODATA PARK SOLOMAN A.K.A LEE SU HYEOK DRAMA ALL OF US ARE DEAD~~

Nama sebenar beliau adalah Park Soloman , beliau lahir di Uzbekistan pada 11 november 1999 dan merupakan orang Korea.

Tulisan korea untuk nama beliau adalah  박솔로몬   . Beliau juga digelar Bak Sol Lo Mon, Pu Suo Luo Men.

Kalau korang tengok drama all of us are dead mesti korang tengok park Solomon ini macam model kan, tinggi beliau adalah 183cm dan darah type beliau adalah A.

Park Solomon meruapakan artis dibawah naugan syarikat Sidus HQ yang didiami oleh pelakon hebat seperti Kim Woo Bin , 2am Seulong dan ahli kumpulan legenda G.O.D.

Soloman debut pada tahun 2014 , pada ketika itu beliau berumur 15 tahun , mudakan beliau pada ketika itu.

PERJALANAN KARIER PARK SOLOMAN , DARI DEBUT SEHINGGA KINI ~~

Drama pertama Park Soloman adalah Bride of the century pada tahun 2014 , pada ketika itu beliau membawa watak Choi Kang Joo pada masa muda, sebutan drama ini adalah Baeknyeonui Shinboo.

Selepas itu beliau sekali lagi mendapat watak muda pelakon utama drama itu , kali ini watak Ma Do Hyun ketika muda di dalam drama mbc yang bertajuk the legendary witch pada tahun 2014-2015.

Tahun berikutnya 2016, beliau membintangi drama SBS yang bertajuk doctors yang merupakan drama hit lakonan Park Shin Hye dan Kim Rae Woon.

Di dalam Doctors , beliau membawa watak remaja yang bernama Hong Ji Hong , tahun yang sama beliau berlakon drama MBC yang bertajuk Shopaholic Louis.

Tahun 2017 , dengan watak Yoon Shi Wan beliau membintangi drama Lookout yang merupakan drama terbitan MBC.

Tahun yang sama beliau berlakon di dalam drama hit Sweet revenge yang ditayangkan di saluran Oksusu dan beliau membawa watak Ji Hoon.

Tidak hanyak membintangi drama , beliau juga berjinak-jinak dalam dunia perfileman , filem pertama beliau adalah Horror stories III

Filem ini dikeluarkan pada tahun 2016 manakala sebutan drama in adalah Mooseowon Iyagi 3: Hwasungeseo On Sonyeo.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL MILIK PARK SOLOMON ~~

Korang peminat baru mesti tertanya-tanyakan macam mana nak tengok update terkini pelakon kacak Park Solomon ini kan, korang boleh tengok official media sosial beliau.

Korang boleh follow instaram official beliau di sini >>> @lomon991111 , follow cepat2 taw korang kalau korang nak taw macam mana kehidupan harian beliau.

Boleh tengok juga update terkini beliau serta apa majalah yang beliau menjadi muka hadapan sebab beliau merupakan seorang yang kini menjadi sebutan.

Teruskan support karier park Solomon dan kalau ada yang nak share dekat peminat lain mengenai park Solomon jangan malu-malu komen je dibawah ini ok.

Terus maju jaya Park Solomon.

 


Post a Comment

Previous Post Next Post