Biodata Kim Bum, Pelakon Ghost Doctor. Drama yang sedang ditayangkan Ghost Doctor yang diterajui oleh pelakon popular ini berjaya membuatkan penonton tidak ketinggalan walaupun satu episode. Keempat-empat watak utama di dalam drama ini sangat popular dan salah seorang darinya adalah Kim Bum yang merupakan pelakon yang membawa watak Go Seung Taek , hari ini kita akan share dekat ampa biodata Kim Bum untuk ampa semua.

Biodata Kim Bum, Pelakon Ghost Doctor

Kalau ampa memang kdrama mania dari dulu , mesti ampa kenal gila dengan Kim Bum tambah-tambah yang layan drama hit Boys Over Flowers mesti kenal dia kan.

Dalam Boys Over Flowers kan banyak watak-watak laki handsome kan , salah seorang dari mereka adalah Kim Bum.

 

BIODATA KIM BUM, PELAKON GHOST DOCTOR ~~~

Nama sebenar Kim Bum adalah Kim Sang Beom , namun apabila di dalam industri hiburan , beliau menggunakan nama Kim Bum sebagai nama stage beliau.

Kim Bum dilahirkan di Mapo , Seoul , Korea pada 7 Julai 1989 dan untuk tahun 2022 beliau berumur 33 tahun.

Beliau merupakan pelajar jurusan filem dan teater dari University Chung Ang Korea , kalau korang nak taw Kim Bum multitalented kerana beliau seorang pelakon, penari,model dan penyanyi.

 

MULANYA KARIER DALAM INDUSTRI HIBURAN~~

Ampa semua mesti tertanya-tanyakan macam mana kim bum boleh terjun dalam bidang hiburan kan , meh sini nak cita.

Kim Bum mula sekali masuk rancangan survival yang bertajuk Survival Star Audition pada tahun 2006, dan dalam ramai2 peserta beliau dapat tempat ke 6 di tambah pada ketika itu dia muda ,

pencapaian ini sangat membanggakan , sebab dia bawah 20 tahun pada ketika itu dia juga tak boleh teruskan dalam rancangan itu.

Keluar ja dari rancangan itu, dia dapat banyak tawaran dari pelbagai syarikat , termasuklah drama sitcom popular High Kick!.

So beliau pon terima tawaran untuk berlakon dalam sitcom itu , sitcom High Kick! ini lah merupakan drama pertama beliau.

Oleh disebabkan drama sitcom High Kick! ini sangat popular ramai artis-artis yang popular sekarang dikenali dari drama itu seperti Park Minyoung dan 2PM Chansung.

 

MACAM MANA KIM BUM SEMAKIN DIKENALI DAN POPULARITI NAIK MENDADAK ~~

Kalau ampa mesti nak taw kan bila Kim Bum ini mendapat popularity yang banyak dan sejak bila orang mula nampak beliau ini kan.

Pada tahun 2008 adalah tahun yang terbaik untuk beliau apabila nama beliau semakin menjadi sebutan dan popularity beliau naik mendadak.

Kim Bum membintangi drama MBC pada tahun itu yang tajuk drama itu East of Eden , dalam drama itu dia dikenali dan digelar scence stealer untuk drama itu.

Melalui drama ini , Kim Bum berjaya meranggul anugerah netizen popularity di anugerah drama korea.

2009 tahun yang membanggakan beliau , apabila berlakon di dalam drama hit Boys Over Flowers, ramai yang membintangi drama itu semakin popular dan Kim Bum dikenali dengan wata So Yi Jung.

Selepas itu beliau dapat banyak tawaran dan drama padam padam yang beliau terima dan melalui drama fantasi melodrama ini berjaya menlonjakkan lagi nama beliau.

PERMULAAN KARIER YANG BAIK DI CHINA~~

Kim Bum tidak hanya popular di Korea namun di China juga apabila beliau menerima tawaran yang banyak dari negara itu.

Tahun 2013, beliau debut di dalam filem China yang bertajuk Young Detective Dee: Rise of the Sea Dragon,  filem ini berjaya mendapat kutipan tertinggi pada tahun itu.

Selepas berjaya dengan filem itu , tawaran drama yang banyak dari Korea dan China, beliau kemudiannya membintangi drama Goddess of Fire dengan pelakon cantik Moon Geun Young.

Tahun berikutnya beliau focus di dalam industri China apabila membintangi 1 drama dan 2 filem dari negara China.

 

HUBUNGAN PERCINTAAN KIM BUM~~

Korang yang peminat mesti nak taw kan dengan sapa artis kesayangan korang bercinta kan, Kim Bum juga macam manusia lain bercinta.

Beliau pernah bercinta dengan co-star drama Goddess of Fire iaitu Moon Geun Young pada tahun 2013 , dan mengumumkan berita putus mereka selepas 7 bulan.

Tahun 2018,Kim Bum sekali lagi mengakui bahawa sedang bercinta dengan pelakon cantik Oh Yeon Seo namun beberapa bulan selepas itu mereka mengumumkan yang mereka putus.

Sehingga kini 2022, masih tiada berita mengenai perhubungan percintaan dari Kim Bum, semoga berbahagia.

 

TERAKHIR , JANGAN LUPA FOLLOW OFFICIAL MEDIA SOSIAL KIM BUM~~

Ampa sebagai peminat jangan lupa follow official media sosial artis kegemaran ampa taw , lepas follow rajin-rajin lah komen positif untuk artis ampa.

Untuk Kim Bum beliau mempunyai tiga official media sosial tidak macam artis-artis yang lain hanya mempunyai satu akaun official.

Korang boleh tekan follow ,like dan komen dekat media sosial Kim Bum iaitu :-

FACEBOOK : Kim Beom (김범)

TWITTER : @ACTORKIMBEOM

INSTAGRAM :  @K.KBEOM

Ini official media sosial beliau , korang boleh tengok update terkini mengenai kerjaya dan kehidupan beliau di media sosial beliau.

Last info mengenai Kim Bum adalah beliau sangat hebat dalam bola sepak sehingga menjadi kapten untuk kumpulan bole sepak beliau.

Beliau merupakan artis dibawah naugan Starship Entertainment dan tamat latihan ketenteraan pada tahun 2020.

Teruskan support karier lakonan Kim Bum Okay!!.

Post a Comment

Previous Post Next Post