Drama Rooftop Prince Lakonan Park Yoo Chun Dan Han Ji Min. Hi ampa semua, hari ini kita nak kongsi dekat ampa drama korea yang popular zaman dulu-dulu. Nak kata zaman dulu sangat tidak pon masih dalam zaman 2010 ke atas. Drama Rooftop Prince merupakan drama yang cukup popular di Korea dan juga luar Korea. Drama ini adalah drama lakonan Park Yoo Chun dan Han Ji Min , jom kita baca macam mana cerita drama rooftop prince ini.

Drama Rooftop Prince Lakonan Park Yoo Chun Dan Han Ji Min


Rooftop Prince adalah drama yang ditayangkan pada tahun 2012 di saluran SBS dan pada ketika itu drama ini berjaya memecahkan banyak rekod.

Gandingan antara Park Yoochun dan Han Ji Min pada ketika itu adalah gandingan pertama kali namun berjaya mendapat pujian dari peminat dan juga netizen.

SINOPSIS DRAMA ROOFTOP PRINCE ~~

Drama yang memaparkan dua zaman namun kedua-duanya saling berkait antara satu sama lain , drama ini berkisah bermula selepas kematian isteri Putera Mahkota ,

Isterinya adalah bernama Lee Kak (Park Yoochun), Putera Mahkota tiba-tiba muncul pada 300 tahun ke masa hadapan dan tiba di Seoul abad ke-21, Korea Selatan dengan pengikutnya 3 orang.

Pada masa di Seoul, Putera Mahkota bertemu Joo Se-Na, yang mempunyai persamaan luar biasa dengan isterinya yang telah meninggal dunia.

Orang pertama yang beliau jumpa pada zaman kini adalah Park Ha (Han Ji Min) , jumpa dalam keadaan kelima-lima tidak bersedia, penuh dengan kejutan.

Bermula era dimana mereka perlu hidup bersama dalam masa yang lama perlu mencari kunci bagaimana mereka berada di tahun yang akan datang sedangkan mereka dari zaman terdahulu.

Song Man Bo (Lee Tae Ri) , Do Chi San (Choi Woo Shik) dan Woo Yong Sool (Jung Suk Won) akan bersama dengan putera mahkota semasa mereka berada dunia kini.

Pelbagai kisah lucu yang ditampilkan oleh mereka bertiga kerana berasa janggal di dunia sekarang namun mereka perlu menyesuaikan diri dengan segera.

Lee Kak jatuh cinta dengan Hong Se Na yang mirip isterinya di zaman dahulu , Hong Se Na merupakan kakak pada park Ha.

Yong Tae Moo merupakan kekasih Hong Se Na namun sangat berdendam dengan sepupunya yang bernama Yong TaeYong.

Yong Tae Yong sangat mirip dengan Lee Kak namun ada rahsia disebalik hubungan Tae Yong dan Tae Moo yang hanya mereka berdua sahaja tahu.

Bagaimanakah hubungan Lee Kak dan Park Ha , mereka juga terlindung dari satu rahsia pada zaman dulu , adakah mereka akan tahu, dan apakah rahsia itu , korang kena tengok.

 

PROFIL DRAMA ROOFTOP PRINCE ~~

Drama Rooftop Prince merupakan drama yang dipanggil Oktab Bang Wangseja di dalam bahasa Korea 옥탑방 왕세.

Ditayangkan di saluran SBS pada 21 march sehingga 24 may ahun 2012 dan diayangkan pada setiao hari rabu dan khamis.

Rooftop Prince mempunyai episode 20 keseluruhannya , dan sangat rare selalunya drama hanya mempunyai 16 episod tetapi tidak drama ini.

Drama ini diarahkan oleh dua pengarah hebat iaitu pengarah Shin Yoon Sub dan pengarah Ahn Gil Ho.

Manakala penulis drama ini adalah Lee Hee Myung yang banyak menulis untuk drama-drama hit seperti Popcorn, Guardian Angel , My Fair Lady dan banyak lagi.

BARISAN PELAKON ROOFTOP PRINCE DRAMA 2012 ~~

Pelakon utama di dalam drama ini adalah Han Ji Min yang membawa watak Park Ha di zaman sekarang dan Boo Yong pada zaman dahulu , kedua-dua watak beliau sangat menjadi lakonannya.

Seterusnya adalah pelakon yang membawa watak Lee Kak pada zaman dahulu dan Yong Tae Yong pada zaman kini, watak mereka sangat sama di dua2 dunia.

Watak yang korang akan annoying di dalam drama ini adalah Yong Tae Moo yang dibawa oleh pelakon Lee Tae Sung , dan wataknya pada zaman dulu adalah Putera Moo Chang.

Hong Se Na nama watak satu lagi yang korang akan annoying dilakonkan oleh Jung Yoo Mi , wataknya yang satu lagi adalah Hwa Yong.

Watak 3 sekawan yang bakal membantu Lee Kak di dalam drama ini serius sangat kelakar plus herlokk bakhangg hahaha.

Jom kita kena satu persatu , watak pembantu bernama Song Man Bo adalah dilakonkan oleh pelakon Lee Tae Ri.

Pembantu kedua yang bernama Do Chi San , yang ini kalau sekarang korang tengok balik mestii kenal dia sapa dia adalah Choi Woo Shik , waktu drama ini dia masih muda.

Seterusnya watak Woo Yong Sool pun kalau sekarang korang tengok mesti korang kenal kan, dia dah jadi suami kepada penyanyi popular Korea Baek Ji Young yang bernama Jung Suk Won.

Di dalam drama ini ada beberapa watak lagi , watak ibu ayah Tae Yeong dan Tae Moo , kawan Park Ha  dan banyak lagi.

KOMEN-KOMEN NETIZEN BUAT DRAMA ROOFTOP PRINCE ~

Drama Rooftop Prince ini ditayangkan pada 2012 so korang yang tak tengok lagi drama ini boleh tengok review dan komen dari orang yang dah layan.

Antara komen-komen mereka adalah ada yang sudah layan drama ini dua kali dan mengatakan Kali kedua saya menonton drama hebat ini.

Pelakon Luar Biasa. Tiga orang pemuda bersama Raja patut mendapat Tepukan gemuruh, mereka sangat comel dalam sikap tidak bersalah dan taat setia kepada Raja.

Pelakon utama dan Pelakon sokongan sangat hebat. Mereka semua memainkan Peranan mereka dengan hebat.

Saya minta maaf kerana Park Yoochun memendekkan Kerjaya Lakonannya. Namun begitu, saya mengagumi Lakonan beliau dalam drama ini.

Semoga berjumpa lagi dalam Drama tempohari. Dua Pelakon utama patut disebut dalam peranan mereka yang hebat. dimainkan dengan baik. Tahniah Tahniah kepada Keseluruhan Pelakon. Bagus !

Komen lain adalah drama ini Cemerlang serta pelakon dan Pelakon semuanya cemerlang dalam peranan masing-masing. Park Yoo-Chun sangat disayangi.

Keseluruhan Pelakon adalah hebat. Bawa kembali Park Yoo-Chun dalam Drama Korea. Suka gabungan yang Lama dan yang baharu. Terima kasih kepada semua Pelakon keseluruhan.

Pengarah Penerbit dan seluruh Pelakon. Bagus. Terima kasih untuk Drama yang mengagumkan.

Drama yang terbaik pernah dilihat , mereka mengatakan serius ini antara kdrama terbaik yang pernah saya tonton! Telah selesai menonton drama ini semalam untuk beberapa kali.

 Saya sudah menontonnya ketika pertama kali disiarkan di tv tetapi sekarang saya menontonnya semula dan drama ini tidak pernah bosan.

 Saya sangat suka ini! Semua barisan pelakon, lakonan dan jalan cerita mereka sangat hebat!

 

AKHIR KATA ,

Review dan komen mengenai drama ini kebanyakkannya positif so korang yang teragak-agak nak tengok tu jangan risau sebab drama ini memang terbaik.

Korang yang tengah cari nak tengok dekat mana yang ada subtitle boleh tengok dekat sini >> Rooftop Prince SUB

Selamat menonton ye korang semua !!

Post a Comment

Previous Post Next Post