Drama Again My Life Lakonan Lee Joon Gi. Drama terbaru dari pelakon popular Lee Joon Gi akhirnya akan menemui penonton tidak lama lagi. Lee Joon Gi yang merupakan pelakon yang cukup popular dengan drama My Girl akan kembali dengan drama baru untuk tahun 2022. Hari ini kami nak kongsi dekat ampa mengenai drama again my life lakonan lee joon gi.


Drama Again My Life Lakonan Lee Joon Gi

Drama yang mengisahkan tentang undang-undang dan misteri akan menemui penonton pada awal bulan april ini.

Menfokuskan undang-undang , politik , drama , fantasi dan misteri serta diadapasi dari siri novel again my life dari lee hee nal yang release pada tahun 2016 , jom baca mengenai drama ini.

 

SINOPSIS DRAMA AGAIN MY LIFE 2022~~

Drama yang mengisahkan tentang Kim Hee-Woo (Lee Joon-Gi) ketika menjadi  seorang pelajar sekolah menengah, gred akademiknya berada di peringkat paling bawah di sekolahnya.

Dengan kerja keras tanpa henti, Kim Hee-Woo memasuki universiti dan akhirnya lulus peperiksaan peguam.

Kim Hee Woo kini bekerja sebagai pendakwa yang bersemangat dan bekerja keras.

Semasa dia menyiasat kemungkinan rasuah yang berkaitan dengan ahli politik bernama Jo Tae-Seob (Lee Kyoung-Young), dia dibunuh oleh lelaki yang tidak dikenali.

Tetapi, Kim Hee-Woo terjaga dan mendapati dirinya hidup semula, apakah yang berlaku pada beliau , adakah dia masih hidup atau adakah dia menjadi hantu?

Drama yang akan membuatkan kita tidak tentu arah , bakal ditayangkan tidak lama lagi.

PROFIL DRAMA AGAIN MY LIFE 2022~~

Tajuk drama again my life di dalam bahasa korea adalah Eogein Mai Laipeu (어게인 마이 라이 ) yang maksudnya sama seperti again my life.

Drama Again My Life merupakan drama yang diadaptasi dari novel yang bertajuk juga again my life yang ditulis oleh lee hae nal.

Pengarah drama ini adalah pengarah hebat Han Chul Soo yang banyak mengarahkan drama –drama hebat seperti Graceful Family , Housewife Detective ,My Little Baby dan banyak lagi.

Bakal ditayangkan tidak lama lagi iaitu pada 4 april 2022 sehingga 24 may 2022 , drama ini mempunyai keseluruhan 16 episod dan ditayangkan di saluran SBS.

Drama in akan ditayangkan pada setiap hari isnin dan selasa pada bulan april , masa akan diupdate kelak , tunggu.


Post a Comment

Previous Post Next Post