Biodata Elica Paujin Big Stage 4. Hari ahad lepas telah berlangsungnya siaran langung minggu kedua Big Stage 4. Pada malam itu dapat kita saksikan persembahan peserta-peserta menunjukkan peningkatan dari minggu pertama. Salah seorang yang menunjukan persembahan terbaik pada malam itu adalah Elica Paujin , siapakah beliau ? jom baca biodata elica paujin peserta big stage 4.

 

Biodata Elica Paujin Big Stage 4

Pada malam minggu kedua itu, persembahan Elician Paujin berjaya mendapat pujian dari juri dan penonton sehingga membolehkan beliau berada di kedudukan teratas pada minggu kedua.

Membuat persembahan dengan lagu dari kumpulan Dolla yang bertajuk Impikan membolehkan Elica Paujin mendapat markah 84.60% secara keseluruhan , jom kita kenali elica paujin .

 

BIODATA ELICA PAUJIN BIG STAGE 4~~

Nama sebenar gadis cantik ini adalah Angelica Paujin , lahir pada 20 november 1999 menggunakan nama stage Elica Paujin.

Elica Paujin yang lahir di Kampung Tibabar, Tambunan , Sabah , beliau masuk di dalam industri hiburan Malaysia pada tahun 2017.

Beliau juga merupakan anak pertama dari empat orang adik beradik, Elica merupakan pelajar jurusan muzik di Sabah Insititusi Of Art.

 

MERUPAKAN PESERTA MENTOR MILENIA 2017 DAN BERJAYA ?

Pada tahun 2017, Elica telah memasuki ujibakat pertandingan yang dianjurkan TV3 iaitu Mentor Milenia 2017.

Beliau berjaya terpilih menjadi protégé pada penyanyi popular Akim Ahmad dan di dalam rancangan mentor milenia ini beliau berjaya lolos ke final.

Pencapaian Elica Paujin tidak hanya disitu apabila beliau berjaya menjadi Juara Mentor Milenia 2017 , menewaskan nama-nama hebat seperti Usop, Along dan Syeera.

Pada final mentor milenia itu, beliau membuat persembahan bersama Hael Husaini dengan tajuk lagu Ceritera Cinta dan lagu kedua beliau adalah Samar Bayangan dari Nicky Astria.

 

MEDIA SOSIAL OFFICIAL ELICA PAUJIN ~~

Mana yang baru minat Elica Paujin , boleh follow media sosial official beliau di sini >>@elicapaujin_ , dekat sini korang boleh tengok update terkini dari Elica Paujin.

Korang boleh juga tengok apa produk yang diiklankan oleh Elica Paujin, mana taw korang pon nak beli.

Elica Paujin juga mempunyai fanclub sendiri yang mana instagram fanclub beliau adalah >> #eliciapaujinfans_ .

Dekat ig fanclub ini korang boleh tengok cara untuk undi Elica Paujin di Big Stage 4 , jangan lupa follow taw.

INFO MENARIK MENGENAI ELICA PAUJIN ~~

Info mengenai Elica Paujin yang kena tahu adalah pada ketika kecil beliau pernah memasuki Idola Kecil pada musim 3.

Elica Paujin tidak hanya menjuari Mentor Milenia 2017 namun beliau juga meruapakan juara Stariser :Mencari Bintang Nusantara 2020.

Beliau juga terlibat dengan Kem Muzik Kebangsaan dengan peserta big stage musim 2022 ini iaitu Ajoi Zainal.

Elicia Paujin memiliki 141k pengikut di instagram , beliau terkenal dengan merakam lagu popular seperti Percaya Aku , Bila Nanti dan banyak lagi.

 

LAGU PERTAMA BELIAU SENDIRI DAN BERIKUTNYA`~~

Lagu pertama beliau sebagai anak seni adalah bertajuk “Bila Nanti” yang dikeluarkan pada Jun 2017 selepas itu tahun 2018 beliau kembali dengan lagu “Kau Lah!”.

Elicia Paujin kemudiannya menandatangani kontrak bersama Rhythm & Rhyme Entertainment yang merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh penyanyi Stacy dan Akim.

Tahun 2019 dibawah syarikat ini beliau telah release dua lagu yang pertama adalah”Araatan” yang lagu di dalam bahasa dusun.

Kemudiannya beliau kembali dengan Single “Hilang” pada tahun yang sama, tahun 2020 beliau sekali lagi muncul dengan lagu berbasa dusun yang bertajuk momuhobo yang bermaksud bernafas.

Tahun 2020 juga beliau mengeluarkan single tebitan MPH Sdn Bhd dan Benn Studio yang bertajuk Percaya Aku.

 

BERSAING DI DALAM BIG STAGE 4~~

Tahun 2022 , beliau terpilih untuk menjadi salah seorang peserta yang bersaing di dalam rancangan nyanyian yang popular di Malaysia iaitu Big Stage.

Big Stage merupakan rancangan nyanyian yang menampilkan BBNU (budak budak baru nak up) atau erti kata lain penyanyi muda yang bersaing untuk mengekar Juara Big Stage.

Di dalam Big Stage 4 ini , Elica Paujin bersaing bersama 11 lagi peserta dan berjaya lolos ke minggu ke 3.

Teruskan support Elica Paujin , bakatnya boleh berkembang lagi dan jangan lupa follow media sosial official beliau.

Fighthing Elica Paujin !

 

 

 

Post a Comment

Previous Post Next Post