Profile Choi Yi Hyun Pelakon All Of Us Are Dead. Drama Netflix all of us are dead ini semakin hari semakin menjadi sebutan ramai orang , maka hari ini kita kongsi mengenai drama itu. Drama yang baru sahaja ditayangkan ini telah menarik ramai orang untuk melihat drama ini tidak kira umur atau bangsa. Salah seorang pelakon drama all of us are dead akan diceritkan biodata choi yi hyun.

 

Profile Choi Yi Hyun Pelakon All Of Us Are Dead

Cho Yi Hyun merupakan pelakon baru yang sedang meningkat naik , nama beliau semakin hari semakin menjadi sebutan netizen korea.

Beliau sering mendapat pujian atas lakonan beliau tidak hanya di dalam drama All Of Us Are Dead namun drama School 2021.

School 2021 merupakan drama yang mengisahkan tentang kehidupan alam sekolah menengah dan pelajar di sana menghadapi pelbagai cabaran apabila dibandingkan dengan sekolah menengah lain.

Perbezaan sekolah vokasional dan sekolah sains dibezakan , masalah dengan keluarga yang dihadapi pelajar-pelajar ini.

Di dalam drama school 2021 Choi Yi Hyun menjadi watak utam bersama dengan pelakon dan idola baru iaitu Kim Yo Han , melalui drama ini nama Choi Yi Hyun semakin dikenali.

Jom kita baca profile Choi Yi Hyun , dengar cerita dia debut masa dia muda ? betul ka jom baca biodata dulu.

BIODATA CHOI YI HYUN , PELAKON ALL OF US ARE DEAD 2022~~

Nama sebenar beliau sama dengan nama stage beliau iaitu Choi Yi Hyun , beliau lahir pada 8 December 1999 di South Korea.

Pada tahun 2022 beliau berumur 23 tahun serta tahun beliau debut adalah pada tahun 2018 pada ketika dia berumur 19 tahun.

Beliau debut di dalam drama MBC pada tahun 2018 yang bertajuk bad papa dan beliau membawa watak sebagai Kim Se Jung.

Choi Yi Hyun merupakan artist di bawah syarikat “Artist Company” yang dimiliki oleh pelakon popular Squid Games iaitu Lee Jung Jae.

Bakat lakonan beliau mulai dinampak oleh netizen korea , kemunculan beliau di dalam drama hospital playlist 1 dan 2 menaikkan nama beliau sedikit demi sedikit.

Anugerah pertama yang beliau perolehi adalah di kbs drama awards 2021 apabila beliau menerima anugerah best couple bersama Kim Yohan.

 

DRAMA-DRAMA LAKONAN CHOI YI HYUN ~~

Biarpun masih muda namun Choi Yi Hyun sudah banyak membintangi drama-drama Korea dan beliau juga membintangi filem.

Bermula dengan drama debut Bad Papa pada 2018 , berikutnya beliau membintangi drama hit MBC tahun 2018-2019 Less Than Evil dan di dalam drama ini beliau membawa watak Bae Yeo Wool.

Tidak berdiam diri , selepas drama less than evil , beliau ke saluran JTBC pula dengan watak bernama Seo Yeon untuk drama my country : the new age.

Tahun berikutnya iaitu 2020 , beliau menerima tawaran untuk membintangi drama hit tvN iaitu Hospital Playlist yang dibintangi oleh pelakon-pelakon senior yang popular.

Tunggak utama hospital playlist adalah Cho Jung Seok , Yoo Yeon Seok , Kim Dae Myung , Jeon  Mi Do dan Jung Kyung Ho.

Tahun yang sama juga beliau berlakon drama saluran KBS2 yang bertajuk how too buy a friend yang mana watak beliau adalah Shin Seo Jung.

2021, sekali lagi beliau ditawarkan belakon drama hit hospital playlist untuk musim kedua setelah musim pertama menjadi hit dan watak beliau masih orang yang sama.

Selepas tamat drama hospital playlist beliau mendapat tawaran menjadi watak utama di dalam drama siri sekolah saluran KBS2 yang sentiasa menjadi tontonan umum.

Beliau menerima tawaran itu dan beliau berkeja sama dengan Kim Yo Han , watak beliau di dalam drama school 2021 adalah Jin Ji Won.

Untuk tahun 2022, beliau kembali dengan drama Netflix All of us are dead yang menjadi popular dan hit di seluruh dunia sehingga membuatkan nama beliau dikenali di luar Korea.

WATAK DI DALAM DRAMA ALL OF US ARE DEAD~~~

Drama yang menunjukkan bagaimana susahnya pelajar-pelajar sekolah hendak survive dari sekumpulan zombie yang mula menjangkiti kawan-kawan mereka yang lain.

Di dalam drama ini beliau memegang watak Choi Nam Ra seorang ketua kelas yang valedictorian yang dingin.

Watak Choi Nam Ra di dalam drama ini hanyalah seorang yang pentingkan pelajaran dan kedudukan dia sekarang.

Seorang yang mementingkan diri sendiri dan hati yang batu kalau korang tengok drama All Of Us Are Dead macam inilah wataknya.

Tapi setelah kemunculan zombie yang secara banyak ini telah mengubah sikapnya dari yang pentingkan diri pada seorang yang suka membantu tidak kira siapa.

Watak ini yang dibawa oleh Choi Yi Hyun ini berjaya memikat hati penonton apabila lakonan beliau nampak real sehinggakan mendapat pujian dari ramai orang.

beliau menerima support dari ramai orang dan mereka mahukan lebih banyak drama yang beliau bintangi untuk berikutnya.

Biarpun di dalam drama ini beliau hanya watak membantu , tetapi beliau menerima kasih sayang sepenuhnya dari penonton drama itu.

MEDIA SOSIAL MILIKNYA SENDIRI~~~

media sosial ini merupakan media yang sangat penting untuk seseorang artis untuk mengekalkan hubungan dengan peminat.

Peminat juga dapat melihat apa aktiviti harian yang dilakonkan oleh artis itu sendiri dan juga barang yang artis tersebut wakili.

Choi Yi Hyun mempunyai media sosial yang yang diuruskan beliau sendiri iaitu >> @YIHYUN_1208 , korang boleh follow dan like media sosialnya.

INFO TAMBAHAN ~~

Untuk info korang, choi yi hyun tidak hanya berlakon drama namun beliau juga sudah berjinak-jinak di dalam industri perfileman.

setakat ini beliau sudah membintangi 2 filem iaitu filem pertama adalahh pada tahun 2019 di movie metamorphosis yang mana beliau membawa watak sebagai Hyun joo.

filem lakonan beliau seterusnya adalah filem home fatale yang dikeluarkan pada 2019 dan wataknya adalah Soo Yang.

 

AKHIR KATA DAN KOMEN PEMINAT DRAMA MENGENAI CHOI YI HYUN~~

Choi Yi Hyun dikatakan akan menjadi lebih popular selepas ini dan juga ramai jatuh cinta pandang pertama setelah melihat beliau , komen nya adalah seperti Walaupun peranannya kecil, saya

mula-mula menontonnya dalam Senarai Main Hospital, tetapi saya jatuh cinta dengan lakonannya dalam All Of Us Are Dead.

Saya suka fakta bahawa dia boleh memainkan peranan di mana satu ketika dia manis dan comel, dan kemudian dia secara drastik bertentangan sepenuhnya

. Sekarang itulah yang saya panggil pelakon yang baik! Tidak sabar untuk dia mengikuti projek dan semoga dia semakin popular!

Ada komen mengatakan beliau mula mengenali yi hyun di dalam all of us are dead selepas itu mereka melihat dramanya yang lain.

Komennya adalah Selepas saya menontonnya sebagai nam-ra dalam kita semua sudah mati, saya cuba menonton beberapa dramanya yang lain dan saya bermula dengan sekolah 2021 sekarang saya

obses dengannya Saya harap dia akan mempunyai drama bersiri dengan Park Solomon chemistry mereka hanya di peringkat seterusnya! <3

 

Sebelum akhir, korang teruskan support aktiviti Choi Yi Hyun yang pastinya akan lebih banyak produk dari beliau.

Korang juga boleh follow instagram official beliau untuk melihat update terbaru dari beliau , selamat buat semua !!.





Post a Comment

Previous Post Next Post