Drama Korea Terbaru Dr Park’s Clinic 2022. Drama terbaru Korea untuk tahun 2022 akan disiarkan tidak lama lagi di saluran TVNIG. Dr Park’s Clinic merupakan drama lakonan Lee Seo Jin dan Ra Miran yang drama ini merupakan bertema komedi. Lakonan kedua-dua pelakon senior ini menjadi punca drama ini ditunggu-tunggu oleh peminat drama Korea, kedua-dua mereka merupakan pelakon yang hebat.


Drama Korea Terbaru Dr Park’s Clinic 2022

Drama berkaitan medical comedy ini memaparkan Lee Seo Jin seperti seorang doctor yang happy go luck , seorang doctor yang sanggup buat apa sahaja untuk selamatkan pesakit.

Pastinya drama ini akan membuatkan diri kita tidak kering gusi , jom baca synopsis drama ini dekat bawah.

 

SINOPSIS PENUH DRAMA DR PARK’S CLINIC 2022~

Cerita ini mengisahkan tentang Dr Park Won-Jang (Lee Seo-Jin) baru sahaja ini membuka klinik perubatan dalamannya sendiri.

Matlamatnya adalah untuk diiktiraf sebagai doktor yang mahir dan membuat banyak wang dalam proses itu.

Dia fikir jika dia membuka klinik sendiri, tidak lama lagi wang itu akan masuk. Realiti berbeza sedikit untuk Park Won-Jang.

Dia berusaha keras untuk mendapatkan kenaikan pangkat dan membawa lebih banyak wang tetapi tidak berjaya.

 Pembantunya, Cha Chung Hwa adalah seorang lagi personaliti kelakar yang menguruskan kerjanya dengan cara yang sangat ketat.

Kliniknya menerima sangat sedikit pesakit dan ia semakin tidak mampu bayar. Dia berjuang untuk menyelamatkan kliniknya.

Lebih memburukkan keadaan, dia juga mengalami keguguran rambut. Sementara itu, Park Won-Jang berkahwin dengan Sa Mo-Rim (Ra Mi-Ran).

Isterinya lebih mempercayai nasihat program TV perubatan berbanding suaminya.

Dalam realiti yang pahit, Park Won Jang tidak pernah hilang senyuman terima kasih kepada isterinya Samorim (Ra Mi Ran).

Kemunculan pasangan itu bertukar pandangan yang tidak biasa setiap kali ada masa menimbulkan ketawa.

 Walaupun dia dihina oleh isterinya kerana kerakusannya terhadap gurauan yang melampaui batas, tetapi bagi beliau keluarganya adalah sistem sokongan yang terbaik.

Apakah kisah yang bakal terjadi pada kedua suami isteri ini ? pelbagai kisah kelakar terjadi pada mereka berdua.

 

PROFIL DRAMA DR PARK’S CLINIC 2022 ~

Drama ini bertajuk Dr Park’s Clinic dan tajuk lainnya adalah Internist Park Won-Jang manakala tulisan Korea 내과 박원 (Naegwa Parkwonjang)

Dr Park’s Clinic ini merupakan drama arahan Seo Joon Beom manakala penulisnya adalah Jang Bong Soo dan juga pengarah drama ini tulis menulis drama ini.

Tarikh siaran drama ini ditetapkan pada 14 January 2022 dan ditayangkan selama 1 jam sehari serta mempunyai keseluruhan 10 episod.

Drama ini adalah berdasarkan dari webcomic "Naegwa Parkwonjang" oleh Jang Bong-Soo (diterbitkan dari 4 Februari 2020 melalui Kakao).

Komik web ini berdasarkan pengalaman penulis Jang Bong-Soo sendiri bekerja sebagai doktor selama 18 tahun.

BARISAN PELAKON DRAMA DR PARK’S CLINIC 2022~

Drama Dr Park’s Clinic ini merupakan drama yang dibintangi oleh Lee Seo Jin yang membawa watak Park Won Jang manakala

Ra Mi Ran yang merupakan pelakon wanita terbaik Blue Dragon Awards membawa watak Sa Mo Rim yang merupakan isteri Dr Park.

Watak pembantu Dr Park yang bernama Cha Mi Young , watak ini dibawa oleh pelakon cantik Cha Cung Hwa yang realitinya sangat kelakar.

Selain itu, watak lain adalah Sunwoo Soo Ji yang dibawa oleh Shin Eun Jung yang merupakan pelakon yang banyak berlakon drama hit Lawless Lawyer , While You Were Sleeping dan banyak lagi.

Pelakon senior yang sememangnya kelakar Kim Kwang Gyu turut membintangi drama komedi ini sebagai watak Ji Min Ji manakala pelakon Jung Hyung Suk membawa watak Choi Hyung Seok.

Watak pelakon kanak-kanak dan remaja di dalam drama ini dibawa oleh pelakon cilik Kim Kang Hoon sebagai watak Park Dong Goo manakala Seo Bum Jun membawa watak Cha Ji Hoon.

Pelakon popular turut membuat cameo di dalam drama ini iaitu Park Sung Woong.

 

KOMEN-KOMEN DARI NETIZEN MENGENAI DRAMA DR PARK’S CLINIC 2022 ~

Ramai tidak sabar untuk melihat drama ini yang bakal ditayangkan tidak lama lagi , mereka banyak memberi respon mengenai drama ini setelah melihat teaser drama ini.

Antara komen dari mereka adalah Ini akan menjadi drama yang menyeronokkan Saya pasti Ra Mi Ran dan Mr.Grumpy sebagai pasangan suami isteri ♡♡ ditambah sokongan yang hebat.

Sungguh menyegarkan melihat pelakon yang lebih tua digandingkan bersama-sama, biasanya ia adalah jurang umur dua kali yang menyeramkan dengan seorang lelaki tua dan wanita muda.

Kenapa bukan TVN biasa tetapi TVING iaitu VOD.

Hanya mempunyai beberapa episode ramai mengatakan whoah! Ra Miran dan Lee Seo Jin tidak pernah mengecewakan! plotnya kelihatan menjanjikan. adakah ia romcom?

keke harap tak banyak episod... bukan jenis makjang. 16-20 eps adalah baik

INFO MENGENAI PELAKON UTAMA DRAMA DR PARK’S CLINIC

Lee Seo Jin meruapakan pelakon yang sangat popular di Korea Selatan , beliau banyak membintangi drama dan filem di sana.

Beliau tidak hanya dikenali sebagai pelakon namun juga dikenali sebagai entertainer yang banyak menjadi hos untuk rancangan –rancangan di Korea.

Rancangan reality show yang beliau acarakan dan popular adalah Three Meals A Day dan Granpa Over Flowers.

Antara drama hit yang dilakonkan oleh beliau adalah Damo pada 2003 , Phoenix 2004 , Lovers 2006 , pada 2007 Yi San dan Marriagae Contract pada tahun 2016.

Beliau debut sebagai pelakon bermula pada tahun 1999 di dalam drama siri House Aboove The Waves .

Selepas banyak menjadi watak pembantu , beliau mendapat tawaran watak utama di dalam drama Damo dan terus dikenali dengan drama itu.

Pelakon wanita utama di dalam drama ini adalah Ra Mi Ran yang cukup dikenali sebagai pelakon yang hebat dan sangat mahir membuat kelakar.

Beliau mula dikenali di dalam rancangan Real Men yang mana mereka (semua perempuan) dimasukkan dalam latihan ketenteraan.

Selepas rancangan itu , beliau terlibat dengan rancangan Sister Slam Dunk sebagai cast yang tetap , di sana beliau mencuba pelbagai jenis kerja dan semakin dikenali dengan watak yang kelakar.

Beliau semakin dikenali sebagai pelakon apabila menerima penganugerahan di KBS drama awards dalam drama The Gengtlemen Of Wolgyesu Tailor Shop .

Selepas itu beliau banyak menerima anugerah di pelbagai kategori termasuk untuk rancangan variety show.

Drama terakhir beliau sebelum drama Dr Park’s Clinic adalah drama Black Dog : Being A Teacher yang keluar pada tahun 2019.

Drama ini merupakan drama comeback beliau setelah 2 tahun tidak mengeluarkan apa-apa drama .

 

KATA AKHIR

Korang yang mana nak tengok drama Korea yang tanpa stress – stress boleh layan drama ini sebab drama ini sangat kelakar.

Jangan lupa tengok taw !!!

Post a Comment

Previous Post Next Post