Drama Lakonan 2PM Junho Just Between Lovers. Hari ini kita akan kongsikan drama lakonan 2PM Junho yang semakin hari nama beliau sedang menjadi sebut-sebut. Drama yang akan dikupas hari ini adalah drama Just Between Lovers. 2PM Junho merupakan seorang yang multi talented kerana seorang yang dikenali sebagai penyanyi dan juga pelakon.
    Beliau terkenal dengan kumpulan idola 2PM dan sekarang nama beliau juga
      dikenali sebagai pelakon Lee Junho , beliau mendapat pujian dalam
      kedua-dua bidang yang diceburi beliau.
    Hampir semua drama beliau menjadi hit termasuklah drama terbaru yang baru
      sahaja tamat tayangan iaitu The Red Sleeve yang mana drama ini banyak
      memecah rekod MBC.
    Drama yang akan kita kongsi adalah drama beliau bersama pelakon meningkat
      naik Won Jin Ah iaitu Drama Just Between Lovers.
SINOPSIS PENUH DRAMA JUST BETWEEN LOVERS 2017~
    Mengisahkan tentang Lee Gang-Doo (Lee JunHo) bermimpi untuk menjadi
      pemain bola sepak, tetapi kemalangan menamatkan impian itu. 
    Bapanya meninggal dunia dalam kemalangan itu dan dia patah kaki. Lee
      Gang-Doo menghabiskan 3 tahun dalam pemulihan. 
    Sekarang, dia tidak mempunyai apa-apa dan hanya membuang hari-harinya.
      Lee Gang-Doo kemudian bertemu Ha Moon-Soo (Won Jin-A).
    Ha Moon-Soo membuat model seni bina. Ha Moon-Soo juga mengalami
      kemalangan yang sama yang mengorbankan adiknya. 
    Dia telah menderita kerana rasa bersalah bahawa dia terselamat dan dia
      telah menjalani hidupnya dengan bersungguh-sungguh, sambil menekan
      perasaannya.
    Selepas bertemu dengan Lee Gang-Doo, Ha Moon-Soo mula meluahkan perasaan
      terpendamnya.
    Pelbagai kisah yang terjadi sepanjang perkenalan mereka , Lee Gang Doo
      masih lagi terluka dengan kemalangan yang terjadi.
    Ha Moon Soo baru cuba untuk bangkit namun sesuatu membuatkan dia kembali
      jatuh dan sesuatu dari Lee Gang Doo membuatkan hubungan mereka
      rengang.
    Hadirnya Seo Joo Woon dalam perhubungan Lee Gang Do dan Ha Moon Soo ,
      adakah mengugat hubungan mereka?
    Jung Yoo Jin adakah jahat seperti abang tiri beliau? adakah dia dapat apa
      yang dia mahukan?
PROFIL PENUH DRAMA JUST BETWEEN LOVERS 2017 ~
    Drama Just Between Lovers ditayangkan di saluran JTBC pada hujung tahun
      2017 dan disiarkan pada setiap hari Isnin  dan selasa.
    Pelakon wanita utama di dalam drama ini dijalankan ujibakat terlebih
      dahulu sebelum diterima menjadi pelakon utama.
    Won Jin Ah yang melakukan ujibakat ini mengalahkan lebih 120 orang
      peserta dan ramai memuji kehebatan beliau. 
  Tajuk drama ini mempunyai dua iaitu Just Between Lovers dan Rain or Shine ,
    manakala sebutan bahasa Korea adalah Geunyang Saranghaneun Sai (그냥 사랑하는 사이)
  Pengarah yang mengarahkan drama hit ini adalah pengarah tersohor Kim Jin
    Won yang banyak mengarahkan drama hit.
  Antara drama hit beliau adlaah The Package , Wonderful Days, Innocent Man ,
    My Country : The New Age dan banyak lagi.
  Bagi penulis drama ini ditulis oleh penuls Yoo Bo Ra yang mana pernah
    penulis untuk drama Secret Love dan Reflection of You.
  
  
  
PELAKON DRAMA JUST BETWEEN LOVERS 2017 ~
  Drama ini dibintangi oleh ramai pelakon yang tampan dan cantik selain dari
    watak utama iaitu Lee JunHo dan Won Jin Ah.
  Pelakon  lelaki tinggi lampai Lee Ki Woo turut membintangi drama ini
    dengan wataknya  adalah Seo Joo Woon manakala actress yang cukup
    popular dengan variety show Kang Han Na turut berlakon
  di dalam drama ini dengan membawa watak Jung Yoo Jin yang mempunyai
    hubungan masa lampau dengan Seo Joo Woon.
  Watak adik kepada Lee Gang Doo di dalam drama ini dibawa oleh Kim Hye Jun
    yang wataknya adalah Lee Jae Young.
  Pelakon hebat dan senior Yoon Se Ah turut membintangi drama ini sebagai Ma
    Ri yang banyak membantu Lee Gang Do.
  Watak yang sangat dekat dengan Lee Gang Doo di dalam drama ini adalah Sang
    Man yang dibawa wataknya oleh Kim Gang Hyun , banyak scene menarik dari
    beliau.
  Pelakon veteran Na Moon Hee berlakon di dalam drama ini sebagai nenek
    angkat pada Lee Gang Doo dan Lee Jae Young. 
  Pelakon junior didalam drama ini dilakonkan oleh Han Seo Jin yang mana
    wataknya adalah Ha Yeon Soo dan pelakon cantik Park Gyu Yung turut membantu
    di dalam drama ini sebagai SoMi.
  Watak kawan baik pada Ha Moon Soo dibawa oleh Park Hee Von yang membawa
    watak kawan yang tidak boleh berjalan dan hanya menggunakan wheelchair Kim
    Wan Jin.
  Watak antagonis di dalam drama ini dibawa oleh Tae In Hoo yang membawa
    watak Jung Yoo Taek abang kepada Jung Yoo Jin.
  Watak bapa kepada Ha Moon So yang turut memedam perasaan dibawah oleh
    pelakon senior dan hebat Ahn Nae Sang sebagai Ha Dong Chul.
  Pelakon tampan Kim Min Kyu turut berlakon di dalam drama ini sebagai Jin
    Young yang mempunyai hubungan dengan kawan Ha Moon So. 
KOMEN – KOMEN MENGENAI DRAMA JUST BETWEEN LOVERS 2017
  Drama ini mendapat rating yang sangat baik dan menunjukkan ramai melihat
    drama ini jadi jom kita baca komen dari penonton drama ini.
  Just Between Lovers akan kekal selamanya sebagai siri Kdrama no 1 saya.
    Sebelum ini, saya fikir Beauty Inside, Encounter atau Drinking Solo akan
    menjadi drama teratas saya kerana 
  saya menonton ini semasa drama Boyfriend sedang berlangsung (dan saya
    menyesal kerana saya terlambat), tetapi drama ini sangat menyentuh dan
    mengharukan dan memberi saya begitu banyak. 
  banyak perasaan. Aliran perkembangan cerita adalah sempurna dan hampir
    dengan realiti. Dan plotnya juga sangat unik dalam setiap cara dan jadi, ia
    benar-benar berbeza 
  daripada semua drama lain (malah cinta segi tiga).
  Saya menonton Just Between lovers dan saya menyukainya tetapi kemudian saya
    menonton Secret love dan tidak percaya bahawa ia ditulis oleh penulis skrip
    yang sama. Saya rasa penulis skrip 
  semakin matang dengan masa kerana cinta rahsia bukanlah IT.
   Pada pendapat saya, ideologi yang dipaparkan adalah tidak realistik
    dan psikotik sempadan dan walaupun lakonan itu hebat, jalan ceritanya agak
    mengecewakan.
   Jadi saya memuji kematangan penulis dalam Just between lovers, memang
    berbaloi untuk ditonton.
  Saya menikmatinya pada sebahagian besarnya cuma bukan penggemar adegan
    dramatik yang merdu atas, mendapati diri saya banyak memajukan pantas dan
    menghela nafas panjang kerana
   tertanya-tanya bila adegan yang terlalu panjang itu sampai ke inti
    atau adegan seterusnya
  Saya mengambil masa sebulan untuk menonton tetapi binged menonton 10 epsiod
    dan sekali lagi menikmati hanya gembira untuk ke hadapan pantas.
KATA AKHIR
  Drama ini yang ditayangkan pada 2017 di mana ia merupakan drama pertama
    Junho setelah drama hit Chief Kim.
  2PM Junho merupakan pelakon yang sangat bagus so korang teruskan support
    beliau ok.
  
Post a Comment