Biodata Yoon Chan Young Pelakon All Of Us Are Dead. Drama all of us are dead yang merupakan drama Netflix yang baru sahaja ditayangkan , pelakon-pelakon drama itu kian mendapat perhatian. Salah seorang pelakon drama all of us are dead adalah chan Young. Jadi hari ini jom kita tengok biodata Yoon Chan Young yang semakin dikenali ini.

Biodata Yoon Chan Young Pelakon All Of Us Are Dead


Oleh kerana drama all of us are dead ini ramai dok cari siapa pelakon dia , jadi kita kongsi la kat ampa mengenai salah seorang pelakon drama itu.

Di dalam drama all of us are dead , beliau memegang watak bernama Lee Cheong San yang sangat pandai bermain dengan emosi , jom kita kenali beliau.

BIODATA YOON CHAN YOUNG , PELAKON DRAMA ALL OF US ARE DEAD~~

Nama Yoon Chan Young semakin dikenali apabila beliau dahulunya digelar pelakon kanak-kanak terbaik di beberapa anugerah.

Nama sebenar beliau adalah sama seperti nama stage beliau iaitu Yoon Chan Young , beliau baru sahaja berumur 20 tahun untuk tahun 2022.

Beliau lahir pada 25 april 2001 di south korea dan beliau merupakan pelakon dari kecil sehingga sekarang beliau sudah banyak membintangi drama dan filem.

Yoon Chan Young debut sebagai pelakon pada tahun 2013 dan pada ketika itu dia berumur 12 tahun, sangat muda untuk seorang pelakon namun beliau berjaya.

Pada ketika dia debut , dia debut dibawa naugan Syarikat Snowball dan sehingga sekarang beiau masih berada di bawah syarikat itu.

 

DRAMA PERTAMA KETIKA BERUMUR 12 TAHUN ~~

Seperti kita tahu Yoon Chan Young yang debut pada ketika muda, drama pertama beliau sebagai pelakon kanak-kanak adalah drama MBC yang bertajuk When A Man falls in love.

Di drama itu, peranan beliau adalah watak Lee Jae Hee ketika kecil dan seterusnya beliau berlakon di dalam drama mnet Monstar dan wataknya ketika itu Jung Sun Woo ketika muda.

Beliau melangkah ke tahun berikutnya dengan 3 drama yang beliau berlakon , beliau membintangi drama EBS yang bertajuk Pluto Squad sebagai Lee Woo Jin , korang boleh tengok bakat berlakonnya.

Selepas itu watak muda Ryu Tae Oh dibawa oleh Yoon Chan Young dengan sangat baik di dalam drama Gap Dong dari saluran tVn.

Sekali lagi beliau berlakon drama MBC , kali ini beliau membintangi drama Mama sebagai watak Han Geu Roo dan tahun berikutnya sekali lagi dengan drama MBC kali ini bertajuk Splendid politics.

Beliau juga pernah membintangi drama hit pada tahun 2015 iaitu Six Flying Dragons yang dibintangi oleh ramai pelakon hebat seperti Shin Se Kyung, Yoo Ah In  dan  Byun Yo Han.

Selepas itu , beliau membintangi drama yang diterajui oleh Jung Ryeo Won dan Lee Dong Wook yang bertajuk Bubble Gum sebagai watak Park Ri Han ketika muda.

SEJAK DEBUT SEHINGGA SEKARANG TIDAK PERNAH BEREHAT ~~

Untuk pengetahuan korang , sejak dari tahun 2013 setiap tahun Yoon Chan Young akan membintangi drama dan filem Cuma tahun 2021 beliau tidak membintangi mana-mana drama.

Beliau juga banyak membintangi drama-drama hit sepanjang tahun beliau menjadi pelakon antarannya adalah Still 17 , Dr Romantic , Nobody Knows dan Do You Like Brahms?.

Filem juga beliau pernah bintangi , filem pertama beliau sebagai watak kanak-kanak adalah pada tahun 2014 iaitu 3 filem beliau bintangi.

Antara filem beliau adalah The Legacy sebagai Han Jung Do , Mourning Grave sebagai Kang In Soo dan manhole sebagai Soo Chul.

Beliau tidak membintangi filem setiap tahun dan hanya membintanginya selang beberapa tahun selepas satu filem.

 

DRAMA ALL OF US ARE DEAD MEMBUATKAN DIRINYA DIKENALI RAMAI~~

Seperti korang tahu yang drama Netflix all of us are dead ini menjadi drama yang berada di kedudukan no 1 di banyak negara.

Dengan hitnya drama ini telah memberi pengiktirafan buat pelakon-pelakon drama ini termasuklah yoon chan young ini , beliau semakin dikenali di Korea dan dunia.

Dahulunya beliau tidak dikenali namun dengan watak Lee Cheong San berjaya membuatkan beliau dikenali dunia.

Antara komen-komen dari penonton drama ini terhadap watak lee cheong san yang dibawanya adalah sangat berani sepanjang berada dalam keadaan sukar , tweet penghargaan lee cheongsan!

dia begitu berani sepanjang persembahan dan melakukan segala yang dia mampu untuk mereka semua untuk terus hidup daripada zombi. kalau bukan kerana cheongsan, mereka yang lain tidak

akan keluar dari sekolah itu hidup-hidup. cheongsan, anda memang hero sebenar!

Lakonan beliau mendapat pujian dari orang ramai , Lee cheongsan ialah watak 10/10 dalam siri 10/10, cheongsan & suhyeok ialah watak kegemaran saya!

wow saya lihat all of us are dead tanpa menyedari dia adalah peneraju lelaki muda dalam usia 17 tahun... dia dan stayc takut berjaya sekarang. itu sangat Hebat.

Peminat tidak sabar untuk melihat drama beliau yang seterusnya , Saya ingin melihat anda lebih banyak dalam drama dan saya akan menantikan drama anda yang akan datang!

Rasa saya sudah jatuh cinta dengan awak aaackkkk , beginilah komen diberikan pada beliau.

Kehebatan lakonan yang mendapat pujian , Dia baru 20 tahun tetapi setiap kali saya melihatnya di skrin saya tidak percaya bagaimana dia bertindak dengan baik!

Yang ini adalah pelakon yang menjanjikan. Saya berharap dapat melihatnya lebih banyak dalam lebih banyak projek! saya menjadi peminat awak!

 

 

BUKTI PENINGKATAN POPULARITI SELEPAS DRAMA ALL OF US ARE DEAD~~

Untuk info korang, selepas tayangan drama All of us are dead ini , beliau berjaya mendapat jumlah pengikut yang banyak di laman sosial , tidak hanya dari peminat namun artis.

Sebenarnya sangat sukar untuk pelakon muda dan masih baru di dalam dunia lakonan korea untuk mencapai jumlah pengikut yang banyak.

Sebelum ini  jumlah pengikut di laman sosial beliau hanya 70k+ namun sekarang jumlahnya meningkat sehingga 2 juta LEBIH.

LEBIH INFO MENGENAI YOON CHAN YOUNG ~~

Korang yang layan drama all of us are dead ini mesti akan minat dekat yoon chan young ini kan , mesti nak taw apa aktiviti beliau dan apa yang beliau menjadi duta kan.

Korang follow dan like media sosial official milik yoon chan young untuk tengok aktiviti harian beliau dari dulu sehingga sekarang.

Sekarang jumlah duta yang mahukan beliau menjadi model semakin bertambah so korang boleh tengok media sosial beliau dan support produk-produk beliau.

Media sosial yang dimiliki beliau adalah instagram, korang boleh follow di sini >> @yooncy1 dekat sini beliau akan banyak update mengenai drama beliau.

Teruskan support karrier lakonan beliau dan selamat maju jaya !!

 


Post a Comment

Previous Post Next Post