Big Stage 4 Rancangan Terbitan Astro. Hi ampa ! minggu ini dengan minggu lepas kan viral mengenai rancangan Astro yang ditayangkan setiap hari Ahad malam. Untuk rancangan nyanyian selain gegar vaganza , rancangan big stage juga popular di kalangan rakyat Malaysia. Jadi hari ini , Una nak share dengan ampa mengenai Big Stage 4 yang merupakan salah satu rancangan terbitan Astro.

Big Stage 4 Rancangan Terbitan Astro


Rancangan Astro kebanyakkannya semua best-best dan mendapat rating yang tinggi seperti Gegar Vaganza , The Masked Singer Malaysia dan banyak lagi.

Big Stage ini adalah rancangan yang mengumpulkan bintang-bintang muda yang baru nak naik berada di atas pentas untuk bertanding.

Bakat-bakat muda ini dipilih berdasarkan jumlah tontonan pada lagu mereka di media sosial seperti youtube dan tiktok.

Untuk info korang, Big Stage sudahpun menginjak ke musim ke 4 pada tahun ini 2022 dan menampilkan 12 orang peserta.

Juara Big Stage Musim 1 Sehingga 3~~

Big Stage bermula pada tahun 2018 , pada ketika itu ia menjadi viral dan berjaya menarik ramai penonton untuk melihat rancangan ini.

Pada musim pertama big stage telah menampilkan ramai bakat muda seperti Andi Bernadee , Syafiq Farhain , Sarah Suhairi , Baby Shima dan banyak lagi.

Musim pertama Big Stage ini dimenangi oleh Sarah Suhairi di tempat pertama manakala Syafiq Farhain menduduki tempat kedua.

Musim kedua Big Stage ini menampilkan sedikit kelainan apabila disertai oleh artis dari negara luar seperti Indonesia, Korea , Brunei dan Thailand.

Untuk musim kedua ini pertama kali juga dimenangi oleh bintang luar negara iaitu Hanbyul dari Korea manakala Neeta mendapat tempat kedua.

Tahun 2020, Big Stage kembali dengan musim ketiga , musim ini formatnya kembali seperti dulu iaitu hanya disertai oleh penyanyi dari Malaysia.

Musim ketiga ini menjadi sedikit suram kerana ketika program masih dijalankan salah seorang peserta meninggal dunia disebabkan kemalangan iaitu Sandra Dianne.

Juara Big Stage musim ketiga dimenangi oleh  Azam Sham dan tempat kedua pula dimenangi oleh Usop.

 

Big Stage Musim 4 (2022)~~

Setelah setahun berehat , Big Stage kembali untuk tahun 2022 dengan menampilkan 12 orang peserta dari Malaysia , Indonesia dan Brunei.

Biarpun berhadapan dengan wabak Covid-19 , Big Stage 4 mengekalkan konsep yang sama cuma dengan mengikut SOP yang ditetapkan.

Dato Seri Nurhaliza juga kembali menjadi juri untuk musim ke 4 setelah berehat pada musim ke 3 , pada ketika itu yang menjadi juri adalah Faizal Tahir , Ajai dan Dayang Nurfaizah.

Musim 4 ini menampilkan seorang peserta dari Brunei dan Indonesia dan selebihnya adalah peserta dari Malaysia.

Kesemua yang masuk pada musim ini sudah mempunyai nama dan dikenali antaranya seperti Aisha Retno , Elica Paujin , Danial Chuer , Tegar , Ajoi Zainal , Megat Rahim dan banyak lagi.

Siapakah yang bakal menjuarai Big Stage musim ini hanya akan diketahui pada malam final Big Stage musim 4.

Big Stage Musim 4 ini juga menjadi viral pada minggu pertama apabila menampilkan seorang peserta yang baru menjadi penyanyi iaitu Iqbal Zulkefli.

Dua minggu berturut-turut beliau menjadi viral dan juga menjadikan nama Big Stage sebagai carian oleh netizen Malaysia.

Peningkatan ketara yang dapat disaksikan pada minggu kedua Big Stage 4 ini apabila ramai peserta yang berjaya membuat persembahan dengan begitu baik.

Antara yang cemerlang pada malam itu adalah Elica Pujin, Aisha Retno , Sofiaa Marieylla dan ramai lagi.

Lagu yang akan dinyanyikan pada minggu ke 3 sangat menarik , korang jangan lupa layan taw .

Antara lagu yang akan dinyanyikan pada minggu ke 3 adalah lagu dari Hazama, Faizal Tahir, Alyah , Hujan , Wali Band , Hafiz Shuib , arwah Siti Sarah dan banyak lagi.

Teruskan support peserta-peserta kegemaran korang, komen yang baik-baik untuk persembahan mereka , mereka juga manusia biasa.

Follow dan like media sosial peserta kegemaran korang taw, Selamat menonton ~~

Post a Comment

Previous Post Next Post