Drama Soundtrack #1 Lakonan Park Hyung Sik Dan Han So Hee. Drama yang ditunggu-tunggu akhirnya akan ditayangkan tidak lama lagi iaitu drama lakonan park Hyung sik dan han so hee. Ramai tidak sabar untuk melihat drama ini kerana gandingan watak utama yang sangat menarik. Jom baca macam mana synopsis drama soundtrack #1 ini.

Drama Soundtrack #1 Lakonan Park Hyung Sik Dan Han So Hee


Park Hyung Sik kembali lagi dengan baru drama terbaru selepas drama bersama Han Hyo Joo yang bertajuk Happiness.

Han So Hee pula merupakan pelakon wanita yang sering ditunggu-tunggu untuk melihat lakonan beliau setelah banyak drama beliau mendapat sambutan yang hangat dari peminat.

Drama Soundtrack #1 ini merupakan drama music yang mengisahkan tentang lelaki dan perempuan yang sudah menjadi kawan baik selama 20 tahun tanpa ada perasaan sesama mereka langsung.

Ampa mesti nak taw lagi mendalamkan macam mana jalan cerita drama ini kan, tayang bilakan , sabar-sabar jom baca kat bawah.

SINOPSIS PENUH DRAMA SOUNDTRACK #1 (2022)~~

Drama ini mengisahkan tentang Han Sun-Woo (Park Hyung-Sik) yang merupakan seorang jurugambar baru.

Perwatakannya adalah dia tidak banyak bercakap, tetapi dia seorang lelaki yang baik hati dan mesra.

Dia berkawan dengan Lee Eun-Soo (Han So-Hee) , mereka telah berkawan rapat selama 20 tahun.

Sementara itu, Lee Eun-Soo yang bekerja sebagai penulis lirik untuk menampung kehidupan seharian beliau, dia mempunyai personaliti yang jujur dan cerah.

Oleh kerana sesuatu terjadi , Han Sun Woo dan Lee Eun Soo terpaksa tinggal bersama di dalam satu rumah selama 2 minggu.

Pada mulanya nampak seperti tiada masalah kerana mereka merupakan kawan baik dari 20 tahun dan tiada mempunyai perasaan langsung sesama mereka.

Namun sebaliknya terjadi , sepanjang tinggal bersama , perasaan mereka berubah menjadi sayang dan pelbagai yang terjadi semasa tinggal bersama.

Dua orang telah berkawan selama dua dekad, tetapi hanya dua minggu hidup bersama mengaburkan garis halus antara cinta dan persahabatan.

Mampukah mereka jujur sesama mereka mengenai rasa cinta di hati dan adakah mata orang lain dapat menerima hubungan mereka ? nantikan.

 

PROFILE DRAMA SOUNDTRACK #1 (2022)~~~

Drama Soundtrack #1 ini merupakan drama yang bakal ditayangkan di saluran Disney+  pada bulan march tahun ini.

Bertemakan music dan romance untuk drama Sountrack #1 , tajuk lain bagi drama ini adalah Why Did You Come to My House , Urijibe Wae Watni , Ulijibe Wae Wassni , 우리집에 .

Pengarah yang mengarahkan drama ini merupakan pengarah yang hebat iaitu Kim Hee Won yang merupakan pengarah drama hit korea.

Antara drama arahan beliau adalah Vicenzo lakonan Song Jong Ki dan 2PM Taecyeon , Money Flower lakonan Jang Hyuk dan Park Se Young dan Warm And Cozy lakonan Kang Sora dan Yoo Yeon Seok.

Penulis untuk drama ini adalah merupakan penulis Chae Yoon yang sebelum ini merupakan penulis drama She Would Never Know lakonan Won Jin Ah dan Rowoon SF9.

INFO MENGENAI WATAK UTAMA DRAMA SOUNDTRACK #1 (2022)~~

Sebelum korang layan drama ini korang boleh kenal-kenal dulu dengan watak utama drama Soundtrack #1 ini.

Han So Hee nama yang tidak perlu diperkenalkan , nama beliau setiap kali drama terbaru ditayangkan pastinya akan menjadi sebutan , tidak hanya kerana lakonan mantap , beliau juga

dikenali dengan wajah yang sangat cantik dan manis, beliau merupakan seorang model dan pelakon yang mula berlakon sebagai watak pembantu.

Beliau yang dilahirkan pada 18 november 1994 di Ulsan dan beliau juga merupakan bekas pelajar sekolah menengah perempuan ulsan.

Bermula dengan kemunculan di dalam music video kumpulan idola Shinee pada tahun 2016 selepas itu drama lakonan debut adalah pada tahun 2017 yang bertajuk reunited worlds.

Dikenali dengan drama The World of the marriage , pada tahun 2020 drama ini berjaya mengegarkan industri drama korea apabila menjadi drama yang banyak ditonton.

Tidak hanya di Korea namun seluruh dunia melihat drama ini sehingga menjadi viral dan melalui drama ini lah nama Han So Hee dikenali.

Selepas itu, drama beliau bersama Song Kang yang bertajuk Nevertheless juga berjaya mendapat pujian penonton, ramai memuji kehebatan lakonan beliau.

Biarpun drama nevertheless tidak mendapat rating yang baik namun lakonan han so hee berjaya membuatkan penonton terus bersama beliau.

Selepas itu, beliau muncul dengan Netflix yang bertajuk MyName dan sekali lagi lakonan hebat beliau mendapat pujian ramai.

Ramai tidak sabar untuk melihat keserasian antara beliau dan Park Hyung Sik di dalam drama soundtrack #1.

Park Hyung Sik pula merupakan ahli kumpulan idola Ze:A yang debut pada tahun 2010 dan lahir pada 16 november 1991.

Park hyung sik merupakan seorang pelakon , penyanyi dan juga penari yang terbaik , tidak hsnya dengan itu , beliau turut mendapat pujian atas lokanan beliau.

Antara drama lakonan beliau adalah The Heirs . Hwarang , Strong Girl Bong soo dan suits serta drama terbaru Happiness,,

Pujian yang diberikan pada park hyung sik adalah Sangat kacak!!! Sangat comel dalam What Happens to my Family, jatuh cinta padanya dalam Hwarang, tergila-gila dengannya dalam Strong

Woman Do Bong Soon, mengaguminya dalam Sut dan begitu jatuh cinta dengannya dalam Happiness..

Tabik kepada lakonan yang hebat dan wajah yang sungguh kacak! Inginkan lebih banyak daripada anda, lebih banyak siri sila..

Kedua-dua Han So Hee dan Park Hyung Sik membuatkan penonton drama ini menjadi tidak sabar , Saya mahu mereka kembali bersama dalam drama yang sama, saya suka pasangan ini.

Komen mengenai OST drama ini , Tonton OST "Want to be happy" Park Boram, malah gambar penggoda Hyung Sik dan So Hee memancarkan chemistry yang begitu kuat.

Ia membuatkan saya begitu teruja, saya rasa ia akan menjadi peranan yang menunjukkan sisi Han So Hee yang dia tidak perlu kongsikan setakat ini.

 

 

 

LEBIH INFO MENGENAI DRAMA SOUNDTRACK #1~~

Korang yang mana nak tahu lebih banyak info mengenai drama ini boleh follow media sosial official tunggak utama drama ini iaitu Han So Hee dan Park Hyung Sik.

Dekat media sosial mereka pastinya akan ada gambar disebalik rakaman drama soundtrack #1 ini jadi cepat follow.

Untuk Han So Hee korang boleh follow dan like gambar-gambar beliau di sini >>> @xeesoxee

Manakala untuk Park Hyung Sik pula korang boleh follow di sini >> @phs1116

Teruskan support buat kedua-dua pelakon ini , sebarang update terbaru akan dikemaskini , korang yang mana nak kongsi mengenai drama ini boleh komen dibawah.

Selamat menonton korang !!.

Post a Comment

Previous Post Next Post