Biodata Megat Rahim Big Stage 4. Ahad yang lepas sekali lagi rancangan Big Stage 4 menjadi viral namun kali ini lebih kepada memperingati. Salah seorang peserta yang membuat persembahan pada minggu ke 3 adalah Megat Rahim. Jom kita baca biodata megat rahim dekat bawah , korang boleh mengenali beliau dengan lebih mendalam.

Biodata Megat Rahim Big Stage 4




Nama Megat Rahim semakin hari semakin menjadi sebutan peminat ditambah dengan persembahan yang sangat menarik pada minggu ini jadi jom kita kenal-kenal siapa gerangan Megat Rahim.


BIODATA MEGAT RAHIM BIG STAGE 4~~

Nama sebenar beliau adalah Megat Abdul Rahim bin Megat Abdul Razak , menggunakan nama Megat Rahim sebagai nama stage beliau.

Megat Rahim lahir pada 28 April 2002 berumuer 20 tahun pada tahun 2022, beliau lahir di Sungai Buloh, Selangor.

Beliau juga bekas pelajar Sekolah Menengah Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor dan megat sebenarnya meminati Hael Husaini . Bruno Mars dan Stevie Wonder.

Megat Rahim sangat dikenali dengan lagu yang release pada 2018 yang bertajuk Sinar dan juga lagu duet bersama Chubb-E yang bertajuk Sudahlah.

TAHUN BERGELAR PENYANYI DAN BAGAI MANA?

Selepas keluar lagu pertama yang bertajuk "Sinar" pada tahun 2018, beliau menandatangi kontrak dengan salah satu syarikat Malaysia iaitu Najah Music.

Selepas dua tahun, beliau kembali dengan lagu ciptaan Chubb-E "Sudahlah" dan tahun 2021 beliau mengeluarkan lagu "Kuasa Dua"

Megat Rahim pernah menjalani uji bakat Big Stage musim pertama pada ketika beliau berumur 16 tahun namun tidak layak ke peringkat seterusnya.


MEDIA SOSIAL MEGAT RAHIM ~~

Biarpun masih baru dalam industri namun nama Megat Rahim mula dikenali netizen dan ramai ingin mengetahui mengenai beliau/

Media sosial adalah salah satu medan yang diperlukan untuk peminat mengetahui mengenai artis, untuk mengetahui apakah yang sedang dilakukan mereka.

Korang yang mana baru minat Megat Rahim boleh follow dan like beliau di >>>@megatrahim28 , dekat sini korang boleh tengok update terkini mengenai beliau.

megat rahim masih bersaing di big stage 4 so korang teruskan support beliau dan beri kata semangat untuk beliau dan rakan lain.

Teruskan support Aisha Retno , Elica Paujin , Danial Chuer , Tuah Adzmi , Sofia Mariella , Ajoi Zainal dan banyak lagi.

Jangan lupa layan Big stage minggu  4 ahad ini pada jam 9 malam.



Post a Comment

Previous Post Next Post