Profil Lee Yoo Mi , Pelakon All Of Us Are Dead. Drama netlflix terbaru menjadi fenomena di seluruh dunia apabila drama all of us are dead menjadi drama yang berada ni ranking no 1 untuk rancangan tv show worldwide Netflix. Pelakon-pelakon all of us are dead juga sekarang menjadi sebutan seluruh dunia dek popularity drama ini. Hari ini kami nak share mengenai pelakon cantik Lee Yoo Mi.

Profil Lee Yoo Mi , Pelakon All Of Us Are Dead




Untuk info , pelakon lee yoo mi ini juga merupakan salah seorang yang membintangi drama hit Squid Game , cer cari no 240 mesti korang akan taw.

Ramai memuji lee yoo mi kerana bijak memilih drama kerana kedua-dua drama beliau menjadi drama hit di seluruh dunia , jom kita kenali Lee Yoo Mi.

PROFILE LEE YOO MI , PELAKON ALL OF US ARE DEAD & SQUID GAME ~~

Nama sebenar beliau adalah sama dengan nama stage beliau iaitu Lee Yoo Mi , beliau dikenali dengan dua drama hit iaitu Squid Game dan All Of Us Are Dead.

Lee Yo Mi merupakan anak kelahiran Jeonju , South Korea , dilahirkan pada 18 Julai 1994 , berumur 28 tahun pada tahun 2022.

Beliau tinggal di Amerika Syarikat sejak beliau kecil , sangat meminati haiwan , beliau memiliki 3 ekor anak anjing dan menjaganya sendiri.

PERMULAAN KARIER LEE YOO MI DALAM BIDANG LAKONAN~~

Permulaan karier lakonan Lee Yoo Mi adalah pada tahun 2010 , sejak 2010 sehingga sekarang beliau sudah berlakon puluhan drama dan filem di Korea.

Tahun 2010 beliau debut dengan filem The Yellow Sea dan beliau membintangi beberapa drama dan filem dengan watak yang tidak banyak.

Drama debut beliau adalah drama Future Boy saluran EBS dengan watak Seo Yoon Doo dan drama beliau berikutnya adalah 5 tahun selepas drama Future Boy namun hanya sebagai cameo.

Biarpun karier drama beliau tidak semegah pada di awal debut namun untuk tahun 2013 beliau membintangi 3 filem.

Bermula tahun 2016 sehingga sekarang karier lakonan beliau semakin stabil apabila banyak membintangi drama-drama Korea.

NAMA LEE YOO MI SEMAKIN TERPAHAT DI HATI PEMINAT SELURUH DUNIA~~

Jika dulu siapalah yang mengenali seorang yang bernama Lee Yoo Mi namun kini nama beliau setaraf dengan artis-artis international.

Nama beliau juga semakin dikenali dalam industri Korea dan semakin menjadi sebutan netizen Korea tidak seperti dahulu.

Drama hit dunia Squid Game berjaya membuatkan nama beliau dikenali bersama tunggak utama yang lain.

Walaupun tidak mempunyai banyak scene di dalam squid game namun setiap scene di dalam squid game diingati oleh peminat drama itu.

Selepas dikenali dengan drama Squid Game , beliau kembali dengan drama Netflix All of us are dead, sekali lagi drama ini menjadi drama hit Netflix dan mendapat tontonan yang ramai.

All of us are dead berjaya menduduki tempat pertama di banyak negara dengan jumlah tontonan yang banyak.

Dengan hitnya drama All of us are dead ini berjaya membuatkan beliau memiliki sejumlah pengikut / followers yang banyak di instagram beliau.

Sebelum ini sebanyak 40 ribu yang follow beliau namun setelah drama all of us are dead ditayangkan beliau kini memilik 7 juta lebih followers.

Pencapaian ini sungguh rare tapi ia hampir sama dengan pelakon squid game Jung Ho Yeon yang kini meniti popularity apabila instagram beliau sudah mencapai 23 juta lebih selepas squid game viral.

Pelakon yang berusia 27 tahun ini berjaya semakin dikenali setelah watak nayeon di dalam all of us are dead dikatakan sangat menjadi lakonannya.

Popularitinya tidak hanya di Korea namun di seluruh dunia, beliau menjadi sebutan peminat di seluruh dunia.

SELEPAS 10 TAHUN LEBIH, ANUGERAH PERTAMA LEE YOO MI ~~

Biarpun Lee Yoo Mi sudah berlakon hampir 11 tahun namun beliau tidak pernah memenangi mana –mana anugerah namun 2021 beliau berjaya bolos di dalam top 5 di blue dragon awards.

Lee Yoo Mi berjaya merangkul anugerah artis baru terbaik di Buil Film Awards melalui filem Young Adult Matters.

Lakonan beliau di filem Young Adult Matters sekali lagi berjaya membuatkan beliau menerima anugerah artis baru terbaik di anugerah Korean film writers association.

Untuk anugerah kinolights awards beliau berjaya mendapat kedudukan tempat ke 4 untuk kategori pelakon wanita of the year melalui drama hit Squid Game.

 

FOLLOW MEDIA SOSIAL OFFICIAL LEE YOO MI ~~

Korang jangan lupa follow instagram official Lee Yoo Mi di sini >>>@leeyoum262

 

Dekat instagram beliau , korang boleh tengok apa aktiviti harian lee yoo  mi serta boleh juga tengok produk-produk yang beliau wakili.

Teruskan support Lee Yoo Mi , pastinya selepas ini akan bertambah lagi aktiviti seni lakonan dan perfileman.

Semoga terus sukses ! Fighting !


Post a Comment

Previous Post Next Post