Biodata Park Ji Hoo Pelakon Little Woman . Hi ampa semua , hari ini kita teruskan share mengenai drama yang tengah hit sekarang iaitu little woman. Drama yang dibintangi oleh tiga pelakon wanita yang cukup popular di Korea iaitu Kim Go Eun , Nam Ji Hyun dan Park Ji Hoo . Kami akan kongsi dekat ampa mengenai biodata seorang pelakon utama drama itu iaitu park ji hoo yang merupakan salah seorang watak utama di dalam drama ini. Jom baca biodata park ji hoo pelakon little woman.

Biodata Park Ji Hoo All Of Us Are Dead


Park Ji Hoo merupakan pelakon yang sedang meningkat naik dan semakin dikenali sekarang setelah drama all of us are dead menjadi viral.

Gadis molek yang berumur 18 tahun ini merupakan salah seorang pelakon di dalam drama all of us are dead sebagai watak Nam On Jo, jom kita kenali beliau dengan lebih mendalam.

BIODATA PARK JI HOO ALL OF US ARE DEAD ~~

Park Ji Hoo merupakan pelakon wanita yang baru sahaja debut pada tahun 2016 dan sekarang nama beliau semakin dikenali.

Nama sebenar beliau adalah sama dengan nama stage beliau Park Ji Hoo , nama panggilan beliau adalah Jihu.

Park Ji Hoo lahir pada 7 november 2003 dan pada tahun 2021 ini beliau berumur 19 tahun serta berasal dari Daegu, Korea.

Beliau sedang belajar di University Hanyang dalam bidang Teater dan filem , muda lagi sudah belajar di university popular di korea kan.

 

DRAMA PERTAMA YANG DILAKONKAN OLEH PARK JI HOO ~~

Park Ji Hoo debut pada ketika beliau berusia 13 tahun (muda gila kan) , beliau debut sebagai pelakon kanak-kanak di dalam filem Vanishing time : a boy who returned.

Sebelum filem ini , beliau debut pelakon di dalam filem pendek Home without me pada tahun 2016 sebelum banyak menerima tawaran filem.

Tahun 2017 beliau membintangi filem Fabricated city sebagai pelajar perempuan sekolah menengah 1 dan berikutnya adalah tahun 2018 beliau membawa watak ye seul dalam filem the witness.

tahun yang sama beliau turut membintangi filem house of hummingbird sebagai watak kim eun hee.

 

FILEM HOUSE OF HUMMING BIRD MERUPAKAN FILEM TERBAIK LAKONAN PARK JI HOO~~

Setiap pelakon semestinya mahu filem atau lakonan beliau menjadi popular dan diterima ramai dan pastinya juga setiap pelakon popular akan ada satu karya mereka yang membuatkan mereka dikenali

Seperti Park Ji Hoo , filem house of humming bird ini menjadikan beliau semakin dikenali , di dalam filem ini beliau membawa watak utama.

Mengisahkan tentang Eun-Hee (Park Ji-Hu) yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah dan diia tinggal bersama ibu bapanya yang mengusahakan kilang, kakak dan abang.

Ketika setiap ahli keluarga bergelut untuk menangani masalah mereka sendiri, Eun-Hee mengembara.

Seorang wanita dewasa datang kepada Eun-Hee dan perempuan dewasa itu sahaja yang boleh memahami Eun-Hee.

Memahami EunHee tanpa perlu dia berkata apa.

Filem ini berjaya mengumpul 59 anugerah termasuk Grand Prix Juri Antarabangsa Generasi 14plus untuk Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-69

Selain itu , filem ini merupakan pemenang anugerah di Anugerah Ciri Naratif Antarabangsa Terbaik di Festival Filem Tribeca 2019.

Filem juga merupakan filem pertama yang membolehkan Park Ji Hoo merangkul anugerah pelakon baru terbaik di beberapa anugerah dalam dan di luar Korea.

Lakonan Park Ji Hoo di dalam drama ini berjaya mendapat pujian dari ramai orang sehinggakan nama beliau semakin dikenali.

 

DEBUT SEBAGAI PELAKON DRAMA ~~

Seperti korang tahu yang Park Ji Hoo debut sebagai pelakon filem pada 2016, tahun 2018 beliau mulakan karier pelakon drama apabila membinrangi drama Sweet Revenge 2.

Selepas itu, beliau membintangi drama JTBC yang bertajuk beautiful world sebagai watak bernama Jung Da Hee.

Tahun 2022 ini beliau akan kembali dengan drama terbaru bersama pelakon hebat Kim Go eun dan Nam Ji Hyun, drama ini menjadi drama yang ditunggu-tunggu tahun ini.

 

MEMBINTANGI DRAMA HIT ALL OF US ARE DEAD ~~

Permulaan tahun 2022 yang sangat baik untuk Park Ji Hoo apabila drama pertama beliau bersama Netflix berjaya mendapat sambutan yang hangat.

Tidak hanya di Korea malah seluruh dunia menonton drama All Of Us Are Dead ini seterunya membuatkan nama beliau dikenali.

Watak sebagai Nam On Jo di dalam drama ini yang merupakan  seorang pelajar Kelas 2-5, dia adalah jiran Cheong-san dan juga rakan zaman kanak-kanaknya.

Dia mempunyai jumlah pengetahuan yang tinggi berkaitan dengan kemahiran hidup, kerana bapanya bekerja sebagai bomba.

Drama ini berjaya menduduki tangga teratas carta Netflix di banyak negara dan juga mendapat membolosi top 10 jumlah streaming di amerika.

Pencapaian ini sangat unik kerana drama dari Korea mendapat kedudukan tertinggi di Amerika Syarikat.

Nama Park Ji Hoo semakin hari menjadi sebutan peminat drama ini , ramai memuji lakonan beliau di dalam drama ini.

 

MEDIA SOSIAL OFFICIAL SERTA INFO MENGENAI PARK JI HOO~~

Ampa yang nak tahu mengenai latar belakang park ji hoo dengan lebih mendalam boleh lah follow media sosial milik park ji hoo.

Park Ji Hoo memiliki dua media sosial yang official iaitu yang pertama instagram beliau adalah  @o3_hu

Korang boleh follow dan like gambar-gambar beliau , sekarang jumlah pengikutnya semakin tinggi dan korang boleh juga tengok aktiviti harian beliau di sana.

Jika korang follow sekarang korang boleh tengok behind the scene drama all of us are dead, akan ada banyak gambar beliau bersama pelakon-pelakon lain.

Untuk info korang , Park Ji Hoo merupakan artis dibawah naungan syarikat BH Entertainment yang merupakan syarikat yang dinaungi pelakon-pelakon popular.

Antara yang berada dibawah BH Entertainment adalah Han Ji Min , Han Hyo Joo , Kim Go Eun dan Soo Hee Wonder Girls.

Info lain adalah, Park Ji Hoo belajar teknik pertahan diri Jepun iaitu Aikido pada ketika dia masih kecil dan beliau sangat suka travel dan mendengar muzik.

Park Ji Hoo merupakan peminat kumpulan EXO , serta artis solo Woo Won Jae serta Han Ji Min yang merupakan pelakon senior popular.

Park Ji Hoo yang masih muda ini mempunyai ketinggian 160 cm dan beratnya adalah 41 kg serta darahnya adalah O.

KATA AKHIR~~

Korang yang mana nak tahu lebih lanjut boleh tengok website Park Ji Hoo di sini Park Ji Hu , di laman web syarikat BH Entertainment.

Teruskan support karier lakonan Park Ji Hoo yang baru sahaja hendak berkembang , keep on bagi kata semangat untuk beliau kerana sangat berpotensi besar.

Yang mana nak tambah apa-apa mengenai Park Ji Hoo ini boleh komen dekat bawah , terus maju jaya Park Ji Hoo ~~

 

 

Post a Comment

Previous Post Next Post