Biodata Sofia Marieylla Big Stage 4.  Big Stage 4 sudah menjangkau minggu kedua pada ahad yang lepas di mana peningkatan para peserta sangat membanggakan. Pada minggu 2 ahad yang lepas kita boleh lihat persembahan yang cukup bertenaga dari dua peserta iaitu Elica Paujin dan Sofia Marieylla, persembahan mereka pada malam itu seperti sudah menjadi penyanyi lama. Jadi hari ini kita nak kongsi serba sedikit biodata Sofia Marieylla Big Stage 4.

Biodata Sofia Marieylla Big Stage 4


Sebelum masuk Big Stage nama Sofia Marieylla sudah popular namun tidak sebagai penyanyi namun sebagai yang bernama “Mummy Jerung” di twitter.

Beliau terkenal di Tiktok , ramai tidak menjanggakan beliau boleh menyanyi tetapi setelah masuk ke Big Stage 4 ini bakat beliau mendapat perhatian , jom baca nama sebenar beliau.

 

BIODATA SOFIA MARIEYLLA BIG STAGE 4.

Nama sebenar Sofia Marieylla adalah Wan Siti Maryam Wan Mahyudin , lahir pada 1 Ogos 2000 , beliau juga dikenali sebagai Mummy Jerung.

Beliau dilahirkan di Marang, Terengganu dan merupakan seorang ahli kosmetik dan sangat popular di tiktok.

Sofia Marieylla yang menjadi viral apabila video satu kumpulan wanita yang bernama Skuad Jerung Merah menjadi viral di tiktok , video yang dialek Pantai Timur.

Mula berjinak-jinak dalam nyanyian adalah ketika zaman sekolah , beliau banyak menerima jemputan membuat persembahan di negeri-negeri Pantai Timur .

 

BAGAIMANA MENJADI PENYANYI?

Selepas menjadi viral, beliau diberi tawaran dibawah syarikat Rocketfuel Indie Space Station (ISS) pada tahun 2021.

Syarikat ini adalah anak syarikat kepada syarikat besar iaitu Rocketfuel Entertainment yang dinaungi oleh artis hebat seperti Zizan Razak ,Hae Husaini , Syamel , Ernie Zakri , Ara Johari dan banyak lagi.

Beliau mula berjinak-jinak di dalam industry hiburan setelah menandatangi kontrak bersama Rocketfuel Indie Space Station.

Beliau muncul dengan lagu pertama beliau bersama syarikat ini yang bertajuk Akulah Jerung Merah yang dicipta oleh Hadi Rumnan.

Setelah lagu ini direlease , lagu ini menjadi viral sehingga jumlah tontonan di youtube sangat banyak.

 

MEDIA SOSIAL OFFICIAL MILIK SOFIA MARIEYLLA ~~

Korang jangan lupa follow dan like media social Sofia Marieylla a.k.a mummy jerung di sini >> @sofiaamarieylla.

dekat sini korang boleh tahu update terkini Sofia Marieylla tidak hanya mengenai big stage namun semua.

Teruskan support dan like media social official mummy jerung okay, sentiasa bagi kata semangat untuk beliau sepanjang di Big Stage 4.

Good Luck Sofia Marieylla dan peserta-peserta lain di Big Stage 4.

kalau ada apa-apa nak tambah di sini boleh komen di bawah ye.

 

Post a Comment

Previous Post Next Post