Biodata Park Min Young , Pelakon Drama What’s Wrong Secretary Kim. Drama yang mencetuskan fenomena pada tahun 2018 apabila drama whats wrong secretary kim menjadi hit seterusnya mengembangkan lagi nama pelakon-pelakon drama itu ke luar dunia. Salah seorang pelakon yang membintangi drama itu adalah Park Min Young yang cantik manis. Hari ini kita nak kongsi dekat hampa biodata park min young.

Biodata Park Min Young , Pelakon Drama What’s Wrong Secretary Kim


Park Min Young merupakan pelakon wanita antara yang cukup popular di Korea, lakonan beliau di dalam setiap drama yang dibintangi pastinya akan mendapat pujian.

Tahun ini 2022, beliau akan kembali dengan drama office bersama Song Kang di dalam drama Forecasting Love And Weather.

Banyak drama yang dibintangi Park Min Young menjadi hit jadi jom kita kenali siapakah park min young ni , drama apa yang membuatkan beliau popular.

Biodata Park Min Young , Pelakon Drama What’s Wrong Secretary Kim~~

Nama sebenar beliau adalah sama dengan nama stage beliau iaitu Park Min Young manakala nama English beliau adalah Rachel Park.

Beliau dilahirkan pada 4 march 1986 di seoul South Korea , tinggi beliau adalah 164 cm manakala beratnya adalah 47kg , kurus kan!.

Park Min Young adalah merupakan bekas pelajar di Dongguk University dalam bidang Teater dan Filem , beliau sangat pandai berbicara bahasa inggeris.

Beliau pernah belajar di US pada ketika dia di sekolah menengah so no wonder lah dia sangat fasih berbahasa inggeris.

Park Min Young debut pada tahun 2005 dibawah King Kong selepa itu syarikat Culture Debut sebelum pindah ke Namoo Actor selama 4 tahun dan kin beliau berada di bawah naugan syarikat Hook  Entertainment.

 

Bagaimana Beliau Terjun Dalam Bidang Lakonan?

Ampa semua mesti tertanya-tanyakan macam mana Park Min Young boleh masuk dalam industri hiburan kan , sabar . .sabar . . jom nak cerita ni.

Park Min Young debut pada tahun 2005 apabila beliau menjadi model untuk SK Telecom selepas itu , beliau terjun dalam bidang lakonan dengan sitcom High Kick.

Untuk pengetahuan korang , sitcom High Kick ini merupakan sitcom yang sangat popular di Korea yang turut dibintangi oleh 2PM Chansung.

Selepas itu beliau mula berlakon drama, drama pertama beliau adalah I Am Sam pada tahun 2007 membawa watak sebagai watak anak gangster.

Tahun 2010 merupakan tahun namanya meningkat naik dan dikenali ramai orang , beliau berlakon di dalam drama Sungkyunkwan Scandal , drama ini menjadi popular di Korea.

Di dalam drama ini beliau membawa watak wataknya, seorang wanita muda yang bijak dan bijak, menyamar sebagai budak lelaki untuk memasuki institusi pembelajaran paling berprestij di Joseon.

Selepas drama itu, beliau kembali dengan drama City Hunter pada tahun 2011 , drama City Hunter ini juga menjadi popular di Korea.

Di dalam City Hunter beliau menjadi watak utama bersama Lee Min Ho yang bekerja sebagai ejen rahsia dan mereka jatuh cinta.

Dengan kedua-dua drama ini telah meletakkan nama Park Min Young di satu tahap yang lebih tinggi dari sebelumnya, ramai memuji Park Min Young atas kejayaan beliau.

Tahun yang sama juga , Park Min Young debut di dalam filem pertama beliau yang bernama The Cat yang tentang seorang wanita yang menjadi ketakutan ,

selepas dia mengambil seekor kucing yang ditemui di lokasi kematian misteri.

 

NAMA BELIAU SEMAKIN DIKENALI DI LUAR KOREA DISEBABKAN INI~~~

Nama Park Min Young sekarang sangat dikenali tidak hanya di Korea tetapi di negara Asia yang lain , beliau mendapat perhatian dari luar negara.

Pada 2018 , beliau muncul dengan drama Whats Wrong With Secretary Kim bersama Park Seo Joon, drama ini menjadi viral di luar Korea malah menjadi drama yang mendapat tontonan yang banyak.

Di dalam drama ini beliau memegang watak Seorang setiausaha berkemahiran tinggi yang telah bekerja dengan Young-joon selama sembilan tahun.

Di dalam drama itu juga , wataknya itu adalah dia tidak lama kemudian membalas perasaan Young-joon selepas menyedari bahawa dia adalah sebahagian daripada zaman kanak-kanaknya.

Selepas drama itu, beliau banyak berlakon menjadi watak utama dan drama beliau sekali lagi menjadi viral di luar Korea.

INFO MENARIK MENGENAI PARK MIN YOUNG~~

Park Min Young merupakan seorang yang sangat suka memasak dan makanan kegemaran beliau adalah kopi dan kek.

Beliau pernah membintangi di dalam music video kumpulan idola legend tidak lain tidak bukan BigBang yang bertajuk Haru Haru.

Mana peminat lelaki Park Min Young ? mesti korang tertanya-tanyakan macam mana ideal type lelaki idaman beliau.

Park Min Young mengatakan beliau suka lelaki yang harus kelihatan tajam dalam penampilan, kekal sederhana dan boleh dipercayai, dan lebih baik jika dia berjenaka! .

ANUGERAH YANG DIMENANGI SEPANJANG KARIER LAKONAN BELIAU ~~

Seperti yang korang tahu Park Min Young kan banyak berlakon di dalam drama yang hit dan popular jadi sangat impossible beliau tidak memenangi apa-apa anugerah.

Sejak mula berlakon lagi beliau sudah memenangi anugerah atas lakonan yang mantap dari beliau.

Beliau memenangi anugerah pelakon baru terbaik di anugerah mbc entertainment pada tahun 2007 melalui sitcom hit High Kick.

Tahun yang sama juga , beliau memenangi anugerah yang sama di anugerah drama KBS melalui drama beliau I Am Sam.

Tidak hanya memenagi anugerah untuk pelakon, beliau turut memenangi anugerah Model pada tahun 2008 di anugerah festival model asia.

Pada tahun berikutnya beliau memenangi anugerah excellent awards melalui drama lakonan beliau di dalam drama hometown of legends : gumiho.

Drama yang cukup popular di saluran KBS Sungkyunkwan Scandal telah memenangi banyak anugerah di KBS drama awards pada tahun 2010.

Park Min Young tidak terkecuali dari pelakon yang memenangi anugerah , beliau memenangi anugerah excellent awards , anugerah pilihan netizen dan couple terbaik bersama Park Yoochun.

Tidak berhenti disitu , pada tahun berikutnya beliau memenangi anugerah yang sama excellent awards kalini dengan drama Glory Hane.

Beliau turut memenagi anugerah di tempat belajar beliau iaitu Dongguk Universiti dengan anugerah merit.

Selepas itu , banyak lagi anugerah yang dimenangi beliau , pencapaian Park Min Young perlu dibanggakan oleh semua orang.

 

UPDATE TERKINI DARI PARK MIN YOUNG

Untuk pengetahuan korang, Park Min Young akan muncul dengan drama baru pada February tahun ini (2022) bersama pelakon kacak Song Kang melalui drama Forecasting Love and Weather.

Untuk info terkini mengenai Park Min Young , korang boleh follow instagram official beliau di >> @rachel_mypark dan juga youtube beliau sendiri di >> JustParkMinyoung

Dekat media sosial milik beliau sendiri korang boleh tengok macam mana aktiviti harian beliau dan apa barang yang beliau menjadi model.

Teruskan support Park Min Young dan terus maju jaya Park Min Young !!!


Post a Comment

Previous Post Next Post