Profil Hyun Bin , Pelakon Crash Landing On You. Mana peminat drama Crash Landing On You sila kemari, korang mesti tengah happykan tambah-tambah berita gembira muncul. Pelakon utama drama crash landing on you akhirnya akan berkahwin. Hari ini kita nak share dekat ampa mengenai profil Hyun Bin , pelakon crash landing on you.

Profil Hyun Bin , Pelakon Crash Landing On You


Hyunbin merupakan pelakon lelaki yang sangat popular di Korea tambahan lagi lakonan beliau sangat mendapat pujian dari semua orang.

Sapa yang layan drama crash landing on you , secret garden mesti korang kenal gila dengan hyunbin ni kan tapi jom kita kenal hyubin dengan lebih mendalam lagi.

PROFIL HYUN BIN , PELAKON CRASH LANDING ON YOU

Hyun Bin adalah merupakan nama stage beliau, nama sebenar beliau adalah Kim Tae Pyung , lahir pada 25 september 1982 ini di Songpa District , Seoul.

Beliau merupakan pemegang Master Teater dan Filem dari ChungAng University (dah la handsome, pandai pulark tu..kan)

Hyun Bin debut pada tahun 2003 dengan drama Bodyguard yang ditayangkan di saluran KBS2 , Hyun Bin mempunyai seorang abang.

DRAMA YANG MEMBUATKAN NAMANYA DIKENALI ~~

Hyun Bin mula dikenali di dalam industri Korea bermula tahun 2005 dengan drama My Lovely Sam Soon yang ditayangkan di MBC.

Drama my lovely sam soon adalah drama yang genrenya adalah komedi , romance , drama dan family.

drama ini berjaya mengembangkan nama Hyun Bin di mata netizen Korea, selepas drama ini beliau semakin dikenali.

My lovely sam soon ini merupakan drama hit pada tahun 2005, dengan drama ini juga beliau berjaya merangkul anugerah Top Excellence di anugerah drama MBC.

SINDROM SECRET GARDEN MUNCUL ~~

Kalau ampa peminat drama Korea mesti ampa taw kan masa 2010-2011 tiba-tiba viral di Malaysia drama Secret Garden.

Mulanya hanya sedikit sedutan namun selepas itu semua episode di tonton oleh kita kan, yang bukan peminat drama korea pon akan tengok kan.

Drama Secret Garden merupakan drama Hyun Bin bersama dengan pelakon cantik Ha Ji Won , drama ini berjaya memecah rekod yang banyak pada ketika itu.

Nama Hyun Bin dan Ha Ji Won tidak hanya popular di Korea namun di negara Asia lain , drama ini banyak negara yang melakukan remake.

Banyak scene-scene di dalam drama ini di remake di rancangan-rancangan Korea menunjukkan popularity yang dicapai drama ini.

 

DRAMA CRASH LANDING ON YOU BERSAMA SON YE JIN ~~

Jika dulu muncul sindrom SongSong Couple selepas drama Descendent Of The Sun menjadi hit pada 2016 , tahun 2020 muncul sindrom baru iaitu BinJin Couple.

Nama ini muncul setelah lakonan Hyun Bin dan Son Ye Jin di dalam drama Crash Landing On You menjadi hit dan viral di seluruh dunia.

Drama ini berjaya membuatkan Hyun Bin dan Son Ye Jin menjadi dikenali di luar Korea sehingga mendapat peminat dari luar negara.

Son Ye Jin dan Hyun Bin sudah saling mengenali sudah lama apabila digandingkan dalam filem pada ketika itu mereka masih muda, keserasian di dalam drama ini membuatkan peminat memuji lakonan

mereka sehingga timbul gossip percintaan di antara dua actor popular ini namun dinafikan oleh mereka berdua kerana mengatakan mereka kawan sahaja apabila diawal gosip.

 

UMUM PERKAHWINAN BERSAMA SANG KEKASIH~~

Pada 10 February 2022 , Hyun Bin mengumumkan yang beliau akan menamatkan zaman bujang bersama sang kekasih yang juga pelakon drama crash landing on you Son Ye Jin.

Pengumuman ini mengejutkan banyak pihak namun menerima restu dari ramai orang , baik dari peminat Korea mahupun peminat internasional.

Ramai sudah menjangkakan mereka akan berkahwin namun tidak tahu bila namun apabila kedua-dua actor ini membuat pengumuman ramai mengucapkan tahniah.

Hyun Bin dan Son Ye Jin akan berkahwin pada bulan hadapan di tempat dan masa yang tidak diberitahu.

Tahniah buat mereka berdua !!!

 

 

Post a Comment

Previous Post Next Post